Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Mereka yang Harum di Langit
  • Language: ms
  • Pages: 178

Mereka yang Harum di Langit

Kita selalu mendengar nama-nama sahabat yang besar. Tetapi terfikirkah kita, tanpa mereka yang tidak terkenal ini, mampukah nama-nama besar itu menjadi segah yang didengar?

Amalan yang Mengundang Rahmat Allah
  • Language: ms
  • Pages: 148

Amalan yang Mengundang Rahmat Allah

Mungkin kita tidak sedar akan pentingnya rahmat dalam kehidupan. Malah, ramai yang menganggap rahmat bukanlah sesuatu yang boleh dikejar dan dituai, melainkan ia adalah milik mutlak Allah SWT. Sesungguhnya kefahaman sebegini adalah tidak benar sama sekali. Sebagai insan, kita berhak mengharap dan berusaha bagi mengundang rahmat. Buku ini disusun bagi membantu kita lebih mengetahui apakah itu rahmat dan bagaimanakah cara mengundang rahmat dalam kehidupan kita.

Tentang Cinta
  • Language: ms
  • Pages: 129

Tentang Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-05-27
  • -
  • Publisher: Puteh Press

Tentang Cinta adalah sebuah perkongsian nasihat berkenaan isu cinta yang bersifat universal. Pencetus Ummah (PU) Amin dan Ustaz Hamid Addin, penulis bersama, mengulas topik cinta dengan merangkumkan cinta kepada Tuhan, kepada Rasulullah, kepada al-Quran, kepada manusia, dan cinta kepada ibadah-ibadah yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. Cinta diceritakan secara santai dengan menyentuh isu semasa tetapi padat dengan nasihat yang boleh menyentak minta separa sedar kita. “Ia mungkin mampu menyedarkan diri kita bagaimana cinta boleh pudar dan hilang dalam diri kita,” ulas PU Amin.

Terapi Qiamullail
  • Language: ms
  • Pages: 190

Terapi Qiamullail

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah luka dan dorongan menempuhi ujian? Bukankah kekuatan dan keyakinan sejati dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi? Agungnya waktu malam adalah dijadikan sebagai waktu berehat, penyembuhan dan beribadah bagi umat Islam. Ketiga-tiga ruang ini dapat dinikmati bersama tanpa perlu memilih salah satu daripadanya. Nikmat menghidupkan malam mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam akan memberi ganjaran yang berganda kepada umatnya. Perbuatan ini terangkum dalam sebuah istilah iaitu ‘qiamullail.’ Padanya ada kerehatan, kesembuhan dan nikmat beribadah. Qiamullail yang dilaksanakan mengikut panduan dan saranan yang benar menghasilkan beberapa pembuktian saintifik bahawa setiap kerehatan dan proses yang dilakukan dapat merawat beberapa masalah peribadi individu. Ketahui sudut terapi pada qiamullail melalui buku ini. Antara yang menarik adalah: -Bagaimana menjadikan qiamullail sebagai rutin yang tidak meletihkan badan? -Bagaimana menjalani tidur sebelum bangun berqiamullail? -Bagaimana qiamullail memberi kesan terhadap imunologi tubuh?

Terapi Sedekah
  • Language: ms
  • Pages: 93

Terapi Sedekah

Kita fikir ia mustahil, namun tiada yang mustahil bagi-Nya… Tiada satu insan pun di dunia ini terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita diuji dengan kesempitan wang, keluarga yang berpecah-belah, kesihatan yang tidak menentu, ataupun kehilangan orang yang kita sayangi. Bersedekah adalah satu daripada jalan untuk kita keluar daripada kemelut yang melanda kehidupan. Walaupun kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu juga berusaha untuk bersedekah kerana amalan ini akan memberi kebaikan kepada kita. 5 perkara menarik dalam buku ini: - Keberkatan sedekah dan analoginya - Persoalan sedekah yang perlu dimuhasabah - Sedekah yang kreatif - Kisah pedoman yang menarik - Modul aktiviti di hujung setiap bab Baca, faham dan amalkan agar sedekah benar-benar mampu menjadi terapi hidup kita.

