You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Puan Aminah semakin sarat mengandung anak pertamanya. Namun ia sihat dan tetap menjalankan tugasannya sebagai suri rumahtangga. Aisyah Sofia pula berasa kasihan melihat uminya yang sering penat selepas membuat kerja. Umi juga sukar hendak berjalan seperti biasa. Azirah juga perasan mengenai perubahan umi yang semakin sukar hendak bergerak. Tapi, umi tetap senyum dan tidak pernah mengeluh. Dua beradik berbincang untuk mengambil alih kerjakerja rumah yang selama ini dilakukan oleh umi mereka. Adakah dua beradik itu mampu melakukan kerjakerja rumah? Aisyah pula tidak sabar hendak mengetahui jantina adiknya? Adakah mereka akan menyayangi adik mereka?
Murid-murid darjah 4 Anggerik terkejut apabila Cikgu Abdul Rahman mengumumkan bahawa sekolah akan mengadakan rombongan pada musim cuti akan datang. Masing-masing ada yang teruja dan ada juga yang bimbang. Aisyah Sofia gembira, namun dia bimbang umi dan ayahnya tidak mengizinkan. Tambahan pula, dia tidak pernah mengikuti apa-apa rombongan sekolah dan berjauhan daripada keluarganya.. Semasa berada di tempat percutian, pelbagai kerenah dan gelagat kawan-kawan Aisyah Sofia yang mencuit hati. Ke manakah Cikgu Rahman akan membawa mereka bercuti?Adakah mereka dapat mengikuti rombongan itu?
Aisyah Sofea seorang kanak-kanak yang bijak, tetapi tidak suka mengulang kaji pelajaran dan suka bermain. Dia suka bertanya, tetapi tidak suka membaca. Akibat tidak suka membaca, Aisyah bermimpi mendengar suara yang menyuruhnya rajin membaca. Suara itu berkata, “Hei budak yang bermata bundar! Kamu jangan asyik tidur sahaja. Bacalah buku sebelum buku itu dibacakan untuk kamu.’’ Sejak peristiwa itu, Aisyah mula menanam minat untuk membaca buku. Minat Aisyah semakin membuak-buak apabila ayahnya membawa Aisyah sekeluarga ke Pesta Buku Antarabangsa. Adakah minat Aisyah terhadap buku semakin bertambah?
Aisyah Sofia hairan kerana kucing kesayangannya, Nini semakin berat apabila didukung. Nini juga asyik tidur dan tidak aktif seperti dahulu. Rupa-rupanya, Nini bunting. Aisyah Sofia teruja dan tidak sabar untuk melihat anak Nini. Azirah yang terkejut dengan berita Nini bunting secara tiba-tiba terpaksa menjadi bidan terjun menyambut kelahiran anak-anak Nini. Nini melahirkan anak kembar tiga yang sangat comel. Aisyah Sofia menamakannya sebagai Nana, Nini, dan Dudu. Aisyah Sofia sangat teruja kerana menjadi “mak cik kucing”.
Aisyah Sofia sangat menyayangi uminya dan mereka berdua memang tidak dapat dipisahkan. Suatu hari apabila pulang dari sekolah, seperti biasa dia segera mahu mendapatkan uminya di rumah. Tetapi selepas puas mencari, dia tetap tidak menjumpai uminya. Aisyah Sofia menjadi takut. Apakah uminya diculik orang jahat ataupun makhluk asing? Apa yang perlu dia lakukan? Dia tidak mahu tinggal sendirian! Apakah sebenarnya yang terjadi kepada umi Aisyah Sofia? Bagaimanakah reaksi Aisyah Sofia apabila mengetahui hal yang sebenar?
Pasangan ibu-bapa muda resah apabila melihat anak orang lain seawal usia empat tahun sudah tahu membaca. “Abang macam mana ini?” Dalam keadaan resah, si bapa membelikan panduan membaca sehingga beratus ringgit. Itu pun semakin berganda. Esoknya, si influencer dalam Facebook Live pula berkata, “Kasihan anak kalau masuk darjah satu tak pandai membaca. Ketinggalan nanti!” Si bapa bertambah panik. Dia sudah rasa dirinya gagal mendidik anak. Si ibu pula mengelak daripada bersembang dengan kawan-kawan yang ada anak seusia. Kebimbangan itu nampak ketara sehinggalah jirannya, seorang ‘pensyarah rakyat’ pendidikan awal kanak-kanak berkata, “Tuan, tahukah sebelum anak tahu membaca, dia mesti suka membaca?” “Apa bezanya?” “Kajian akademik memanggilnya reading readiness. Bertenang. Anak yang tahu membaca, sukses pada hari ini. Anak yang suka membaca, sukses sepanjang usia. Tuan mahu yang mana?” “Bagaimana caranya?” Lalu ditunjukkan langkah demi langkah daripada buku ini.
None
Hari Kantin, pesta yang menggembirakan untuk semua. Macam-macam ada! Tetapi, tidak pada Aisyah dan rakan-rakan sekelasnya. Mereka perlu menghadapi cabaran yang mengerikan demi menjayakan hari kantin di sekolah. Mampukah mereka mengatasinya?
Recently released from prison, John Gray visits his old friend Peter Kane. Although it is the day of his daughter's wedding, Kane agrees to an audience with Emanuel Legg, the criminal and cop-killer. The debonair Major Floyd, to whom Kane has entrusted his daughter, is a fraudster of the most sinister kind.