Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Stefa Isle
  • Language: en
  • Pages: 254

Stefa Isle

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2001
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Rajuk Lia membawanya jauh hingga ke England. Dia menyangka dengan mendatangi kota London, hatinya akan terpujuk dan ingatannya terhadap seseorang akan terpadam. Tetapi keadaan tidak seperti yang diharapkan, Lia bukan sahaja menghadapai masalah sebagai pelarian, malah dia diburu kemusnahan oleh pihak-pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada kejelitaan dan sikap terburu-burunya. Mampukah Lia menghadapi semuanya ini, seorang diri? Mampukah dia mempertahankan bangsa Melayunya di tengah-tengah cabaran yang menghempas kuat? Mampukah dia mematerai terus kebencian terhadap seseorang yang telah memburunya hingga ke sana? STEFA ISLE, sebuah novel yang meruntun simpati anda terhadap seorang gadis Melayu, menghadapi segalanya, seorang diri di kota London.

Hatimu Untuk Siapa
  • Language: en
  • Pages: 421

Hatimu Untuk Siapa

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu. Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik. Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?

Inikah Cinta
  • Language: en
  • Pages: 457

Inikah Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2005
  • -
  • Publisher: Alaf 21

CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan. Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia. Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.

Cinta Segi Lima
  • Language: en
  • Pages: 520

Cinta Segi Lima

  • Type: Book
  • -
  • Published: 101-01-01
  • -
  • Publisher: Alaf 21

CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur. Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga. Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami. Setiap kali Jamjuri memandang kembali kejayaan yang dikecapi nya, dia sering tertanya-tanya. Berbaloikah semua ini? Ramai orang di luar sana menjadikannya idola, tetapi insan tersayang mula menjauhi. Tanpa pengetahuan sesiapa, setiap langkah Jamjuri di susuri ekor mata seseorang yang merencana komplot jahat untuk mencairkan empayar cinta milik Jamjuri. Tetapi, tidak semudah itu dia mengalah. Aura jahat yang mahu menggugat cinta suci Jamjuri ini akan ditepis dengan idea bijaksana dan sifat keikhlasannya.

Original
  • Language: ms
  • Pages: 475

Original

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2001
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Pelangi Membeku
  • Language: en
  • Pages: 488

Pelangi Membeku

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008
  • -
  • Publisher: Alaf 21

WALAUPUN lahirnya di ceruk kampung dan tidak berpelajaran, Marfuzah sentiasa mengimpikan kehidupan yang sempurna. Dia sering berangan-angan ingin menjadi puteri yang dilamar oleh putera raja. Namun, realiti kadangkala tidak seindah impian. Warna hitam hidupnya bertambah hitam bila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki tua yang juga tidak mempunyai harta. Masa itu dia rasa dunia ini tidak adil padanya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi, sampai bila dia harus ditemani air mata derita? Sebagai wanita, dia berhak untuk hidup bahagia walaupun bahagia seakan tidak tercapai dek tangan.

Fikir-fikirlah
  • Language: ms
  • Pages: 324

Fikir-fikirlah

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008
  • -
  • Publisher: Alaf 21

None

Cinta Hati Kita
  • Language: en
  • Pages: 504

Cinta Hati Kita

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Alaf 21

IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi. Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Biru Ungu Cintaku
  • Language: en
  • Pages: 505

Biru Ungu Cintaku

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Nak ke tak nak
  • Language: ms
  • Pages: 324

Nak ke tak nak

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2007
  • -
  • Publisher: Alaf 21

None