Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Terapi Solat
  • Language: ms
  • Pages: 175

Terapi Solat

Pasti anda tertanya-tanya benarkah solat adalah sebuah terapi bagi menghilangkan rasa tekanan dalam menjalani kehidupan seharian? Bukankah apabila menghadapi tekanan dan keserabutan hidup perlu dipraktis melalui terapi minda bersama pakar psikologi sahaja? Anehnya solat kerana dalam kewajiban menunaikannya, terdapat 1001 kenikmatan yang tidak dapat dirasai daripada apa-apa cara melainkan solat. Bahkan, kelebihan ini dibuktikan daripada sumber dan kajian yang sahih. Dengannya, kita dapat menzahirkan ketaatan sambil merawat kekosongan dan luka dalam jiwa. Bukankah itu sebuah terapi yang menakjubkan? “Solatlah kalian seperti kalian melihat aku solat.” Kajian saintifik membuktikan solat itu satu terapi yang menyembuhkan. Ikuti kupasannya dalam buku ini. Antara yang menarik: - Bagaimana cara Nabi s.a.w. bersolat? - Bagaimana untuk khusyuk dalam solat? - Bagaimana solat dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian?

Terapi Sedekah
  • Language: ms
  • Pages: 93

Terapi Sedekah

Kita fikir ia mustahil, namun tiada yang mustahil bagi-Nya… Tiada satu insan pun di dunia ini terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita diuji dengan kesempitan wang, keluarga yang berpecah-belah, kesihatan yang tidak menentu, ataupun kehilangan orang yang kita sayangi. Bersedekah adalah satu daripada jalan untuk kita keluar daripada kemelut yang melanda kehidupan. Walaupun kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu juga berusaha untuk bersedekah kerana amalan ini akan memberi kebaikan kepada kita. 5 perkara menarik dalam buku ini: - Keberkatan sedekah dan analoginya - Persoalan sedekah yang perlu dimuhasabah - Sedekah yang kreatif - Kisah pedoman yang menarik - Modul aktiviti di hujung setiap bab Baca, faham dan amalkan agar sedekah benar-benar mampu menjadi terapi hidup kita.

Terapi Qiamullail
  • Language: ms
  • Pages: 190

Terapi Qiamullail

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah luka dan dorongan menempuhi ujian? Bukankah kekuatan dan keyakinan sejati dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi? Agungnya waktu malam adalah dijadikan sebagai waktu berehat, penyembuhan dan beribadah bagi umat Islam. Ketiga-tiga ruang ini dapat dinikmati bersama tanpa perlu memilih salah satu daripadanya. Nikmat menghidupkan malam mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam akan memberi ganjaran yang berganda kepada umatnya. Perbuatan ini terangkum dalam sebuah istilah iaitu ‘qiamullail.’ Padanya ada kerehatan, kesembuhan dan nikmat beribadah. Qiamullail yang dilaksanakan mengikut panduan dan saranan yang benar menghasilkan beberapa pembuktian saintifik bahawa setiap kerehatan dan proses yang dilakukan dapat merawat beberapa masalah peribadi individu. Ketahui sudut terapi pada qiamullail melalui buku ini. Antara yang menarik adalah: -Bagaimana menjadikan qiamullail sebagai rutin yang tidak meletihkan badan? -Bagaimana menjalani tidur sebelum bangun berqiamullail? -Bagaimana qiamullail memberi kesan terhadap imunologi tubuh?

Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi
  • Language: ms
  • Pages: 198

Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi

Simbolik kejayaan setiap manusia di dunia adalah memiliki keluarga bahagia. Saling menyayangi dan disayangi memenuhi keperluan fitrah dan impian manusia pada mental, fizikal, psikologi yang menjadikannya berpandangan luas dan bermotivasi menjalani kehidupan. Namun, alangkah baiknya kenikmatan dan kebahagiaan kekeluargaan ini diteruskan sehingga mencapai keredhaan Allah dan dipilih untuk bersatu di dalam syurga-Nya yang kekal abadi. Ketahui rahsia dan hayati nasihat-nasihat membina rumah tangga berdestinasikan syurga dalam karya ini. Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi mengumpulkan pesanan yang berstrukturkan amalan keluarga Rasulullah s.a.w. yang menuju keredhaan Allah. Antara topik menarik adalah: Bahagian 1: Iman dan Akidah Punca Kekuatan Utama Bahagian 2: Meneladani Keluarga Insan Teragung (Nabi Muhammad s.a.w.) Punca Kekuatan Utama Bahagian 3: Ibadah Utama Raih Bahagia Bahagian 4: Syurgakan Akhlak Kita Bahagian 5: Tenang Selagi Allah Menjadi Sandaran Bahagian 6: Budaya Mahmudah Matlamat Tarbiah

