You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Nama saya Bedah binti Bedul.Saya bangga dengan nama saya. Bedah sudah mampu menerima hakikat yang namanya adalah Bedah. Bedah juga seronok dengan nama itu dan hanya mahu dikenali dengan nama Bedah, dan bukan lagi Puteri Anis. Semasa cuti semester, Bedah dan rakan-rakan menimba pengalaman bekerja sebagai penjual insurans. Pelbagai insiden yang berlaku kepada Bedah. Setiap hari Bedah perlu berjumpa dan mencari pelanggan. Setiap kali namanya disebut, pasti menjadi bahan ketawa para pelanggannya. Namun, ada Bedah kisah? Bedah sudah cukup kebal bagi menepis semua itu. Hakikatnya, namaku Bedah... dan panggil saya Bedah. BEDAH!
Bidadari Mawar muncul semula dalam kehidupan Danis dan Dania selepas lama menghilangkan diri. Bidadari Mawar memohon maaf kepada Danis dan Dania kerana meninggalkan mereka berdua tanpa sebarang berita. Kepulangannya kali ini adalah bagi menebus kesalahannya dan berjanji akan sentiasa bersama dan menjada kedua-dua duyung itu. Sejak kepulangan Bidadari Mawar, Dania meneruskan niatnya mahu memiliki sepasang kaki kerana dia mahu merasakan pengalaman hidup sebagai manusia normal. Keinginan Dania tidak dipersetujui oleh kembarnya, Danis. Namun, Bidadari Mawar tiada pilihan kerana sudah berjanji akan memenuhi segala permintaan mereka berdua. Bidadari Mawar berdoa dan memohon kepada Tuhan agar Dania diberi sepasang kaki. Sejak memiliki sepasang kaki, Dania tidak sabar untuk berjalan. Suatu hari, dia terluka dan dirawat di hospital. Ketika itu, Dania mengambil kesempatan bagi berjalan-jalan sehingga dia tersesat dan diancam oleh manusia lain. Sejak peristiwa itu, Dania sudah tidak mahu menjadi manusia dan ingin kembali menjadi duyung.
Dania bertemu kembali dengan kembarnya, Danis. Pada mulanya mereka hidup aman bersama Aiman dan Danial yang selalu menjaga mereka. Sehinggalah pada suatu hari, Dania terkena tumpahan minyak dan kulitnya melepuh. Sejak itu, Dania menhadi buruan seorang doktor dari Australia. Doktor itu menawarkan sejumlah wang kepada Fareez, abang sepupu Danial bagi mendapatkan Dania. Mampukah Aiman dan Danial menyelamatkan Dania daripada sebarang bahaya?
Pakaiannya warna merah jambu. Barang-barangnya warna merah jambu. Uniform sekolah pun dia harapkan berwarna merah jambu! Oh, kegilaan Qistina kepada warna merah jambu semakin menjadi-jadi apabila dia mewarnakan gerai perniagaan buah kegemarannya (iaitu jambu!) dengan warna merah jambu, dari sepuluh batu pun orang ramai boleh nampak! Berkat kesungguhan Qistina dan emak saudara yang sebayanya iaitu Nadia, perniagaan mereka penuh warna warni. Mahu tahu kisah ini?
Aifan ialah anak kepada Tan Sri Zulkifli, yang menuntut di sebuah kolej swasta dalam bidang fesyen. Dia seorang yang lembut sehingga menjadi bahan ejekan anak kepada Datuk Fadhil, Hezri. Ayah Aifan mempunyai sejumlah hutang dengan syarikat ayah Hezri, dan hingga satu hari, ayah Aifan diisytiharkan muflis. Aifan dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah mereka dan menetap di kampung Mak Temah. Di kampung Mak Temah, Aifan mengenali Buntal dan terhasillah impian menjadi petani sayur-sayuran. Usaha mereka bagi menjadi petani berjaya sudah menampakkan hasil, tetapi Hezri dan ayahnya muncul untuk menguasai kampung Mak Temah dengan janji palsu mahu membangunkan kampung tersebut. Ikuti kisah hidup Aifan yang penuh dengan adegan lucu dan menghiburkan.
Namaku Bedah binti Bedul.Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama.Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa.Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu?Gadis secantik aku bernama Bedah!Tidak padan, bukan?Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej. Namun, langit tidak selalu cerah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hakikatnya, namaku tetap... BEDAH!
Joran Oh Joran Nak jerit panggil ibu ke tak? Nanti kalau panggil ibu, nak bagi alasan apa? Tentu ibu tanya buat apa di atas tembok? Takkan nak kata kejar Comot? Itu bohong. Berdosa bohong ibu. Nak buat macam mana ni? Kalau ibu nampak joran di luar pagar, tentu ibu tahu aku nak memancing lagi. Puteri Merah Jambu “Inilah pokok bunga mawar merah jambu dan putih yang sering awak cium. Mereka sakit sekarang kerana sampah-sampah yang awak buang di badan mereka telah menjadi tempat pembiakan bakteria dan fungus.” Ayahku Superhero “Nenek, barulah Talia tahu yang ayah umpama seorang superhero. Ayah lebih hebat daripada superhero barat seperti Superman dan Batman. Ayah membantu orang-orang yang dalam kesusahan walaupun ayah tidak mempunyai kuasa sakti. Talia kagum dengan kehebatan ayah,” kata Talia.
Berikut adalah reaksi orang ramai yang pernah jumpa ikan duyung yang comnel itu: "Saya jumpa bayang ikan besar... ah, mungkin saya hanya bermimpi. Sekejap! Saya bukan berada di alam fantasi, kan?" - Cikgu Roslan. "Kita mesti dapatkannya sebelum esok. Sekiranya tidak, habislah kita semua." - Nelayan. "Dia comel... tetapi sayang, dirinya umpama pelarian di habitat sendiri." - Aiman "Dia begitu handal berenang. Baik hati dan... ya! Dia belanja kami makan." - Danial.
Salahkah saya gemuk? Tidak layakkah orang berbadan gemuk, gebu dan gempal berjaya? Tidak adil bukan seseorang itu dinilai dengan rupa fizikalnya? Saya Fatimah.Saya Fatimah yang berbadan gemuk namun bercita-cita tinggi bagi berjaya. Saya mahu menjadi seorang jurufoto yang berjaya seperti Annie Leibovitz dan saya juga mahu kurus! Ya. K.U.R.U.S Kurus. Dan, saya yakin mampu mencapainya!
HARI ini Encik Rahim pulang lebih awal daripada biasa. Hati Yana diasak perasaan ingin tahu. Kenapa papa pulang awal dari tempat kerja hari ni? “Hai... bang. Awal benar balik hari ni? Abang tak sihat ke?” tegur Puan Zuraidah. Encik Rahim tersenyum sambil menggeleng. “Idah, mana anak-anak?” Dia bertanya kepada Puan Zuraidah. “Ada kat dalam bilik,” jawab Puan Zuraidah dengan wajah kehairanan. “Haa… Yana, pergi panggil along dengan Rita,” arah Encik Rahim apabila terpandang Yana. “Kenapa, papa? Ada hal mustahak ke?” tanya Yana pula. “Hai budak ni... Papa suruh panggil, panggil ajelah... Jangan banyak soal pulak.” Encik Rahim mula meninggikan suara terhadap Yana.