You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
REEN sebak setiap kali teringatkan dia. Sudah tiga hari dia menangis. Cukuplah. Air matanya kini sudah kering untuk lelaki itu. Muka macam hero, tetapi hati macam binatang! Dasar manusia tidak berhati perut! Bencinya bukan dibuat-buat. Marahnya meluap-luap. Dia telah diperbodohkan oleh sepupu sendiri. Jadikan saudara sendiri seperti barang permainan dan bahan ketawa. Maruahnya dipertaruhkan. Dia berasa cukup terhina. Hinaan paling besar kerana saudara sendiri yang melakukannya. “Tak guna!” Reen menyumpah. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu hakikat permainan ini. Keluarganya langsung tidak tahu-menahu. Tetapi dia pasti, suatu hari nanti akan heboh jua. Biarlah anak ini meliha...
"Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.” Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.
NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa. Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh. Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?
Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa saja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat - (Alaf 21)
Angin malam berhembus lembut. Menyegarkan tubuh gadis itu yang dibaluti pakaian cantik. Bibirnya mengukir senyuman, menyaksikan keindahan malam yang penuh berwarna-warni. Di dada langit, warna jingga kemerah-merahan masih samar-samar kelihatan menandakan tirai malam baharu sahaja berlabuh. Cuaca cukup baik dengan bintang berkerlipan. Cahaya bulan yang malu berselindung di sebalik dedaun kelapa meliuk-lintuk dipuput angin. Alam seakan-akan turut bergembira meraikan malam itu. Malam penyatuan jiwa mungkin untuk selama-lamanya. Sitah tersenyum lagi. Kakinya mengorak langkah dalam gementar. Ruang tengah banglo mewah itu sesak dengan para tetamu yang pelbagai gelagat. Setiap kali berselisih dengan orang-orang kampung, Sitah tidak lupa menyapa mesra. Tangannya masih menggenggam erat sebuah bungkusan bereben merah. Dia menuju ke bilik berlangsir ungu muda yang terhias cantik. Hatinya tidak sabar-sabar lagi untuk menemui orang yang sangat dirindui. Langkah Sitah semakin lebar.
Camelia Haryani – Bukan duit ringgit yang menjadi pilihannya, tapi bohonglah kalau dia tidak mahu duit. Sebenarnya bukan dia mahu sangat masuk dalam keluarga kaya itu, namun dia terpaksa. Hidupnya jadi tidak menentu semenjak mengenali Ariel dan Reyna. Reyna Natasha – Dia punya segalanya. Sekali kemahuannya dibantah, parah jadinya. Lantaran cintanya ditolak, dia membuat onar. Siapa Ariel dan Camelia? Ah... mereka hanya setumpuk debu dalam hidupnya. Ariel Zhafran – Dia sengaja mengambil kesempatan gara-gara insiden cermin keretanya pecah. Suka benar dia mengenakan gadis polos itu. Perempuan seperti itu hanya patung mainan baginya. Titik persahabatan menjadi pemula segalanya. Benarkah pipit hanya terbang sama enggang? Tidak layakkah pipit untuk terbang bersama?
Aku tahu cuma ayah seorang yang kumiliki sebagai sosok laki-laki terbaik. Ayah adalah orang yang paling percaya dengan kemampuan anaknya tanpa pernah bertanya, melarang, dan mengatur ini itu. Buku terbaru Visimedia Pustaka: Ayahku Idolaku, Anakku Sahabatku dijamin membuat kamu makin sayang ayah dan mengobati rindu kamu kepada ayah. -VisiMedia-
PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya! ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya. IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap...
Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya. Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. Cinta tetap cinta berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri? Andai ada benci, mengapa sempat merindu?