You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
When the most trustworthy woman meets the most untrustworthy man, what will happen? Paradoks Cermin—program unggulan terbaru dari Soma TV—merupakan reality show suspense-dating game show yang diisi oleh peran-peran penting seperti Confidante atau sang Penengah, karakter protagonis yang disebut Male Lead dan Female Lead, karakter antagonis yang disebut Villain dan Villainess, serta beberapa peran pendukung lain. Tujuan utama dari PC adalah mempersatukan Male Lead dan Female Lead di babak final, namun kehadiran Villain dan Villainess yang bertugas mengganggu kedua protagonis akan menambah kepelikan di dalam vila. Komentar-komentar netizen dan hiruk pikuk kru di balik layar pun tak ketingga...
“Aku benci kau, benci keluarga kau! Sampai mati, aku takkan lupa apa yang kau orang buat pada aku.” Lumat kebencian Jannah Amilia terhadap Arash Luqman. Sedari kecil, dia ditujah dengan penghinaan dan ejekan daripada Arash Luqman sekeluarga. Malah, tubuh kecilnya juga sering diseksa. Pada Jannah, keluarga Arash adalah ahli sihir. Peristiwa hitam pada malam enam jahanam, memusnahkan hidup Jannah. Semuanya seakan tiada erti lagi. Malang datang bertindih-tindih. Hiduplah Jannah dengan berendam air mata. Tatkala bahagia menyapa, dugaan semakin hebat mewarnai. Semalam, sang kekasih hulurkan bulan dan bintang. Hati dihiasi sekebun bunga cinta. Esoknya, sang kekasih hadiahkan duka dan lara. Taman hati terus hangus terbakar. Hidup Jannah jadi kosong semula.
“OKEY semua! Kita sambung mata pelajaran esok. Sebelum tu, cikgu nak ingatkan... jangan lupa buat homework! Boleh tak?” Suara nyaring Cikgu Erra seiring dengan jeritan loceng, menandakan waktu persekolahan sudah berakhir. Semua pelajar bergegas mengemas meja. Buku-buku pantas dimasukkan ke dalam beg masing-masing. Waktu berakhir persekolahan memang amat dinanti-nantikan. Kalau boleh, biarlah waktu itu tamat lebih awal. Hujung waktu persekolahan biasanya agak membosankan. Mengantuk dan tidak sabar untuk meninggalkan kelas. Vince yang duduk di hadapan sekali, bangun lebih terkemudian daripada Zed dan Khai yang duduk di kiri kanannya. Cikgu Erra masih memberi ingatan kepada para pelajar agar membuat kerja rumah masing-masing.
DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!
CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah. Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan. Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru.
AIN ingin bahagia seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri, memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia. Lebih malang, apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya datang mengganggu.
Courage refers to the willingness for risk taking and to move ahead in the presence of difficulties. The purpose of this book is to present courage as the main foundation of understanding and training for mental health in the three life task areas described by Adler: Work, Love, and Friendship. It explores the meaning of each life task and problems of fear, compensation, or evasion, as well as Adlerian insight on socially useful attitudes of approaching the task under discussion. Socratic dialog boxes are included throughout each chapter to encourage the interactivity between the text and readers’ thought processes. Also included is a set of twenty-two helping tools that were creatively designed for self-exercise or to be used to help others uncover or acquire courage. For those in the helping professions, this text will be a unique and valuable handbook for not only working with and helping their clients, but also for their own personal development.
None
Ada orang yang suka pasang ramai selagi belum jumpa yang satu. Iana Sabira contohnya. Bacalah kisah Iana Sabira yang berdating sana sini tapi tak payah ikut perangainya kalau tak mahu dapat kekasih curang. Eh, nanti! Tak ada kena mengena sebenarnya. Cuma, tak payahlah pasang ramai kalau hati senipis tisu. Kisah berlaku selepas Y2K, sebelum telefon bertouch screen dikomersialkan.