Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Projek Seram - Hostel
  • Language: en
  • Pages: 513

Projek Seram - Hostel

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Herlina bukan tiada pendidikan tinggi tetapi desakan hidup membuatnya terima sahaja pekerjaan maid di Borneo Amazon Homestay, Tawau. Sebuah pusat penginapan tidak jauh dari Lost World, Maliau Basin Sabah sangat pelik tempatnya. Setiap malam di bilik hostelnya, ada sahaja gangguan yang dialaminya. Peliknya hanya dirinya sahaja mengalaminya. Kenapa yang lain santai dan tiada? Blok ‘Rawalingga’ itu mempunyai struktur bangunan lain dari yang lain. Lalu, perlahan-lahan semakin terbongkar rahsia gelap kejahatan bersemadi di tapak hostel itu. Semuanya bermula dari ratusan tahun dahulu. Jaga-jaga! Jangan terpedaya apa yang kau lihat. / PETAKA DI RAWALINGGA Lima gadis, dengan agenda tersendiri me...

Projek Seram - Muzium
  • Language: en
  • Pages: 349

Projek Seram - Muzium

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-07-06
  • -
  • Publisher: Buku Prima

KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan merek...

Mitos
  • Language: ms
  • Pages: 448

Mitos

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-02-07
  • -
  • Publisher: Buku Prima

EQBAL MOHAYDEN - MARIA LABO Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu s...

Antologi Seram - Anak Patung Nana
  • Language: ms

Antologi Seram - Anak Patung Nana

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Air mata menjadi teman hidup Nana. Dia dibenci oleh bapanya sendiri. Hidup Nana hanya dipayungi ibunya. Tiada teman untuk dirinya. Kesunyian Nana terubat dengan kehadiran sebuah anak patung. Diri Nana seperti dilindungi. Bencana pasti menimpa setiap orang yang menyakitinya. Sehingga terjadi sebuah tragedi yang menyayat hati. Siapakah sebenarnya anak patung itu? "Seru nama saya dan saya akan datang." / ANAK PATUNG NANA Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutt...

AZAZIL
  • Language: ms
  • Pages: 496

AZAZIL

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-02-01
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Persengketaan di bumi bermula sejak penderhakaan pertama di langit!~ SINOPSIS Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran! Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yus...

Projek Seram Hotel
  • Language: ms

Projek Seram Hotel

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ke...

Penanggal
  • Language: ms
  • Pages: 480

Penanggal

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-02-07
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil! Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan m...

NOVELIS
  • Language: ms

NOVELIS

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-03-01
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Andai jiwamu lemah, maka itu makanan hati yang rapuh... Tiga belas orang novelis menghadiri Program Santai Bersama Peminat yang dianjurkan oleh pihak penerbit. Mereka semua ditempatkan di Pulau Chenta Aroma. Banglo resort menjadi tempat penginapan mereka yang dimiliki oleh sepasang suami isteri. Anehnya, sebarang alat komunikasi langsung tidak boleh mengakses internet dan laman sosial selain berhubung sesama sendiri di dalam pulau itu. Tanpa diduga, satu per satu makhluk ciptaan para novelis muncul dan memburu penciptanya dan peminat mereka. Ada di antara mereka yang menjadi korban makhluk-makhluk itu. Bertambah malang apabila semua editor yang terlibat hilang begitu sahaja. “Sis, you perasan tak batu ni membentuk kubur dan kubur ni saling tak tumpah seperti kubur bernyawa dalam novel you tu?” - Roszita “Maafkan Nuar, Kak Julie. Nuar sendiri tak tahu macam mana Lanang boleh muncul di Pulau Chenta Aroma. Nuar sendiri pelik, mustahil Ambarningsih menghidupkan kembali wong menyak. Watak tu Nuar dah matikan tapi...”- Anuar “Dia ni dah kena sampuk ke apa? Tak pasal-pasal panggil abang Pawarka... Pawarka... ni dah kenapa?”- Abang ZZ

Nyawa
  • Language: ms
  • Pages: 544

Nyawa

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-08-08
  • -
  • Publisher: Karangkraf

Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes. Saksi menyatakan sesuatu yang bersifat paranormal tetapi sukar untuk diterima logik akal Inspektor Amiruddin. Kekeliruan mula tercetus. Lima nama watak lagi tersenarai. Masing-masing mengalami gangguan menyeramkan yang serupa. Seorang perempuan berwajah hodoh dan mengerikan sering muncul memberikan amaran nyawa mereka menjadi buruannya. Kejadian-kejadian menggerunkan merasuk diri. Mimpi-mimpi ngeri menghantui di antara lena dan jaga. Kematian terasa berlegar-legar di sekeliling mereka. Jiwa sentiasa diamuk ketakutan. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan syaitan itu? Dan mampukah Inspektor Amiruddin membantu menyelesaikan kes kematian yang berlaku? "Mana mungkin seorang manusia dibunuh dengan begitu kejam oleh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar." - Inspektor Amiruddin "Saya nampak sendiri Azazil tarik bayi dalam kandungan ni hidup-hidup. Mimpi ni ada makna abang. Iblis tu masih hidup. Dia nak ambil anak kita" - Izara “Rumah kau tu macam mengusik. Maksud aku macam ada sesuatu selain manusia yang menumpang kat rumah kau. Kau faham kan maksud aku?" – Arman

Sumpahan Ling Chi
  • Language: ms

Sumpahan Ling Chi

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan. Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup. Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram da...