You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga. Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pe...
CERITA DARI LANGIT merungkai hikmah setiap peristiwa yang dilihat dan dilalui oleh Rasulullah SAW sepanjang perjalanan pada malam Israk dan Mikraj. Penceritaan secara lengkap serta berturutan berdasarkan sumber yang muktabar lagi sahih. Lalu, dianalisa antara logik iman dan akal bagi dijadikan sebagai pengajaran untuk kita meneruskan kehidupan. Ingat… Israk dan Mikraj bukan kisah pengajaran sebelum tidur, tetapi ia kisah iktibar sebelum mati! Malah bukan sekadar naratif kepada umum kerana ia adalah sirah baginda yang dibuktikan kesahihannya di dalam al-Quran.
Buku ini di tulis bagi meninjau dan menghargai sejarah dan pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan ulama keturunannya di Indonesia dan di Malaysia. Namun sebagai latar belakang sejarah, perlu di tinjau sekadarnya tentang proses pengislaman di Nusantara, serta aliran pemikiran Islam tradisional di Asia Barat umumnya dan di Nusantara khususnya. Hanya dengan pengetahuan latarini, baru dapat di fahami dengan jelas. Kesinambungannya melalui peranan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan tokoh-tokoh lain selepasnya. Khusus tentang Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, beliau mencipta nama sebagai tokoh ulama yang sangat aktif berdakwah (melalui lisan, tulisan dari lisanul-hal) dalam masa yang lama ketika usia sudah lanjut (65 tahun), setelah lama (35 tahun) menuntut ilmu di Tanah suci Makkah dan Madinah (Haramain). Melalui prinsip kerjasama ulama dengan umara, beliau menjadi penasihat kesultanan Banjar serta meninggalkan warisan ilmu yang kaya sebagai pengarang kitab yang produktif.
In all my life, I’ve only prayed three times. The first time, during Eid al Fitri. The second, during Eid al Adha. And the third, during my grandmother’s janazah prayer a few months ago. Mom and dad didn’t pray that I don’t pray. My previous ustazs and ustazahs didn’t too. Same as my brother and sister because they didn’t perform prayer too. But, suddenly this ustaz Azhar cares. That’s why I started this book of doodles. I need to learn how to perform a prayer and all the things about solat, I’m going to put it here. I have one week until the test. I HAVE to know how to perform a prayer before that time comes. I am going to do all it takes as long as I’m not placed in detention by Ustaz Azhar. Seriously!!!
Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai: “Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.
Dakwah bukan tugas yang mudah. Sudah pasti dalam melaksanakannya, kita akan dihidangkan dengan pelbagai cabaran, dugaan bahkan juga ancaman. Inilah yang terpaksa dihadapi. Hal ini juga turut dirasai oleh para nabi serta para sahabat sebelum kita. Tugas yang paling berat dalam dakwah ialah bagaimana kita mampu meyakinkan masyarakat serta orang awam untuk menerima apa yang kita sampaikan. Lebih mencabar, apabila ada sesetengah keadaan, yang menjadi penghalang datang daripada ahli keluarga kita sendiri. Maka atas dasar inilah, kita perlu fahami bahawa tidak semua orang berhajat dan berkehendak kepada ajakan dakwah. Buku ini, Nikmat Hidup Bertuhankan Allah merupakan himpunan tazkirah harian pengubat jiwa, menghidupkan kembali hati yang telah mati serta menerbitkan kesedaran dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia adalah wadah untuk membangkitkan kembali kesedaran umat agar mengenal erti adanya Tuhan. Mari kita kembali mencari Tuhan.
Cinta biar sampai syurga, jangan tersekat hanya sekadar nikmat dunia. Pabila berkasih, kita mahu sehidup semati. Tapi terkadang, kita lupa, hidup ini tidak berhenti di sini. Sehidup semati di dunia, biar nanti hidup balik, dan bersama-sama di syurga. Mahu kejar syurga, bekalnya ilmu agama. ---------------------------------------------------- “Ustaz, bagaimana kita bezakan darah wanita?” “Ustaz, boleh solat sunat kalau belum qadha solat fardhu?” “Ustaz, bila pula lelaki dilaknat?” “Ustaz, bolehkah mangsa rogol pulihkan daranya?” Mahu tahu cukup atau tidak bekal, sekurang-kurangnya terjawab soalan di atas ini. ----------------------------------------------------
Naskhah Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat adalah modul komprehensif, tetapi mesra pembaca, dalam mendidik wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sama ada sebagai seorang anak, isteri, ibu, teman, pekerja, malah sebagai seorang hamba kepada Pencipta, kewajipan wanita perlu dilunaskan berdasarkan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Tidak memadai dengan itu, buku ini juga disusun bagi memenuhi keperluan wanita yang hidup pada zaman moden yang berbeza dan lebih mencabar. Juga meraikan perbezaan setempat yang menatijahkan keperluan berbeza.
Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu. Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan! Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam.
Alangkah bertuahnya generasi sahabat yang berpeluang bertentang mata dengan baginda, menghadam setiap nasihat yang keluar daripada bibir mulia Rasulullah SAW. Bersama Baginda, segala pertelingkahan dan perbezaab pendapat dapat diselesaikan, sehingga Masyarakat islam hidup dengan aman dan harmoni. Malangnya, dalam masyarakat muslim kini, kekhilafan dalam kalangan ilmuwan islam yang diharapkan memimpin umat, sebaliknya menyemarakkan lagi api permusuhan sesama mereka. Akhirnya tinggallah masyarakat muslim larut dalam kekeliruan dan percanggahan yang tidak berkesudahan. Pelbagai pandangan dan ulasan tokoh-tokoh agama dan politik, hanya menambahkan lagi kekusutan masyarakat, yang akhirnya menjauhkan diri daripada islam.