You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Pesan aku, sila renung kisah salah seorang dari tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kamu. Susahnya mereka hendak tiba ke tapak kenduri setelah diuji sepanjang perjalanan yang sepatutnya setengah hari telah menjadi tiga hari tiga malam. Jangan mudah lafaz talak! Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda selamat dari azab api nereka. Semoga WOHA sampai syurga. Woha!
Anak-anak kita amat suka bertanya, seperti:dari mana adik datang? Kenapa dada ayah berbulu? Cabul tu apa? Kenapa ayah tak pandai masak? Hantu tu wujud ke? Siapa Zombie? Bagaimana nak khusyuk dalam solat? Siapa Santa Clause? Kenapa ketiak ayah berbulu? Kenapa kemaluan lelaki dan perempuan berbeza? Dan lain-lain. Lantas aku tersenyum kerana terdengar dari dapur akan suara anak sedang bertanya Puan Bini tentang pelbagai soalan.Nampaknya, ada tanda kematangan pada soalan-soalan mereka. Belum puas aku tersenyum, tiba-tiba aku rasa nak menyorok, sebaik terdengar suara bini berkata: “Pergi tanya ayah!”
This book is a collection of articles, poetry, and stories about the emancipation of women, men, and those in between; Their right, their vision, their empowerment, their dilemmas, and so much more for those born with The V, and those who were not, and those who wish they have, this book is for you. You don't have to be anti-men, to be pro-women; You just need a heart and the courage. You have The V? Own The V. (Terfaktab Media)
'If you love The Kite Runner you'll love The Little Coffee Shop of Kabul' LOOK MAGAZINE Six women forever joined by a little cafe in Kabul SUNNY, former proprietor of the Little Coffee Shop and new owner of the Screaming Peacock vineyard. Can she handle the challenges of life on her own? YAZMINA, the young mother who now runs the cafe, until a terrifying event strikes at the heart of her family and business... LAYLA and KAT, Afghan teenagers in America, struggling to make sense of their place in the world... ZARA, about to be forced into a marriage which will have devastating consequences... These women are about to learn what HALAJAN, Yazmina's rebellious mother-in-law, has known all along:...
Jika anda mencari sesuatu yang baru atau di luar kotak pemikiran anda mengenai apa yang berlaku dalam negara kita terutama masyarakatnya. Buku Makan Dalam adalah jawapannya. Ditulis oleh sekumpulan penulis blog yang lapar untuk berkongsi pandangan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu perkara. Dari perkara politik, sejarah, Islam, sosial, sukan, sains, filem, rempit, KRU, hantu, FAM, ubat kuat, PAS, seks, orang Thailand, dan macam-macam lagi ada disentuh dalam Makan Dalam. Digarap tanpa rasa selindung-selindung, terbuka, pedas dan kadang-kadang santai, tetapi menusuk ke jantung. Lebih sedap dibaca dengan secangkir kopi O dan pisang goreng untuk mengisi rasa lapar mencari ilmu. (Terfaktab Media)
Jika bersembang dengan ibu bapa yang ada anak autisme, mereka sedang menunggu-nunggu si anak dapat memanggil mereka “ibu” buat pertama kali sebab anak autisme lambat mengenal ibu bapa sendiri. Sedihkan? Ada yang anak sudah masuk darjah satu tapi belum dapat mengenali ibu bapanya, dan ada yang hingga dewasa pun tidak mampu berkata-kata padahal mereka bukan bisu! Semua itu ujian, dan anak saya pula, alhamdulillah, sudah dapat memanggil ibu bapanya sewaktu berumur 4 tahun, namun sekarang masih tidak mampu membuat ayat, dan selalu menjawab dengan jawapan yang salah. Komunikasi hanya satu hala dan banyak diam dari bercakap, jika bercakap kita tidak faham bahasa mereka. Tak apa pelan-pelan kayuh.
Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan. Nama Hamka bukan saja terkenal di Indonesia malah di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa Negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang Sasterawan, pendakwah, ulama dan aktivis politik. Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib ...
Aku putus tunang Mac tahun lepas… lalu aku membawa diri mengembara. Perjalanan ke benua Australasia selama hampir TIGA bulan. Dengan hanya status ‘Hiatus’ pada setiap media sosialku, tanpa ada apa-apa interaksi melainkan orang yang tertentu. Ya, tempoh perjalanan itu aku senyap. Aku ditipu, duit tak cukup, gadai cincin tunang… Segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.
Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni. Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar. Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.
Anak-Anakku, Ketika korang membaca catatan ini, bermakna ayah sudah pergi tak kembali. Maafkan ayah kerana merahsiakan penyakit ini. Sila simpan air mata dalam doa Tahajud masing-masing dan sebutlah nama ayah jika teringat. Selamat membaca surat yang ayah tulis mengikut umur dan peristiwa penting yang bakal korang lalui dalam hidup. Ada surat untuk anak belum baligh, untuk remaja, untuk pasangan baru berkahwin, untuk memilih kerjaya dan lain-lain. Malahan surat untuk korang yang bakal tua pun ayah dah tulis siap-siap. Ayah sayang korang semua, jaga bonda baik-baik. Jangan sakiti hati bonda kerana beliau sedang bersedih sekarang. Ayah tak tulis surat kepada bonda kerana dia dah dapat rumah dan kereta. Woha! Salam sayang dari penghuni kubur yang masih merah tanahnya. Ayah.