You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Sekiranya runtuhan kota dan pasir sungai di Kota Tinggi dapat berkata-kata, tentulah mereka akan berkata di sini dahulu, Kesultanan Johor diasaskan putera Sultan Melaka. Ketika William Shakespeare berkarya di London, Di negeri inilah Bendahara Tun Seri Lanang menulis buku Sejarah Melayu. Sejarah daerah Kota Tinggi saling berkaitan dengan kejatuhan Kesultanan Melaka. Patah tumbuh hilang berganti, empayar Johor mula menguasai Selat Melaka. Johor Lama menjadi pusat utama perdagangan dunia seolah-oleh mengulangi kegemilangan Melaka dahulu. Kerajaan Johor pernah diserang oleh Portugis, Jambi dan Aceh berkali-kali. Namun, kerajaan tidak tumbang walaupun Sultan Johor beberapa kali ditawan, istana kerap kali diruntuhkan dan ibu negeri punah dihancurkan.
Begitu mendalam cinta HAMKA kepada umat dan bumi Melayu sehingga ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, HAMKA ikut menyambutnya dengan penuh rasa terharu. Dengan penuh semangat diserunya nama Hang Tuah, “Hai Hang Tuah! Terbuktilah sekarang apa yang pernah engkau katakan: Bahawa Melayu tidak akan hilang dari dunia!” Sempena saat bersejarah itu Hamka mencurahkan rasanya dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957) yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannnya.
Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca. Slogan dan tagar #MalaysiaMembaca pula dipilih dan mesti dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat. Buku ini merupakan kompilasi penulisan pencinta buku yang mengungkapkan perjalanan peribadi sebagai pembaca buku sejak masa kecil sehingga mempengaruhi hidup sehingga kini. Mereka membuktikan besar atau kecil manusia bukan kerana pangkat dan harta, tapi pada nilai keilmuan yang terhasil daripada asas membaca dan keupayaan untuk membangun hidup dan masyarakat dengan nilai daripada pembacaan tersebut.
“Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Sciences dan juga siri ceramah saya di Youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.” ~Dr. Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). “Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis.” ~Ustaz Abdullah Bukhari, penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran. “Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita.” ~ Saudara Hafizul Faiz, penulis novel Surat-surat Dari Maninjau
Buku ini merupakan kompilasi penulisan penulis tamu Jejak Tarbiah diinspirasikan daripada tokoh pembaharuan nusantara – Buya Hamka, dalam usaha mengangkat keperibadian LELAKI berbudi mendepani era yang memerlukan lelaki menjadi lebih kuat sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat.
Sebuah karya HAMKA yang merangkumi tiga fasal utama yang menghuraikan pengertian dan makna negara Islam itu sendiri, sekali gus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam.
Pencurian malam hari; 2 Pencurian siang hari; 3 Pencurian sendiri; 1 Pencurian bersama-sama; 1 Pencurian dengan pemberatan; 0 Pencurian kendaraan bermotor; 1 Sebatang kapur dan penghapus tergeletak di bawah papan tulis itu. Tampak benar telah sangat lama tak dipakai. Demikian minim angka-angka itu sehingga tak bisa dijadikan diagram batang, diagram kue cucur atau diagram naik-naik ke puncak bukit. Rupanya di kota ini, penduduknya telah lupa cara berbuat jahat. Mata Inspektur semakin sendu menatap papan tulis itu. Keadaan yang tenteram ini perlahan-lahan akan membuat polisi di dalam dirinya terlena, lalu terbaring, lalu pingsan, lalu mati. Inspektur sungguh khawatir. Wahai kaum maling, ke manakah gerangan kalian? Untuk pertama kalinya, Andrea Hirata menulis novel dalam genre kejahatan. Dalam novel istimewa ini, pembaca akan berjumpa tokoh-tokoh unik dengan pikiran menakjubkan. Dari mereka, kita akan belajar betapa mudahnya bahagia karena hal-hal sederhana.
Buku ini merupakan karya pertama Nik Nur Madihah – pelajar terbaik SPM 2008 yang pernah menggemparkan Malaysia dengan keputusan 20A. Beliau menulis refleksi peribadi yang terhasil selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran, dan tentunya berkait keperempuanan.
Mencari Unta Merah Jepun merupakan sebuah perjalanan kembara Ustaz Abdullah Bukhari bersama rakan-rakannya ke negeri Sakura demi mencari “Unta Merah” seperti yang dimaksudkan hadis Nabi SAW. Maka demi Allah, (ganjaran yang kamu perolehi) keranan seseorang memeluk Islam (atas usahamu) lebih baik (nilai) seekor unta merah (unta yang sangat mahal harga kepada orang Arab). Dengan memegang kuat hadis Nabi tersebut, beberapa siri ziarah ke Jepun dan perancangan yang teliti dibuat demi menyampaikan Islam kepada masyarakat di sana. Bangsa Jepun yang sering dikaitakan sebagai sebuah bangsa yang sangat bersopan santun, menepati masa, rajin dan lengkap serba-serbi secara fizikal dan materialnya, tetapi apakah faktor yang membuatkan mereka boleh tertarik dengan Islam? Ayuh ikuti kisah penuh inspirasi ini bagi memperdalam lagi cinta kita kepada dakwah Islam.
“Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu. Sahabat yang setia ialah sahabat yang bercampur di dalam hatinya perasaan cinta dengan perasaan belas kasihan. Engkau jenguk saya pada waktu saya sakit, padahal orang lain menjauhi. Engkau berdiri di sisiku padahal tidak ada yang akan engkau harapkan daripadaku lagi, sedang orang lain telah meninggalkan daku, kerana memang tidak ada yang diharapkannya. Kerana begitu besar budimu, maka tumbuhlah di dalam hatiku perasaan cinta dan hormat kepadamu, yang belum pernah kurasai terhadap orang lain.”