You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku ini menghimpunkan kertas kerja daripada para cendekiawan dan sasterawan yang terlibat secara langsung dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia untuk Sidang Kemuncak Penulis Malaysia yang pertama kali diadakan.
None
“Tak kenal, tanpa ilmu dan tanpa meminati puisi, maka tak akan seseorang jatuh cinta kepada puisi”. Inilah kembara penulis dunia puisi siber yang dijelmakan dalam buku Sastera Siber: Penciptaan dan Apresiasi Puisi. Puisi dan soneta siber yang dihidangkan sebagai bahan apresiasi difikirkan agak kontemporari selari dengan perkembangan teknologi dan komputer. Dalam hal ini, kesusasteraan Melayu tidak terlepas berada dalam landaan arus ini justeru, kemunculan sastera siber turut menyemarakkan perkembangan kesusasteraan Melayu. Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis yang terlibat secara langsung dalam penulisan dan apresiasi serta penciptaan puisi siber. Kandungan buku ini merupak...
Usaha memperbanyak buku ilmiah dalam bidang kritikan sastera khasnya kesusasteraan Melayu giat diteruskan. Justeru, buku Pancaran Makna dalam Kesusasteraan Melayu mengungkapkan dan menjelaskan pelbagai dimensi pemikiran Melayu dalam pelbagai genre kesusasteraan, iaitu pantun, teks adikarya, lirik lagu, cerpen mutakhir, dan puisi siber. Pembicaraan karya sastera dalam buku ini bersifat santai dan memudahkan pembaca memahami makna teks yang dibicarakan. Pembaca diharap dapat memanfaatkan kandungan buku ini sama ada sebagai bahan rujukan, pengajaran dan pembelajaran atau bacaan umum bagi memahami dengan lebih mendalam makna yang tersurat dan tersirat dalam pelbagai genre sastera.
None
Diri puisi boleh diinterpretasi daripada pelbagai dimensi dengan menggunakan pelbagai alatan sastera. Di sebalik susunan aksara dalam puisi, terungkap pelbagai makna sama ada secara tersurat atau tersirat. Interpretasi diri puisi boleh dilakukan dari dimensi, misalnya keagamaan, bahasa, politik, kemanusiaan dan cinta. Buku yang memuatkan bab-bab berserta sebuah wawancara melalui e-mel antara penulis dengan Rimanilzah, seorang pelukis dan penyair siber membicarakan hal-hal interpretasi yang dimaksudkan itu. Namun, secara khususnya buku ini membincangkan, antaranya tentang citra, simbol, polisemi, sinisme, multimedia puisi siber, elemen jenaka, Asmaul Husna, kreativiti, anjakan paradigma dalam penggubahan puisi siber dan pengungkapan mesej perpaduan di Malaysia.
There is great interest in recent scholarship in the study of metropolitan cultures in India as evident from the number of books that have appeared on cities such as Delhi, Mumbai, Chennai and Kolkata. Though Hyderabad has a rich archive of history scattered in many languages, very few attempts have been made to bring this scholarship together. The papers in this volume bring together this scholarship at one place. They trace the contribution of different languages and literary cultures to the multicultural mosaic that is the city of Hyderabad How it has acquired this uniqueness and how it has been sustained is the subject matter of literary cultures in Hyderabad. This work attempts to trace...
Halal has become more than just an eating habit of Muslims around the world in today’s global economy. It has evolved into a giant economic phenomenon which has affected the global ecosystem beyond the boundaries of religion, politics, culture and ethnicity. Politics, various halal businesses, social entities including geographical location play a part to reflect the complexity of the halal ecosystem. Discussions on its various aspects are richly illustrated through interdisciplinary global perspectives from students and scholars working across disciplines: social sciences, religious studies, humanities and sciences. Global Halal Perspectives — past, present and future brings forth a special set of knowledge and information that even the public will find interesting. This book is the outcome of a research funded by the Ministry of Higher Education (MOHE) Malaysia through its Fundamental Research Grant Scheme (S/O 13246).
Buku Pengenalan Sains Sosial ini merupakan satu huraian lengkap mengenai semua cabang sains sosial. Perbincangan dimulakan dengan menelusuri sejarah perkembangan ilmu sains sosial itu sendiri. Kemudian diikuti dengan perbincangan tentang konsep manusia dan masyarakat. Seterusnya tentang jenis masyarakat dan pelbagai institusi sosial seperti keluarga, agama, ekonomi, kebudayaan serta ciri-ciri utama yang terdapat dalam masyarakat, seperti stratifikasi sosial dan kependudukan. Selain dilengkapi dengan teori, perbincangan dalam buku ini juga mengikut urutan dan logika yang sering digunakan dalam buku teks ilmiah. Sebagai buku teks rujukan asas pada peringkat universiti sudah tentu penulis menst...