You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku Falsafah Pendidikan Negara dalam Cerita-Cerita Lisan Melayu ini membataskan pengkajian dan analisis terhadap beberapa cerita rakyat Melayu yang termuat dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Teks ini diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh. Keseluruhan cerita rakyat Melayu yang telah dianalisis merangkumi 16 nilai murni. Cerita-cerita rakyat Melayu sememangya kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk moral positif dalam kalangan jiwa setiap manusia. Sehubungan itu, tanggungjawab pengkaji adalah untuk memastikan cerita-cerita lisan ini dapat dibaca dan dihayati oleh semua khalayak pembaca, terutama pencinta sastera. Disamping itu, pendekatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan sebagai deduktif pengkajian terhadap setiap analisis nilai-nilai murni cerita-cerita rakyat Melayu agar pengahasilan dan perbincangannya lebih mantap.
History of young adult novels of 1950s to 2008 published in Malaysia.
Belia merupakan antara aset terpenting negara bagi menyambung warisan kepimpinan negara pada masa akan datang. Umum mengetahui bahawa para pemimpin datang dan pergi silih berganti. Mereka meninggalkan warisannya untuk disambung oleh bakal pemimpin yang akan meneruskan segala tanggungjawabnya kepada negara. Oleh sebab itu, belia yang bakal menjadi pemimpin haruslah peka dengan cabaran yang akan dihadapi dan bersedia memainkan peranan mereka untuk memajukan negara dan anak bangsa. Belia memainkan peranan penting dalam proses ini sebagai warganegara masa depan dan sebagai individu. Ini ialah peranan penting kerajaan untuk memastikan bahawa keperluan warga belia diambil kira dalam semua dasar kerajaan dan membuat keputusan bagi menyediakan belia dengan pentas yang sesuai. Seterusnya, kerajaan hendaklah menyemai dan memupuk masyarakat yang mempunyai pemikiran matang dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang menjalani kehidupan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, buku ini diolah bagi menjawab persoalan dan permasalahan yang dibincangkan bagi mentransformasikan hasrat pembangunan belia yang sebenar dan berkesan.
Buku ini meninjau tema perpaduan nasional dan peranan sastera kebangsaan menerusi genre cerpen. Sebanyak 83 buah cerpen dipilih daripada hasil karya Sasterawan Negara, pemenang sayembara cerpen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, cerpen peraduan ESSO-GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Public Bank-Utusan Melayu, Hadiah Pemenang Sastera 1970-an, dan Hadiah Sastera Malaysia 1980-an. Teori Weiner digunakan untuk meninjau 19 tema umum dan khusus perpaduan nasional, berpandukan Teori Pencerminan Lukacs. Sastera kebangsaan melalui cerpen memainkan peranan dan sumbangan yang merentasi etnik, jantina dan SES responden. Justeru, buku ini menunjukkan bahawa cerpen mempunyai peranan tertentu dalam membentuk perpaduan nasional.
Account of Teguh Santosa on his works on comics; collection of articles.
None
Buku Manisnya Komunikasi Bersulam Takwa ini dipersembahkan secara santai berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis. Bermula dengan penjelasan konsep penting komunikasi, diikuti dengan kisah yang berhubung dengan komunikasi dalam masyarakat, dan seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berkaitan dengan perspektif Islam. Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat satu kupasan maklumat tentang bidang komunikasi. Buku ini turut dibekalkan dengan fakta-fakta ilmiah berdasarkan kajian, ia berupaya memberi keyakinan kepada pembaca berhubung intipati yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan menggunakan kosa kata yang boleh difahami oleh semua peringkat pembaca. Dengan contoh-contoh serta pengalaman hidup yang dikemukakan menerusi buku ini, ia membantu pembaca agar memahami idea-idea yang hendak disampaikan. Buku ini sesuai untuk pelajar yang mengikuti bidang komunikasi, pendidikan, psikologi, kaunseling dan bidang yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk memahami komunikasi antara manusia.
Dikhianati membuatmu tak lagi memercayai.Dilukai membuatmu tak lagi berani menyayangi. Dilupakan membuatmu hanya berani menyembunyikan rindu di hati. Dicintai, akankah membuatmu kembali berani mencintai? Apakah hidup selalu seperti itu? Kau tak akan pernah lepas dari masa lalu. Langkahmu selalu dibayang-bayangi, sesuatu yang terkadang tak kau pahami: K-A-R-M-A Ketika hidup mempertemukanku denganmu, benarkah ini merupakan garis nasib? Aku mulai menyemai harap. Namun, mengapa semakin kukejar, bahagia terasa semakin menjauh? Mungkinkah karena maaf belum juga terucap dengan utuh? -GagasMedia-
None
History and criticism on Malay novels of Brunei created in the 20th century.