Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Puteri Cinta
  • Language: en
  • Pages: 448

Puteri Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa. Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

Cinta Marissa
  • Language: en
  • Pages: 304

Cinta Marissa

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2002
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah. Pelbagai kisah suka dan duka menimpanya.

Panggil Aku Najiha
  • Language: en
  • Pages: 504

Panggil Aku Najiha

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha. Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu. Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.

Kisah Kasih
  • Language: en
  • Pages: 375

Kisah Kasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 1999
  • -
  • Publisher: Alaf 21

SEJAK aku kecil, mama suka membacakan kisah-kisah do­ngeng klasik Inggeris kepadaku. ‘Cinderella’, ‘Sleeping Beauty’, ‘Snow White’ dan ‘Beauty & The Beast’ antara cerita-cerita yang paling aku gemari. Bagaimana seorang puteri di­selamatkan oleh seorang putera yang kacak. Putera-putera yang digambarkan berwajah tampan, berbadan sasa dan gagah berani. Puteri-­puterinya pula bersuara merdu, berwajah jelita dan berbudi pekerti. Putera dan puteri ini bertemu dan kemudian bercinta. Akhir­nya, mereka berkahwin dan hidup bahagia. Waktu berlalu pergi. Aku melangkah ke alam dewasa. Tetapi ada sesuatu yang tidak boleh aku tinggalkan. Aku tetap terpengaruh dengan kisah-kisah ­dongeng ini. Kononnya, di luar sana ada seorang putera idaman yang akan menambat hatiku suatu hari nanti. Aku percaya ada ­seorang putera yang akan tertawan kepadaku lalu membawaku ke mahligai kebahagiaan. Sungguhpun aku tidak mempunyai paras yang jelita seperti puteri-puteri itu, tetapi aku memiliki sesuatu iaitu cinta yang suci.

Indahnya Kasih
  • Language: en
  • Pages: 444

Indahnya Kasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2007
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Indahnya Kasih merupakan sambungan Kisah Kasih, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini, kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan. Kisah kali ini membuatkan dibuai perasaan. Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu peuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan. Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hat

Sayangku Combi
  • Language: en
  • Pages: 252

Sayangku Combi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Combi Binti Jofree. Itulah nama yang diberi oleh nendanya. Sewaktu kecil setiap kali Combi diejek dan diusik rakan-rakan, ada Abang Hairell dan rakannya yang mempertahankan Combi daripada gangguan rakan-rakannya. Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya. Meniti kedewasaan, namanya masih lagi menjadi bahan teguran dan usikan. Kerana itulah di rumah, keluarga memanggil Combi ‘adik’. Bila mula berkenalan dengan kenalan lelaki, Combi menggunakan nama Puteri dan lelaki pertama yang disangkanya menambat hatinya dipanggil Prince. Prince lelaki yang bekerja di Singapura dan selalu berulang-alik melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Mereka berkenalan. Abang Combi, Kamarul begitu ‘protected’ terhadap adiknya itu. Pertemuan pertama Combi secara rasmi pun hanya dilakukan di tempat parkir kereta ditemani Kamarul. Tak ada dating-dating itu semua.

Kubawa Hati Ini
  • Language: en
  • Pages: 464

Kubawa Hati Ini

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

SALJU CINTA
  • Language: ms
  • Pages: 464

SALJU CINTA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah. Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa. Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Kau Selalu Ada
  • Language: ms
  • Pages: 496

Kau Selalu Ada

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lew at kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim! Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!