Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Sehingga Yang Patah Tumbuh
  • Language: ms
  • Pages: 395

Sehingga Yang Patah Tumbuh

“Kamu kata, kamu tak hidup dengan kenangan. Jadi kenapa masih terkesan dengan hal lalu?” Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya. Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri. Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumahtangga sahabat baiknya. Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi. Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan - egonya.

Velvet di Durham
  • Language: ms
  • Pages: 459

Velvet di Durham

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Velvet di Durham
  • Language: ms

Velvet di Durham

Dia melihat indahnya langit di atas, terangnya dengan cahaya, gemerlapan dengan kerlipan. Begitu pun dia menikmati keajaiban rasa, bumi yang dipijak ini lebih nikmatnya. Dia telah berpijak dengan kaki, berasa dengan deria, hidup menimba pengalaman di sini. Dia itu Fid. Fid itu Velvet. Fid kehilangan keluarga. Emosinya bercelaru. Fid telah sugul dan ‘mati’... sehinggalah, dia menerima sebuah hadiah, yang telah mengubah persepsinya terhadap kehidupan. Dari Cardiff, Fid Si Gadis Melayu yang penuh 'misteri' ini membawa diri ke Durham...

Quotes On Courage
  • Language: en
  • Pages: 227

Quotes On Courage

In this short volume “Quotes on Courage” the reader can find the most useful Quotes & Sayings about Courage in Life. Courage & Confidence are highly essential in Our Life. Without adequate courage, we cannot succeed in Our Life. The selected Qutoes on Courage, presented in this Book will definitely activate the Courage of the reader. With these few words we are presenting this title “Quotes on Courage” for everybody.

Terima Kasih, Luka
  • Language: ms
  • Pages: 467

Terima Kasih, Luka

“Aku abah dia!” “Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis. *** Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja. Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga. Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap! — Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura. Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar. Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?

Sayang Yang Tak Terungkap
  • Language: ms
  • Pages: 491

Sayang Yang Tak Terungkap

“Iman, please stay. You don’t have to do this to me!” “I have to leave. Until you can explain everything to me.” *** Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut. Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara. “Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?” Mampukah kepercayaan yang tersisa melenyapkan semua kecurigaan, lalu dia menemui kebahagiaan yang dicari?

Sampai Masa, Benci Jadi Rindu
  • Language: ms
  • Pages: 420

Sampai Masa, Benci Jadi Rindu

“Kenapa kau baik dengan aku? Let me draw the line here. Kau ni macam stranger je, faham?” Bagi Adelia, cukuplah hatinya terluka dengan keluarga yang tak pernah peduli. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah mamat bernama K.E ini. Tetapi ada sesuatu yang terus menarik K.E untuk mengenali Adelia, sehinggalah K.E dapat tahu Adelia dahulu pernah menjadi rocker terkenal. Kenapa kini Adelia jadi orang yang berbeza? Sedar tak sedar, Adelia dan K.E semakin rapat. Rupa-rupanya mereka mempunyai struggle yang sama ─ cuba melarikan diri dari masa silam yang menyakitkan. Namun, semakin mereka membenci apa yang sudah terjadi, semakin ia datang menghantui. Mungkin sebenarnya sudah sampai masa untuk mereka belajar melepaskan kisah lalu yang telah lama membelenggu.

Rumah Tak Mesti Bahagia
  • Language: ms
  • Pages: 321

Rumah Tak Mesti Bahagia

Abi Umi ni tak pernah faham Ain! Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang. Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat. “Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain." Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham? *** Semuanya berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap yang misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya. Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?

Aishah
  • Language: en
  • Pages: 230

Aishah

  • Type: Book
  • -
  • Published: 1942
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Pada Pahitnya Secawan Kopi
  • Language: ms
  • Pages: 339

Pada Pahitnya Secawan Kopi

“Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin, siapa nak jaga Intan? Intan kan ….” “Saya ni kenapa, mak?” jerit Intan, tangannya menggigil. *** Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu. Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut. “Takkan mak nak aniaya awak? Salah ke kalau seorang ibu mahukan anaknya bahagia?” Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas. Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah sekali hatinya disakiti. Andai Intan membuka lagi hatinya untuk meraih kebahagiaan yang diimpikan, mampukah harapan ini mekar, atau dirinya akan kecewa buat kesekian kali?