You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Berisi ekstra chapter cerita "MAS NASRUL" yang ada di wattpad: @anurie
Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya. Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.
Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah. Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.
NATASHA hanyalah gadis kampung. Pertemuannya dengan Asyraf walaupun tanpa sepatah kata menimbulkan bait-bait kasih dalam hatinya. Begitu juga dengan Asyraf. Dia tahu Anuar, sahabat baiknya mencintai Natasha. Hakikatnya, dia hanyalah manusia biasa yang tidak dapat menolak gelora hati yang semakin membara. Mujur masih berbaki iman dan taqwa. Natasha keliru. Jiwa dia ditagih oleh dua jejaka. Kasih pada Asyraf tidak pernah padam tetapi halangan orang tua membuatkan dia pasrah. Saat hatinya mula terbuka buat Anuar yang setia menanti, Asyraf hadir kembali mendambakan kasihnya.
The Indonesian Muslim Children's Story contains stories of children's lives for 355 days in Hijriyah Calendar. Daily stories and knowledge about Islam is told in simple and easy. It is full of messages and moral values that can form a child's loving personality, affection, patience, independence, sharing, and other personalities, including a variety of simple sciences in a variety of creativity and imaginative skills. Can be used by parents as bedtime stories. Interesting story with unique illustrations packaged according to the world of children. It was published by PT Zikrul Hakim in 2005 and became a best seller book, and this is the E-BOOK edition. This e-book is very ok to be save as a digital library for your family, especially for your children.
BATU kristal yang dimiliki oleh Syahida sangat unik dan istimewa. Dia amat berbangga memiliki batu kristal itu. Namun, batu kristal itu telah menyusahkan dirinya. Kerana batu kristal itu jugalah, nyawa Syahida dan Azri dalam bahaya. Sekumpulan penjenayah berusaha mencari Syahida kerana rahsia mereka telah terbongkar apabila wajah salah seorang daripada mereka terpampang di dalam akhbar. Syahida berjaya dijadikan tebusan dan Azri pergi ke tempat persembunyian kumpulan penjenayah itu untuk menyelamatkan rakannya. Apakah kegiatan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut dan apa kaitan dengan batu kristal itu? Dapatkah Syahida diselamatkan oleh Azri? MISTERI BATU KRISTAL mengungkap persoalan ini...
ALYA gelisah. Sejak tadi dia mencari kotak parkir kosong namun, masih belum ditemui. Rasanya, sudah tiga kali keretanya berkeliaran di sekitar jalan raya berhampiran dengan kawasan komersial yang terdiri daripada bangunan lima tingkat itu, tetapi pencariannya hampa. “Alamak, janganlah aku terlambat!” Dia tiba-tiba membebel sambil mengerling jam tangan. Dia mendapati jarum hampir menuju ke angka 9.00 pagi. Lagi sepuluh minit temu janjinya akan berlangsung. Dia terus jadi gelisah bila memikirkan yang dia akan kelewatan. Tak pasal-pasal dia dicop sebagai orang yang tidak menepati masa. Padahal selama ini dia begitu pantang dengan orang begitu. Namun, dia bukan sengaja mahu bertemu klien dalam keadaan yang lewat dan tergesa-gesa.
None
ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi. Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu. Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?