You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Mencari Unta Merah Jepun merupakan sebuah perjalanan kembara Ustaz Abdullah Bukhari bersama rakan-rakannya ke negeri Sakura demi mencari “Unta Merah” seperti yang dimaksudkan hadis Nabi SAW. Maka demi Allah, (ganjaran yang kamu perolehi) keranan seseorang memeluk Islam (atas usahamu) lebih baik (nilai) seekor unta merah (unta yang sangat mahal harga kepada orang Arab). Dengan memegang kuat hadis Nabi tersebut, beberapa siri ziarah ke Jepun dan perancangan yang teliti dibuat demi menyampaikan Islam kepada masyarakat di sana. Bangsa Jepun yang sering dikaitakan sebagai sebuah bangsa yang sangat bersopan santun, menepati masa, rajin dan lengkap serba-serbi secara fizikal dan materialnya, tetapi apakah faktor yang membuatkan mereka boleh tertarik dengan Islam? Ayuh ikuti kisah penuh inspirasi ini bagi memperdalam lagi cinta kita kepada dakwah Islam.
Ceritera Haji Wartawan Al-Quran - Tuhan, Kami Datang... adalah sebuah catatan travelog haji. Ia mengandungi kisah-kisah pendek yang menarik, dan dikaitkan dengan tafsir Al-Quran.
Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud? Jikalau para wartawan mengejar berita eksklusif bagi menarik perhatian awam supaya membeli akhbar mereka, buku ini berusaha mencerakinkan kisah pengalaman hidup dengan Al-Quran supaya pembaca lebih tertarik bagi mengetahui isi kandungan kitab ini. Antara kandungan menarik buku ini adalah: 1. Ditegur Allah s.w.t. kerana menipu selama tujuh minit 2. Memeluk Islam selepas mencederakan wanita Islam 3. Paul membawa Al-Quran hari ini! 4. Singa pun takut memberi salam selepas makan 5. Bajet Allah vs bajet manusia
Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6) Peperangan melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Mereka juga boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27) Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: “Syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin, ayat 62)
Al-Quran adalah kitab Allah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga hari kiamat. Panduan Al-Quran datang dalam bentuk mentah dan perlu diproses bagi memastikan isi berguna bagi membimbing manusia. Demi memudahkan pemahaman Al-Quran, para ulama sejak zaman dahulu sudah berusaha dengan sepenuh jiwa menyusun pelbagai ilmu berguna sebagai alat bagi merungkaikan kandungan Al-Quran. Antara ilmu yang paling berkesan bagi merungkaikan panduan Al-Quran adalah ilmu tafsir Al-Quran. Ilmu ini adalah ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran daripada segi menghuraikan dalil-dalil serta memahami kandungannya bersesuaian dengan kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia. Al-Quran adalah sebuah kitab yan...
Buku Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat Namun Sahih ini ditulis bagi merealisasikan usaha memperbaharui dan meningkatkan kualiti dalam solat. Solat yang kita kerjakan selama ini sudah cukup baik, namun masih boleh ditambah baik dan ditingkatkan kualitinya. Jika pembaharuan dalam bidang bukan agama boleh ditambah baik dengan jayanya, mengapa tidak dengan kualiti solat kita. Tahukah kita bahawasanya bacaan dalam solat yang diajarkan dan diamalkan semenjak dari kecil lagi itu sebenarnya mempunyai banyak lagi kaifiat atau bacaan lain yang sahih dan bertepatan dengan sunnah Baginda s.a.w? Semuanya dicatatkan dalam buku ini. Antara topik menarik adalah: - Bacaan-bacaan doa istiftah yang pelik tetapi sahih, - Bacaan lain bagi rukuk dan sujud, - Bacaan-bacaan lain bagi iktidal dan duduk antara dua sujud, - Bacaan lain bagi tashahhud akhir. Semoga buku ini menjadi panduan dalam menjana dan menambahkan kesempurnaan kualiti dalam solat kita.
Entah mengapa, ujian berkurung ini dilanjutkan oleh Allah. Mungkin kerana doa kita agar wabak COVID-19 diangkat oleh Allah belum dimakbulkan sepenuhnya. Mungkin kerana iklim bumi belum benar-benar pulih setelah lama dicederakan oleh manusia. Mungkin kerana arahan berkurung oleh kerajaan belum benar-benar kita patuhi. Mungkin kerana solat jemaah dalam rumah kita belum cukup mengisi ruang rohani dalam keluarga yang selama ini penuh leka. Mungkin kerana hubungan keluarga masih belum erat rapat dalam tempoh berkurung sebelum ini. Mungkin kerana bacaan al-Quran kita masih belum mencapai sasaran rohani sepatutnya. Mungkin kerana darjat sabar kita belum benar-benar teruji. Mungkin, mungkin, mungkin?
Menampilkan komik-komik berkaitan ‘hantu di asrama’ daripada artis-artis Komik-M seperti: HANTU PENANGGAL oleh Ben Wong TOLONG BASUH BAJU AKU oleh Hiroshikee BILIK HUJUNG oleh Aniff Zazali BISIKAN oleh Saaaf KISAH BUDAK ASRAMA oleh Azhar Abdullah GERAMANG oleh Reja ORANG SEBELAH oleh Rowr
Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun. Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengin...
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.