You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi. Jika tidak dapat, kita sedih, kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian … Kita akan mencari lagi dan lagi – yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit, masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puas hati. Tanpa sedar, kita terperangkap dalam satu kitaran berbahaya. “Aku nak lagi.” “Apa yang aku ada belum cukup.” “Aku perlukan semua ini.” Mengapa kita berada dalam situasi ini? Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu “produk” di dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu? Menerusi buku ini, Fakhri Fadzli menjelaskan kepada kita bahawa punca segala masalah yang timbul akibat keinginan berterusan ini adalah kerana kehilangan rasa bahagia dengan apa yang ada. Dengan tulisan yang santai, penulis mengajar kita cara membina kekayaan jiwa melalui qanaah – berasa cukup dan reda dengan susunan Allah SWT. “Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja.”
“Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran?” “Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.” Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya. Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran? Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia - termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kita mengenali dan mencintainya. Melalui buku ini, penulis membawa kita menelusuri jalan untuk berkenalan semula, jatuh cinta, dan akhirnya tetap setia bersama al-Quran. Dengan penjelasan menyentuh jiwa, beliau meyakinkan kita bahawa al-Quran itu sememangnya untuk kita.
Aku rasa dekat dengan Tuhan, tapi entah kenapa jauh daripada manusia.” “Susahnya bergaul dengan orang. Akhirnya, aku juga yang terluka.” Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul, atau harapan yang tidak dipenuhi – baik sesama suami isteri, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak murid, mahupun majikan dengan pekerja. Kegagalan memenuhi harapan-harapan ini membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti transaksi; maknanya menghilang. Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja? Hakikatnya, tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini. Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW; supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah di hujungnya, kita tetap dalam teduhan takwa kepada Ilahi.
“Aku tak sampai hati nak cakap‘tak boleh’kalau orang dah minta.” “Dia pun berjaya buat benda tu, takkan aku tak boleh?” Setiap hari, hidup kita seakan-akan pentas perlumbaan dalam menentukan apa yang patutkita buat, ataupun siapa yang patut kita jadi. Kita membandingkan diri dengan orang lain. Kitaterkejar-kejar untuk menjadi lebih baik. Semua perkara mesti dibuat dan diberikan perhatian. Akhirnya, kita tidak lagi mampu memberi erti kepada setiap sesuatu dilakukan, sehinggakehidupan terasa kosong. “Banyaknya benda nak kena buat....” Dunia moden semakin menghubungkan, tetapi kita semakin hilang ketenangan. Mungkin sebenarnya kita perlu belajar menikmati semula hidup hari ini. Membuang semua gangguan. Menyusun kecamuk fikiran .Memperlahankan dunia; duduk sebentar. Menerusi buku ini, Fakhrul Islam membawakan perspektif al-Quran dalam menguruskeserabutan terhadap gangguan dan kesibukan dunia yang sentiasa bergerak laju, agarsetiap sisi hidup terasa lebih khusyuk, tenang, lagi bermakna. “Dalam hiruk-pikuk dunia yang melemaskan, semoga kalam Tuhan menjadi peneman yang menyamankan.
“Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Semua macam okey je.” “Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?” Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan seribu satu pilihan. Masa pula bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta. Semua ikhtiar kita lakukan — bertanya rakan dan pakar, juga merujuk artikel — agar tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung. Apa yang silap? Mungkin, sewaktu kita mencari bantuan daripada orang lain, kita terlupa bahawa tiada pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya; “Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” Menerusi buku ini, Nazrin Nashir melakar semula peranan dan makna istikharah; dalam kehidupan yang dipenuhi perkara memeningkan fikiran dan merunsingkan jiwa. Tatkala kita lemas dalam lautan pilihan yang tidak pernah habis, istikharah muncul sebagai rahmat dan penyuluh jalan daripada Tuhan.
“Hanya kedua-dua itulah, iaitu ilmu dan budi, yang dapat membangkitkan manusia dan membentuk perikemanusiaan” – Buya Hamka Buku ini seakan himpunan amanat Buya Hamka kepada anak muda agar terus bercita-cita tinggi dan memimpin perubahan bangsa. Tentang usaha, harapan, gagasan, dan disiplin yang anak muda perlukan untuk mengubah keadaan yang mereka tidak suka pada hari ini menjadi lebih baik. Zaman anak muda akan tiba, tetapi bersiapkah kita? Baca buku ini, dan ketahuilah jawapannya.
SEPERTI AIR YANG MENGALIR Kisah-kisah yang baik dan mengesankan itu seperti air – ia akan sentiasa mengalir, mencari kolam-kolam nurani untuk diisi. Lalu bagaikan air juga, ia membersihkan, menyucikan dan menjernihkan lembah-lembah jiwa. Usah jadikan hati seperti air yang bertakung – diamnya mengumpul kotoran dan pegunnya mengundang penyakit. Seperti Air yang Mengalir membawa cerita-cerita dari masa silam, juga mengandungi catatan-catatan yang penuh makna – yang apabila dibaca, ia seperti mendengar bunyi air, menenangkan. Ada banyak iktibar yang boleh diambil dan diamalkan dalam kehidupan, bila kita membacanya dengan hati yang terbuka. Jadilah seperti air – terus mengalir dan memberi manfaat kepada seluruh manusia di bumi.
This book presents part of the iM3F 2020 proceedings from the Mechatronics track. It highlights key challenges and recent trends in mechatronics engineering and technology that are non-trivial in the age of Industry 4.0. It discusses traditional as well as modern solutions that are employed in the multitude spectra of mechatronics-based applications. The readers are expected to gain an insightful view on the current trends, issues, mitigating factors as well as solutions from this book.
Love brought them together - life is pulling them apart ... Seren and Dom's epic love story is the perfect read for fans of Beth Revis and Meg Rosoff. 'I longed so hard for all the things that make life life, and I never thought they'd be mine. But now ... now they are. Now I have something to lose.' Seren and Dom have fled their old lives on board spaceship Ventura in order to be together. They crash-land on a beautiful, uninhabited planet, which at first seems like paradise. There is no one to answer to ... but no one to ask for help. And with each new day comes the realisation of how vulnerable they truly are. This planet has secrets - lots of them. Uncovering them could be the key to survival, but at what cost? The follow-up to The Loneliness of Distant Beings, Kate Ling's second book takes us on an incredible journey through love, loss and the strength of the human spirit.
‘Is it possible for beautiful things to come from a place of hurt and disappointment?’ A beautiful life is not always one that goes on smoothly. A beautiful life is when the soul finds a way to make peace with the rough edges of existence. A beautiful life is interpreting the whole spectrum of human experiences, through the lens of faith. Fuelled by revealed divine verses and pressing personal reminiscences, this book coupled with vivid metaphorical watercolour artworks offers ten crafts to carry on when in the throes; to challenge what we perceive events in life to represent, how we respond to the unexpected, unfamiliar, and unpleasant, and what we choose to become in the face of everything.