You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” / TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah diarahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya? Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. / PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.
Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian bur...
Cengeh! Menyakitkan hati! Cerewet! Kaki buli! Oh, bukan! Syed Badiuzzaman pembuli besar! Itu label paling sesuai untuk Syed Badiuzzaman dari Ainul Mardhiah. Semenjak mengenali Syed Badiuzzaman yang juga merupakan majikannya, hidup Ainul Mardhiah huru-hara. Apa yang Ainul Mardhiah buat semua tidak kena di matanya. Hakikatnya, Syed Badiuzzaman lahir dari keturunan Syed dan diasuh sedari kecil untuk memakai pakaian yang ditempah khusus daripada tukang jahit sahaja. Sebab itu, dia membesar dengan segala sifat cerewet, memilih dan kurang penyabar. Dek perihal pakaian sahaja, Syed Badiuzzaman terpaksa mengiklankan jawatan Pereka Fesyen Peribadi di saluran akhbar. Dan dalam tidak sedar, Syed Badiuzzaman telah menemuduga seorang pereka fesyen peribadi, merangkap calon isteri. Bolehkah Ainul Mardhiah bertahan dengan Syed Badiuzzaman yang cengeh itu?
Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Shafiqah disisihkan oleh ibunya sendiri. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema. Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak. Hidup Shafiqah mula tidak tenteram dan sering diganggu kejadian aneh sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu. Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolon...