You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.
"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya. Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah. Setelah bertahun lamanya masa berlalu.... Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat. Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga. Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara. Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya. Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda. Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”
Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.
Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.
Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecewa, dia serik untuk bercinta lagi. Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi, lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah.
Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati. Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.