Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Isteriku Nanny
  • Language: ms
  • Pages: 270

Isteriku Nanny

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-02-05
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Aina Batrisya gadis polos beperwatakan biasa tetapi bisa menarik mata yang memandang. Berhijrah dari bandar ke bandar yang lain sebenarnya tidak memberi masalah. Cuma yang memberatkan adalah cinta yang menyakitkan. Kesempatan yang ada Aina Batrisya mahu menjauh, berhijrah ke tempat lain dengan kerjaya yang asing. Zairel Benjamin, kebetulan yang berulang kali seolah membuka ruang cinta buatnya dengan gadis polos itu. Bagi Zairel, apa yang pasti baginya, gadis itu haruslah dimiliki. Walau bagaimana cara sekalipun. Izhan Rayqal. Cinta tidak lagi dipercayai. Namun kesilapan menilai keadaan membuat dia akhirnya kembali mendapatkan sebuah keyakinan cinta sejati. Pertemuannya dengan gadis itu membuat dia terpaksa akur mengakui perasaan sendiri. Manakala Aina harus memilih satu antara dua. Kali ini pilihannya haruslah tepat, kerana dia sudah lelah untuk bermain cinta.

Cinta Hati Nayli
  • Language: ms
  • Pages: 480

Cinta Hati Nayli

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017-12-21
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Hanya kerana hati tidak reda, aku terpaksa melalui kehidupan penuh kelam... Nayli yang tiba-tiba hilang ingatan terpinga-pinga apabila diculik oleh seorang pemuda bernama Adrian. Lelaki bengis itu menuduhnya telah mencuri beg yang boleh menyelamatkan nyawa lelaki itu. Setelah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah, Adrian semakin tersepit bila Puan Serina mahu menjual resort yang menjadi kenangan Adrian bersama arwah mamanya. Tersepit dengan keadaan itu, Adrian memerangkap Nayli kepada sebuah pertunangan. Tetapi perasaan lain pula yang muncul. Kelembutan dan kebaikan Nayli menyebabkan Adrian serba salah untuk menyakiti gadis itu. Bila tidak dapat bertemu dengan Nayli, Adrian mula terkapai-kapai membawa rasa aneh di hati. Dan sejak itu dia mula menjadi pengunjung setia hospital tempat Nayli bekerja. "Kau yang mulakan permainan ni. This time...I'll make sure that I will win this games and you will regret for challenging me." - Adrian. “Apa tujuan sebenar awak nak kahwin dengan saya? Apa permainan awak sebenarnya?” -Nayli