You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Dengar sahaja tazkirah, pasti terasa membosankan. Tetapi tidak buku ini. Tazkirah 5 Minit (Bukan 5 Jam) insya Allah cukup ringkas, padat, dan warna-warni. Tulisan bersama Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini mengetengahkan poin dalam bentuk pendek-pendek. Selain boleh dibaca pada waktu santai dan lapang, ada halamannya yang dapat di-snap dan kemudiannya dikongsi di media sosial. Insya Allah mampu dapat banyak 'like'.
Buku Indahnya Ibadah Muslim Kosmopilitan ini mengupas hukum dan merungkai permasalahan fiqh secara menyeluruh. Antara isu yang dibincangkan adalah: Bagaimana Tatacara Solat ketika Sakit dan Diatas Kapal Terbang?Bolehkah menunda Ibadah Haji dan Umrah dengan alasan Sibuk Bekerja?Bolehkah Berhutang Bagi Menunaikan Ibadah Haji?Bolehkan Makan Makanan yang Tidak ada Logo Halal?Apakah Hukum Mengucapkan Selamat Hari Krismas/Natal?Haramkah Nikah Mut'ah?Bolehkah Membawa Telefon yang Mempunyai Aplikasi Al-Quran ke Tandas?Apakah Hukum Kaedah Bayi Tabung Uji?Bolehkan Menamatkan Penggunaan Alat Bantuan Ke Atas Pesakit yang Koma (Euthanasia)?
“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden khususnya berkaitan ibadah termasuk permasalahan dalam bab solat, puasa, zakat, haji, dan umrah. Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 adalah: Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf? Adakah haram berkahwin pada bulan Muharam? Adakah haram menggantikan puasa pada bulan Syaaban? Adakah melakukan suntikan membatalkan puasa? Apakah yang dimaksudkan dengan sumpah yang terikat? Apakah hukum mengambil pil penahan haid?
Dalam cetakan edisi kemas kini ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan: 1. Cetakan ini ditahqiq sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Selain itu, beberapa kesilapan teknikal dalam cetakan edisi lama sudah dibetulkan. Pembaca boleh merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak. 2. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu. 3. Terda...
Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan. Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya. Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja. Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku. Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud. Juga, menjadi suri teladan kepada masyarakat dan pendakwah bahawa Nabi s.a.w. juga mampu ketawa dan tersenyum di samping sahabat dan orang yang didakwah.
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, “Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya.” Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden. Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.
“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan wanita dan keluarga. Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 3 adalah: Benarkah kata-kata Saidina Ali menyatakan bahawa setiap wanita adalah jahat? Adakah haram untuk seorang wanita pergi ke pusat kecantikan? Apakah jenis dusta yang dibenarkan dalam rumah tangga? Apakah hukum bagi seorang isteri yang mencintai selain daripada suaminya? Hukum mewarnakan kuku dengan pewarna tiruan. Apakah hukum pengambilan sperma dan ovun untuk disenyawakan, dan kemudian disuntik semula ke dalam rahim?
Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia. Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. (Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)
“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus yang ada pada buku-buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan perubatan dan politik. Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari, Jilid Dua, Siri Empat adalah: Benarkah Islam mengharuskan kematian bagi pesakit kronik? Adakah pihak kerajaan berhak mengambil sebahagian daripada anggota ataupun organ mereka yang ditimpa kemalangan? Adakah Islam membenarkan bagi menggugurkan kandungan yang bermasalah? Bagaimanakah pula dengan kandungan hasil daripada pemerkosaan? Benarkah penyusuan bukan secara langsung daripada payudara ibu, tidak dikira sebagai anak susuan? Apakah hukum mengikat saluran peranakan wanita dan lelaki bagi menghalang kehamilan? Adakah benar Khalifah Ar-Rasyidin yang kelima, Umar bin Abdul Aziz seorang yang jahil tentang politik? Pandangan Islam berkaitan kepelbagaian parti dalam negara Islam.
Membawakan perbincangan langsung isu-isu akidah berkaitan pertalian dan pendirian Islam terhadap golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) masa kini. Juga dibincangkan tentang isu pemberian syafaat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w. yang melakukan dosa semasa di hari kiamat kelak. Selain itu, siri kedua ini turut menyentuh beberapa hal lain berkaitan ibadat, khususnya dalam permasalahan berkenaan zakat dan haji.