Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Bujang Valley
  • Language: en
  • Pages: 112

Bujang Valley

Malaysians across different generations are likely to have learned about the ancient site of the Bujang Valley in the state of Kedah from their historical textbooks and also recall from previous news reports in recent years involving a private developer which demolished a portion of its sacred Hindu-Buddhist shrines, known as candi. Where does that leave Malaysians today, and what does it mean to understand the history of Bujang Valley and the role it plays in Malaysian national identity? Join heritage researcher Bowen Liao on a journey up north of Peninsular Malaysia and let your mind perceive a future informed by an understanding of the past.

Malay Literature
  • Language: en
  • Pages: 310

Malay Literature

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 285

Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi (Penerbit USM)

Sejak kurun ke-2 Masihi, telah mula muncul kota-kota awal di sekitar pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Hampir kesemua kota ini berfungsi sebagai pusat pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Oleh sebab lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal yang amat strategik, kota-kota ini telah menjadi pusat persinggahan serta pusat pengumpulan dan pengedaran komoditi asing, terutamanya oleh pedagang-pedagang dari China. Kerajaan-kerajaan ini antaranya termasuklah kerajaan Tan-Tan, Pan-Pan, Ch’ih-Tu, Fo-Lo-An, Langkasuka, Kedah Tua dan Lo-Yueh. Sumber bertulis yang memberi gambaran tentang kerajaan-kerajaan ini kebanyakannya adalah daripada sumber China. Hal ini secara jelas menu...

Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 169

Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu (Penerbit USM)

Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu Buku ini mengandungi lapan makalah yang definisi kearifan tempatan tercermin melalui judulnya. Ia memperlihatkan kearifan tempatan dalam pelbagai sudut ilmu sebagai pembuktian yang jelas daripada kandungan makalah yang pertama hingga yang terakhir. Nyata, yang dinamakan kearifan tempatan yang ada itu tidaklah sempit ruang lingkupnya, sebaliknya mampu merentasi sempadan Nusantara. Malah, Malaysia sendiri kaya dengan budaya dan etniknya sendiri terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini juga menjadi simbolik bahawa kearifan tempatan itu mampu menghubungkan kearifan tempatan dan dunia Melayu dengan masyarakat di rantau Asia seperti masyarakat Jawa dan Vietnam. Takrif ini dikuatkan melalui perbincangan yang terdapat dalam buku ini iaitu aspek bahasa, tradisi, manuskrip, arkeologi tempatan, kesenian sama ada seni ukir mahupun seni bina. Kesemua ini merupakan gabungan cambahan idea dan penyelidik daripada para akademik dalam mempelbagaikan bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini.

Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 171

Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM)

Buku yang mengandungi tujuh buah makalah ini telah mendefinisikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai perspektif ilmu. Kesemua perkara yang terkandung di dalamnya menyentuh aspek berkaitan masyarakat tempatan dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin melalui kajian dan penulisan makalah yang menghubungkan kearifan tempatan dengan pelbagai dimensi seperti budaya Melayu dan keturunan Jawa, seni kraf, adat perkahwinan, sosioekonomi, sosiobudaya, arkeologi, seni reka dan makanan tradisi. Selain itu, buku ini akan mengangkat kearifan tempatan sebagai potensi pelancongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. Dalam penjelasan yang berbeza, ia turut dibahaskan dalam aspek tertentu dalam Islam untuk menjelaskan nilai tambah definisi kearifan tempatan itu sendiri. Tentunya, ia memberi satu pengertian bahawa kearifan tempatan itu luas sifatnya dan sumbangannya tidak terhad kepada pentafsiran dan pemahaman satu cabang disiplin ilmu sahaja. Keterbukaan inilah yang mampu membangunkan semula takrif kearifan tempatan dan menangkis paradigma-paradigma yang menyimpang daripada nilai-nilai kearifan tempatan.

Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 231

Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Buku ini telah merangkumkan ilmu kearifan tempatan yang ditekuni dalam wilayah Nusantara daripada pelbagai perspektif dalam usaha untuk melestarikan ilmu kearifan tempatan. Buku yang mengandungi lapan buah makalah ini membahaskan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk aspek arkeologi, sejarah, antropologi, sosiologi, warisan dan sebagainya. Aspek kepelbagaian khazanah dilihat bertemu sebagai khazanah kearifan tempatan dalam pelbagai budaya serantau di Nusantara. Perbincangan turut menyentuh tentang migrasi orang asli Kuala (Duano), perbahasan tentang cangkerang moluska sebagai perhiasan badan dan diet masyarakat Zaman Logam. Turut dibincangkan tentang etnik Kadazandusun...

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20 (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 573

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20 (Penerbit USM)

Buku AKHBAR DAN TOKOH PERSURATKHABARAN MALAYSIA KURUN KE-20 ini telah dihasilkan oleh 16 orang sarjana dalam bidang sejarah, kewartawanan, penerbitan, politik dan kesusasteraan daripada beberapa buah universiti di Malaysia. Kandungannya rencam dan pelbagai dan cakupannya luas dan menyeluruh. Buku ini meleraikan kebuntuan tentang banyak perkara berkaitan dengan sejarah dan peranan akhbar dan majalah di Malaysia dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dalam kurun ke-20. Banyak maklumat tentang asal usul penerbitan akhbar di Malaysia sejak awal kurun ke-19 turut disertakan. Selain daripada sejarah persuratkhabaran secara umum, buku ini menghurai dan mengupas latar belakang, perjuangan dan...

Dunia Revolusi: Perspektif dan Dinamika Lokal Pada Masa Perang Kemerdekaan Indonesia, 1945-1949
  • Language: id
  • Pages: 579

Dunia Revolusi: Perspektif dan Dinamika Lokal Pada Masa Perang Kemerdekaan Indonesia, 1945-1949

Dunia Revolusi meneroka periode revolusi Indonesia (1945–1949) dari perspektif regional. Sebanyak tujuh belas naskah hasil penelitian sejarawan Indonesia dan Belanda menjadi kontribusi dalam mengungkapkan kompleksitas realitas yang terjadi serta keragaman perspektif dari periode revolusi Indonesia. Para peneliti menjelaskan secara sistematis bagaimana penduduk sipil Indonesia (Bumiputra), Tionghoa, India, dan Indo-Eurasia, dan beragam kelompok sosial mulai dari tentara, pejuang, petani, buruh, ibu rumah tangga, hingga para pejabat turut mengalami dan membentuk periode penuh ketidakpastian yang terjadi dari tahun 1945 hingga 1949. Buku ini menitikberatkan pada keragaman gagasan tentang makn...

Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 351

Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Buku berjudul Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan ini mengandungi 15 bab. Kesemua judul saling berkaitan antara sejarah dan antropologi. Tajuk-tajuknya ialah Almanak dan Pelangkah: Panduan Perantau Jawa dan Suku Duano; Sistem Barter Antarabangsa antara Wanita Orang Asli Kuala dengan Penduduk Singapura: Kajian Kes Orang Asli Kuala di Pontian Johor; Keteguhan serta Kecekalan Pendirian Orang Melayu di Australia Barat Kesan Pengaruh Kognitif dan Psikologi; Kearifan Tempatan dalam Ilmu Kecantikan Tradisional dan Transformasinya; Kedinamikan dan Daya Hidup Bahasa Orang Asli Melayu-Proto di Malaysia; Teknologi Perkapalan dan Legasi Pelayaran Melayu di Selat Melaka pada Abad ke-18 dan ke...

Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 464

Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (Penerbit USM)

Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia menonjolkan keistimewaan dan keunggulan rantau utara Semenanjung Malaysia yang memperlihatkan rupa diri yang tersendiri baik dari aspek sejarah, ekonomi mahupun sosio-budaya dan masyarakat. Proses pembentukan rupa diri bangsa budaya dan bangsa politik masyarakat dan kerajaan merupakan penentu jati diri rantau ini sejak zaman awal. Sejak kurun ke-5 Masihi, Kedah Tua telah melalui proses transformasi politik dan sosioekonomi selari dengan perkembangan dan kepentingan serantau namun dalam masa yang sama, masih menonjolkan semangat untuk mengembangkan dan mempertahankan rupa diri dari pelbagai aspek, yakni melalui hubungan manusia dan alam, kenegaraan, ...