You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
Siri Novel Adik Muslim - Bobo Si Hero Suatu hari, Alia terdengar bunyi tembakan di hutan yang terletak di seberang sungai. Alia lihat beberapa orang pemburu berada di situ. Setelah pemburu-pemburu itu beredar, Alia terjumpa sesuatu di tebing sungai. Alia namakannya, Bobo. Alia begitu menyayangi Bobo. Setiap hari Alia bawa makanan untuk Bobo. Namun, setelah atuk mengetahui rahsia Alia dan Bobo, sesuatu telah berlaku kepada Alia menyebabkan Alia tergelincir ke dalam sungai. Apakah yang berlaku kepada Alia? Siapakah Bobo yang dijumpai oleh Alia? Kalau kawan-kawan nak tahu kesudahan cerita ini, jangan lupa dapatkan. ‘’Membaca dan lakukan aktiviti bersama Amani!
Sebagai bakal duta gigi, Nomi sentiasa menjaga kecantikan dan kebersihan giginya dan kerana kecantikan giginya itu, dia ditawarkan menjadi duta kepada Sayarikat Gigi Putih. Antara perkara yang dilakukan oleh Nomi dalam menjaga giginya ialah : 1/ Tukar berus gigi empat ataupun enam bulan sekali. 2/ Seminggu sekali gosok gigi dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam bagi mengesat sisa daki. 3/ Bersihkan celah-celah gigi menggunakan floss 4/ Berjumpa doktor gigi enam bulan sekali bagi melakukan pemeriksaan. Beberapa hari sebelum Nomi menandatangani kontrak, sesuatu berlaku pada gigi nomi.
Asfa memiliki kuasa istimewa melalui makanan. Apabila makan mi goreng, badan Asfa mampu mengeluarkan haba dan menjadi panas. Sekiranya disentuh, pasti mendatangkan kecederaan. Di sekolah baru, Asfa berkawan dengan Nomi. Nomi beranggapan, mereka yang memiliki kuasa, seorang yang ego. Sejak itu, Asfa merahsiakan kuasanya dan risau sekiranya Nomi mendapat tahu fasal kuasa yang dimilikinya.
Keluarga Dania menjalankan bisnes menjual aiskrim Malaysia secara kecil-kecilan. Wafiy ialah sepupu kepada Dania yang terpaksa berkorban berhenti sekolah kerana kesempitan hidup keluarganya. Wafiy tekad mahu berniaga ais tanpa krim iaitu aiskrim Malaysia dan aiskrim goyang bagi menolong keluarga Dania. Wafiy mengumpul wang sedikit demi sedikit hasil berniaga itu. Pelbagai idea menarik dan boleh mendatangkan keuntungan berganda yang dikongsikan di dalam buku ini.
Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan. Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998. Bahagian kedua, 1986, aku form 2. Muzik rock menguasai jiwa pada masa itu. Kami memberontak untuk sesuatu yang tidak pasti apa.
Misteri hidup Dato' Marzuki dan Cik May terbongkar! Daripada seorang rockers, berubah kepada angkawasan berani!
Kali ini Adila belajar mengenai Sains dalam kehidupan. Antaranya, keperluan asas bagi manusia, pentingnya cahaya dalam kehidupan dan bagaimana mahu menjaga pokok bunga! Pelbagai insiden telah terjadi, namun Adila bijak mengawalnya. Oh ya, Adila juga mendapat seorang kawan baru bernama Lokman! Adila dan kawan-kawannya juga bercita-cita mahu menjadi Saintis. Ikuti kisah-kisah menarik ini dalam buku Adila Bijak Sains!
Mengandungi 8 komik menarik fasal ibu.