You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Ibu, suri rumah tangga yang bercita-cita mahu menjadi novelis. Ibu tetapkan hati biarpun minatnya kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas daripada gengaman. Sampai saat itu, ibu pula terduduk dan tidak berdaya lagi melalui halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz dalam merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?
“Cermin sisi motosikal abah kau juga sudah hilang!” kata Najwa yang tercungap-cungap sebaik pulang dari bilik guru. Wasillah Wairah menoleh. Dia memandang tepat ke wajah cemas Najwa. “Biar betul?” “Betul! Sudah heboh satu bilik guru, kau tahu!” Bersungguh-sungguh benar Najwa bercerita mengenai berita yang baru didengarinya itu. Wasillah Wairah terdiam sebentar. Akalnya ligat mencari dalang di sebalik kejadian ini. Licik sungguh orangnya! “Agak-agaknya, siapalah yang mencuri ini?” Wasillah Wairah bertanya-tanya sendiri.
Natrah terdiam. Kecut perutnya melihat wajah Pudina setegang itu. Pudina segera merampas kasar pendayung daripada tangan Natrah. “Saya minta maaf. Ini adalah tindakan semulajadi. Strawberi kawan saya juga,” kata Natrah perlahan. Huh! Pudina berdengus tidak senang. Tanpa berpaling, dia membalas, “Saya tetap akan berkira dengan awak!” Natrah menelan liur. Tidak pernah Pudina semarah ini. Natrah tidak berani bersuara lagi apabila melihat wajah Pudina yang terus mencuka itu. Kemudian, Natrah ternampak Strawberi yang masih bergayut pada tali jambatan gantung itu. “Terjun!” teriak Natrah dengan nyaring. Sementara itu, Pudina terus mengawal perahu mereka agar tidak tersasar. Strawberi memandang ke arah datangnya suara Natrah. Strawberi yang terkejut segera berkata dengan lantang sekali, “Apa yang kalian lakukan ini? Bahaya! Pulang ke tempat Suri! Cepat!”
Sinopsis Hafsah, Alisha, Kevin Teoh, Fayzal dan Megat Tuah adalah pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Sri Aminah. Mereka menyertai lawatan Projek Sains dan Alam Sekitar ke Kampung Kemangi untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang pertanian. Di Kampung Kemangi mereka seringkali terserempak dengan Tok Wi. Tok Wi tidak pernah senyum dan sentiasa kelihatan bengis. Tok Wi selalu dilihat masuk dan keluar dari hutan. Mereka seringkali terjumpa dengan Tok Wi dalam keadaan yang mencurigakan. Sehinggalah suatu hari, Megat hilang. Hilang ketika di kawasan ladang itik Tok Wi. Ke mana hilangnya Megat dan ada apa dengan Tok Wi? ----------- Buku menarik bwerwarna-warni dan penuh ilustrasi
Afiqah atau A.P, seorang pemain bola jaring dan memakai bip C. Akibat selalu bersikap terburu-buru, A.P telah melakukan banyak kesalahan dalam suatu perlawanan persahabatan di antara sekolah. Sehingga pasukannya menemui kegagalan. Rakan sepasukan menyalahkan A.P atas kekalahan itu. A.P cepat melenting apabila ditegur. Perselisihan faham telah berlaku dalam pasukannya. Tiada lagi persahabatan. Bagi keluarga A.P pula, perkara ini tidak perlu dibimbangkan. A.P menganggap tiada yang memahaminya. Dia merajuk lalu melarikan diri. Pertemuan dengan Anas dan Anis dalam satu inseden, berbekas di hati A.P. ‘Rumah adalah tempat paling selamat. Walau kadang-kadang, ia tidak melindungi perasaan kita. Ki...
SINOPSIS Anas dan Anis ada kawan baharu yang bernama Sa’adiah atau mesra disapa Sandy. Sandy anak orang berada. Dia suka menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya. Dia bangga sangat dengan jam yang dihadiahkan oleh ayahnya ketika pulang bertugas dari luar negara. Anas dan Anis selalu menasihati Sandy agar tidak terlalu bangga diri, nanti menjadi riak dan takbur. Jika menunjuk-nunjuk begini juga, mungkin menarik orang berniat tidak baik mendekatinya. Namun, nasihat Anas dan Anis tidak diendahkan. Malah, Sandy sering memandang rendah akan orang lain. Anas dan Anis menasihati Sandy, ‘Kawan yang baik adalah orang yang selalu menegur kita ketika berbuat kesalahan. Dia mengajar kita menjadi lebih baik sebab hendak masuk syurga bersama-sama.’
SINOPSIS: Sebagai anak sulung yang diletakkan harapan oleh mak dan ayahnya, Nubhan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai orang dewasa. Dalam masa yang sama, isu surat cinta Siti Kelly mengganggu hubungannya dengan rakan-rakan sekolah. Pencapaian yang merudum dalam akademik menyekat peluangnya untuk bertarung di gelanggang go-kart. Sehinggalah satu ketika, keadaan memaksa Nubhan untuk mengambil alih teraju di rumah. Kerenah adik-adiknya pula cukup memeningkan kepala Nubhan. Mampukah Nubhan berhadapan dengan situasi ini? Adakah dia dapat bertahan dengan ujian yang seakan mustahil untuk diatasi ini? Segalanya terjawab di dalam novel tarbiah remaja Terima Kasih Adik-adikku! karya su...
“Mak Cik Reha?” Azyan yang terperanjat tetapi tidak sempat bercakap banyak kerana Sarah cepat-cepat menutup mulutnya. Mereka semua sememangnya terperanjat dengan situasi yang mereka lihat. Sarah segera menelefon ayahnya bagi memaklumkan peristiwa yang mereka saksikan. Dalam keadaan panik, Azyan menunjuk-nujuk ke arah Mak Cik Reha yang telah berlalu dan hampir menghilang di selekoh jalan rumah mereka. “Kenapa kita biarkan dia terlepas?” soal Azyan kesal setelah mendapati Mak Cik Reha hilang terus daripada pandangan mereka. “Tidak semudah itu,” jelas Encik Badri yang baru sahaja lepas bercakap di telefon dengan seseorang. Encik Badri bergegas masuk ke dalam trak. Mereka dalam keadaan terkejut dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa itu sangat gembira melihat Encik Badri juga kini turut serta untuk menyelesaikan masalah itu. “Ayah hendak ke mana?” tanya Ariff. “Kamu semua masuk ke dalam trak,” arah Encik Badri tanpa menjawab pertanyaan Ariff. Setelah semua mereka berada di tempat duduk di dalam trak, Encik Badri memandu menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh Sarah dan mereka yang lain
Nurlisa mencari peluang kedua, setelah tersungkur di pertengahan jalan. Kepulangannya disambut kasih tulus Afiqah, babah, mama dan kak long. Hakikatnya, nurlisa terpaksa berdepan dengan Maya yang tidak sudi lagi menyambutnya sebagai sahabat. Keakraban yang kian retak meninggalkan luka dihati Nurlissa. Ketika dia hamper rebah, dia menerima nota rahsia yang memberinya kekuatan untuk menempuhi rintangan. Dalam kebahagiaan meniti persahabatan baru bersama Farina, Fahim dan Syahir, hadir Daniel bersama kenangan silam. Mampukah Nurlissa berjuang merebut kebahagiaan masa hadapan daripada konflik masa lalu dan akan bertemukah Nurlissa dengan si pengirim nota rahsia itu?
None