1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan Akhirat
  • Language: ms
  • Pages: 490

1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan Akhirat

Islam mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Islam juga menilai bahagia seorang wanita bergelar Muslimah itu daripada pelbagai aspek dalam kehidupan. Nilai kebahagiaan seorang Muslimah dinilai daripada persepsi dan pandangan sesetengah individu yang berilmu. Buku ini memfokuskan kepada 7 aspek kebahagiaan utama seorang Muslimah iaitu: - Keluarga - Kesihatan - Kerjaya, - Komunikasi - Hiburan, - Kepimpinan - Ibadah Buku ini membicarakan soal kehidupan termasuk hukum-hakam dan garis panduan yang mengikut syariat Islam. Buku ini distrukturkan dalam bentuk tulisan yang mudah serta panduan praktikal yang boleh diaplikasikan oleh semua golongan wanita yang tinggi darjatnya di sisi Sang Pencipta… semestinya buat mereka yang bergelar Muslimah.

Inspirasi Murabbi
  • Language: ms
  • Pages: 221

Inspirasi Murabbi

‘Inspirasi Murabbi’... cetusan idea dan kompilasi pengalaman Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa yang merangkumi nasihat, doa, kisah, tips, nota, puisi sepanjang menjalankan amanah sebagai seorang Murabbi.

Rama-rama yang Merangkak dengan Sayap Terkoyak
  • Language: ms
  • Pages: 118

Rama-rama yang Merangkak dengan Sayap Terkoyak

Selamat tinggal kepada angin dan matahari rama-rama sayap terkoyak sudah tersadai di sini. Tidak akan ia pulang, mencari cintanya merangkak dengan sayap yang terkoyak. Kumpulan Puisi sulung Adibah Abdullah bakal mempertemukan pembaca dengan makna yang malar hijau sekaligus menghidupkan kehidupan yang sebenar, yang turut mempunyai dua sisi seperti rama-rama: indah, tapi sesungguhnya rapuh.

40 Kisah Teguran Rasulullah Buat Umat
  • Language: ms
  • Pages: 184

40 Kisah Teguran Rasulullah Buat Umat

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-06-02
  • -
  • Publisher: Karangkraf

Antara metod dakwah baginda bagi membetulkan kesalahan manusia adalah melalui teguran dan nasihat kepada para sahabat baginda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Teguran ini secara tidak langsung menjadi teguran yang amat berguna kepada umat Islam seluruhnya. Naskhah ini merupakan himpunan kisah Rasulullah SAW menegur dan menasihati para sahabat. Baginda sentiasa membetulkan setiap kesilapan yang dilihat, didengari atau diketahui secara berhikmah. Kisah-kisah ini pasti akan memberi pengajaran agar umat Islam sentiasa mengutamakan agama dalam setiap aktiviti sehariannya. Antara kisah teguran Rasulullah SAW kepada para sahabat: l Tidak Pernah Mencium Anak l Menceritakan Perihal Mimpi Buruk l Suka Meminta Jawatan l Meninggalkan Solat Tahiyatul Masjid l Tidak Menyamakan Saf Solat

Aku Cantik?
  • Language: ms
  • Pages: 543

Aku Cantik?

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013
  • -
  • Publisher: Alaf 21

None

Muhammad Messenger of Allah
  • Language: en
  • Pages: 534

Muhammad Messenger of Allah

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013-12
  • -
  • Publisher: Unknown

Kitab Ash-Shifa bi ta'rif huquq al-Mustafa, (Healing by the recognition of the Rights of the Chosen One), of Qadi 'Iyad (d. 544H/1149CE) is perhaps the most frequently used and commented upon handbook in which the Prophet's, may Allah bless him and grant him peace, life, his qualities and his miracles are described in every detail. Generally known by its short title, Ash-Shifa, this work was so highly admired throughout the Muslim world that it soon acquired a sanctity of its own for it is said: "If Ash-Shifa is found in a house, this house will not suffer any harm... when a sick person reads it or it is recited to him, Allah will restore his health." Ash-Shifa gathers together all that is n...