You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Nukilan pengalaman dua anak muda dalam perjalanan mereka menjadi penulis berjaya. Kedua-duanya terjun dalam bidang penulisan tetapi meladeni kelompok pembaca yang berbeza. Buku ini juga menitipkan cara bagaimana untuk menggali idea dalam penulisan dan panduan untuk menjadi penulis yang disayangi Tuhan.
Naskhah kelima daripada Rasid Muhamad ini masih lagi berkisar tentang motivasi Islamik. Ia menghimpunkan pandangan-pandangan para ilmuwan dalam membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Ringkasnya, naskhah ini memberi suluhan jalan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik. Justeru, pengisiannya amat sesuai untuk dihadam oleh kita semua.
Membicarakan tentang seruan TUHAN untuk sekalian manusia. Ayat-ayat pilihan yang khusus membincangkan tentang keperluan serta kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh manusia. SETIAP manusia pastinya tercari-cari panduan hidupnya dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Maka al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Namun tugas dakwah bukanlah semata-mata berada di atas pundak seorang pendakwah sahaja malahan ianya terbuka luas untuk semua muslim. Peranan pendakwah dalam membawa mesej Islam sememangnya amat mencabar dengan pelbagai cabaran. Justeru seorang pendakwah harus lengkap dengan fahaman tentang realiti semasa untuk memudahkan masyarakat mengenal agama Islam. WAHAI SEKALIAN MANUSIA membawa konsep mudah dalam memahami ayat–ayat al-Quran yang memfokuskan tentang manusia secara amnya. Buku ini akan membawa pembaca menyelusuri tentang kehidupan manusia secara praktikalnya.
Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai: “Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.
‘Seindah Solat Rasulullah’ adalah naskhah yang ringkas dan mudah dalam memahami kaedah solat Rasulullah SAW. Ia dilengkapi dengan perbincangan ringkas tentang hadith-hadith berkaitan solat oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Juga menghuraikan secara ringkas tentang asas seorang muslim dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan solat.
Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem. Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.
KIAMAT semakin dekat! Kiamat pasti berlaku! Janji-janji Allah itu pasti. Sudah termaktub di dalam kitab suci Al- Quran mengenai Kiamat. Tanda-tanda akhir zaman makin jelas. Tanda-tanda kecil banyak melata. Tanda-tanda besar juga makin nyata. Cuma yang masih menjadi rahsia Allah adalah bila Kiamat akan berlaku. Dunia semakin sakit. Akhlak semakin sempit. Fitnah tegar membadai. Kerakusan manusia menjadi tunjang. Nafsu semakin bermaharajalela. Iman semakin dikesisikan. Yang benar dinafikan dan yang batil dijulang. Itulah realiti akhir zaman. Tanda-tanda Kiamat semakin rapat. Antara tanda akhir zaman ialah fitnah yang berleluasa. Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza. Penindasan berlaku di mana-mana. Kerosakan makin menyenakkan. Bencana alam bertali arus. Banyak peringatan dan amaran yang Allah berikan. Namun, manusia makin alpa dan terbuai dengan yang fana. Kiamat makin dekat namun manusia semakin jauh daripada Maha Pencipta.
Alhamdulillah! Sedar tidak sedar, kami sudah mencecah angka penerbitan yang ke-20! Edisi terbaru Majalah Jom! kali ini yang bertajuk; ‘Kau Rasa Kau Hebat?’ mengangkat pula tema yang dibawa oleh Surah al-Fil. Surah ini amat sinonim dengan kisah Abrahah dan Tentera Bergajah. Namun, surah ini sebenarnya mempunyai maksud yang sangat mendalam. Bukan sahaja mengenai kisah Abrahah yang sombong itu, tetapi juga bagaimana kekuasaan Allah yang mampu menghancurkan sebuah angkatan tentera yang dilihat gah, hebat dan kuat di mata manusia. Malahan, melalui surah ini juga Allah menunjukkan bahawa kita tidak patut berputus harap pada Allah, walaupun sesuatu itu kelihatan begitu teruk amat mustahil sekali.
Buku ini berkisah tentang tentang takdir qadak dan Qadar Allah yang dikenakan ke atas manusia dan semua makhluk-NYA. Buku ini menekankan betapa kita perlu redha dan berusaha menghadapinya dengan ilmu serta amal. Ia juga mengandungi perbahasan perbandingan pendapat antara ASWJ dengan kelompok Jabariyah dan Qadiriyah.
• Is meant for the lower primary pupils. (Phase I) • Covers a wide usage of basic vocabulary. • Is highly recommended for pupils who have done the basic exercises in English For Kids. • Offers a wide range of correlated and challenging grammatical exercises to reinforce the pupils’ acquisition of their basic grammar.