Dunia Diuji Syurga Dinikmati
  • Language: ms
  • Pages: 139

Dunia Diuji Syurga Dinikmati

Adat dunia penuh dengan ujian. Bukannya kita diuji kerana Tuhan tidak sayang. Tapi kita diuji kerana Dia tahu kita tahan. Dan nanti, tersedia untuk kita segala habuan.

29 Kisah Menyentap Iman
  • Language: ms
  • Pages: 218

29 Kisah Menyentap Iman

Pastinya ramai yang mengenali sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Saidina Salman Al-Farisi. Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui kisah bagaimana beliau berhijrah dan berjuang seorang diri demi mencari iman. Begitu juga dengan nama-nama sahabat lain yang mungkin kita tidak pernah dengar sebelum ini seperti An-Nu’aiman yang suka menghiburkan para sahabat yang lain. Kisah para sahabat dan para tabiin ini pastinya bukan sekadar mengundang kekaguman kita kepada mereka, malah mampu meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Tidak hairanlah kisah-kisah sebegini secara tidak langsung sebenarnya mampu juga untuk menyentap iman kita yang semakin menipis. Semoga kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini akanmenambahkan lagi kecintaan kita kepada para sahabat dan ulama yang telah berjuang dalam menyebarkan agama Islam sehingga kita dapat merasai kemanisan iman sehingga kini.

Jangan Buat Baik, Buat Terbaik
  • Language: ms
  • Pages: 343

Jangan Buat Baik, Buat Terbaik

Sekiranya berbuat baik itu hanya memerlukan manusia bersedekah. Maka, yang miskin tidak berpeluang buat baik. Sekiranya berbuat baik itu hanya menuntut manusia menjaga ibu bapa. Nescaya anak yatim akan berduka sepanjang hayatnya. Sekiranya berbuat baik itu hanya dengan menolong orang lain sahaja. Pasti mereka yang lemah tidak layak menjadi manusia yang baik. Sekiranya berbuat baik itu hanya tentang berkongsi ilmu pengetahuan. Lalu, akan ada yang kesedihan kerana tidak mampu. Berbuat baik itu tidak khusus kepada sesuatu perkara, namun ia menuntut kepada satu pencapaian. Lakukan kebaikan dengan cara terbaik. Hanya yang terbaik layak untuk syurga yang terbaik. Jangan buat baik, lakukan terbaik!

Reviving The Spirit of Ramadan
  • Language: en
  • Pages: 152

Reviving The Spirit of Ramadan

This book invites readers to reflect upon their understanding of and practices in the month of Ramadan. Ramadan is not just about do's and don'ts, but rather a holistic package to transform us into better human beings working towards perfection. It is a noble journey to attain TAQWA, to establish values of PROACTIVENESS and SELF-CONTROL in order to live a meaningful life for the next eleven months. The content of this book is organised in a way that is easy to digest throughout your 30 days of Ramadan, simple to explain to and share with your family members and peers.

Fitnah Akhir Zaman
  • Language: ms
  • Pages: 293

Fitnah Akhir Zaman

Khabar perihal akhir zaman tidak membawa kita lebih mundur ke belakang. Khabar berkenaan tidak juga menjadikan umat hanya menanti kehadiran ‘hero penyelamat’ semata-mata. Menyalahkan ‘zaman’ sebagai cara melepaskan diri daripada mengislah umat. Bukanlah juga mencari-cari kemungkinan untuk dikaitkan dengan fakta yang diceritakan. Sebaliknya, khabar berkenaan akhir zaman adalah pembuktiaan kebenaran Rasulullah s.a.w., juga menjadi peringatan untuk kita menghadapi suasana semasa.