You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
MEGALOMANIA – EBRIZA AMINNUDIN Azad telah membawa keluarganya berpindah ke rumah baru yang dibeli dengan harga agak murah akibat tidak tahan mendengar leteren ibu mertuanya dari hari ke hari. Hidup yang aman mula bertukar menjadi tidak keruan apabila mereka sekeluarga mengalami sesuatu yang di luar jangkaan. Apa yang dilihat tidak seperti apa yang berlaku membuatkan mereka mengambil tindakan di luar kawalan. Adakah masalah itu dapat diatasi? Apakah puncanya ia berlaku? Tiada iman, maka jiwamu milikku. / MEGALOMANIA MAKKAR – AZIAH ZAINAL Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Interne...
Cahayakan pusaka kita, cu! Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra? “Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA “Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK “Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir. Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka. Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?
“Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!” / PRANK – ZAIFUZAMAN AHMAD Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1,000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar-benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau. / BOURRE 304 – HASRUDI JAWAWI Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dia jaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu mengganggunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu?
Andai jiwamu lemah, maka itu makanan hati yang rapuh... Tiga belas orang novelis menghadiri Program Santai Bersama Peminat yang dianjurkan oleh pihak penerbit. Mereka semua ditempatkan di Pulau Chenta Aroma. Banglo resort menjadi tempat penginapan mereka yang dimiliki oleh sepasang suami isteri. Anehnya, sebarang alat komunikasi langsung tidak boleh mengakses internet dan laman sosial selain berhubung sesama sendiri di dalam pulau itu. Tanpa diduga, satu per satu makhluk ciptaan para novelis muncul dan memburu penciptanya dan peminat mereka. Ada di antara mereka yang menjadi korban makhluk-makhluk itu. Bertambah malang apabila semua editor yang terlibat hilang begitu sahaja. “Sis, you perasan tak batu ni membentuk kubur dan kubur ni saling tak tumpah seperti kubur bernyawa dalam novel you tu?” - Roszita “Maafkan Nuar, Kak Julie. Nuar sendiri tak tahu macam mana Lanang boleh muncul di Pulau Chenta Aroma. Nuar sendiri pelik, mustahil Ambarningsih menghidupkan kembali wong menyak. Watak tu Nuar dah matikan tapi...”- Anuar “Dia ni dah kena sampuk ke apa? Tak pasal-pasal panggil abang Pawarka... Pawarka... ni dah kenapa?”- Abang ZZ
Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian bur...
Jangan biarkan dia wujud! Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya. Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.
Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan. Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup. Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram da...
Kematian hanyalah satu permulaan... Datuk Makhtar sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Demi membalas dendam, dia perlu melengkapkan tujuh kematian yang berlainan sifat dan kekuatan. Namun begitu, Datuk Makhtar tidak menyedari dirinya bakal membangkitkan satu makhluk yang amat jahat dan kejam di atas dunia. Pertumpahan darah yang amat dahsyat bakal berlaku sekiranya makhluk hitam itu dihidupkan semula. “Kejahatan takkan selesai selagi kiamat belum menjelang.” - KIYAI “Makhtar jangan! Dengar cakap aku, jangan! Orang tua ni bukan manusia! Dia hanya ingin memperalatkan kau!” - DATUK KARIM “Memang jin tu mampu membunuh. Silap langkah, darah dan daging kamu akan menjadi santapan.” - TOK BAKIN