You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah. Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri. Hasrat meminang yang disuarakan oleh Sy...
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya. Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!
NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa. Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh. Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?
HAZWANI, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia. Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya. Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?
BATU kristal yang dimiliki oleh Syahida sangat unik dan istimewa. Dia amat berbangga memiliki batu kristal itu. Namun, batu kristal itu telah menyusahkan dirinya. Kerana batu kristal itu jugalah, nyawa Syahida dan Azri dalam bahaya. Sekumpulan penjenayah berusaha mencari Syahida kerana rahsia mereka telah terbongkar apabila wajah salah seorang daripada mereka terpampang di dalam akhbar. Syahida berjaya dijadikan tebusan dan Azri pergi ke tempat persembunyian kumpulan penjenayah itu untuk menyelamatkan rakannya. Apakah kegiatan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut dan apa kaitan dengan batu kristal itu? Dapatkah Syahida diselamatkan oleh Azri? MISTERI BATU KRISTAL mengungkap persoalan ini...
ADAM set his alarm clock the night before and due to the habit, he repeatedly hit the snooze button of his alarm clock until fi nally got up at roughly 6 am. He went straight to the toilet adjacent to his room to freshen up. He combed his short straight hair. Adam looked in the mirror in his bathroom and saw a reflection of himself, a handsome fi gure with a pair of soft black eyes and smart lips. Standing tall at six feet, he was well-built for his age. He lived with his parents and a sister in a two-storey suburban house, which belonged to his parents. His pa rents were middle-aged and healthy for people of that age. The house had a large living room, which accommodated two sofa sets with a coffee table in between.
Perasaan ingin tahu yang berada di kemuncak telah membawa Hairil ke suatu daerah ganjil sehingga sahabatnya, Zahid turut terjebak dalam kancah yang cuba diselesaikan olehnya sendiri. Tanpa terduga, kejahatan yang wujud semasa zaman kegemilangan bapa kandungnya telah memburu Hairil sebagai ganti pertumpahan darah. Muncul Umar, yang bergelar Panglima Hitam sebagai pelindung dan penghalang kematian Hairil- atas nama janji- juga rahsia besar yang tidak mungkin diceritakan. Semarak Kezaliman, nama yang digeruni oleh seluruh pendekar perlahan-lahan membawa kehancuran ke atas bumi tersembunyi ini. Tujuannya satu- memaksa keturunan yang belot kepadanya menjadi pewaris nama yang agung! Maka Inkrima yang membawa kepada kemusnahan sengaja dicipta agar menjadi sebab perpecahan manusia.
Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.
Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah. Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.