You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
'Kusandarkan hati ini untukmu buat selamanya.' Menyamar dengan tujuan untuk mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j. Bekerja dengan Ahmad Uwais bukan sesuatu yang mudah. Perkenalan mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mengenakan antara satu sama lain. Namun, tanpa disedari mereka, dalam hati masing-masing mula bercambah bibit-bibit cinta.
Sakit kepala apabila seorang gadis terpaksa memilih satu daripada dua lelaki. Itu yang terjadi pada Marlisa, gadis yang sering bermasalah. Masalah keluarga belum selesai, dia tersepit pula dengan dua lelaki. Jihan Kamal seorang bintang dan Hazim seorang jurukamera sanggup berperang untuk memenangi hati Marlisa. Hati Hazim menjerit memikirkan Marlisa adalah salah satu peminat nombor satu Jihan Kamal! Bagi Hazim, Marlisa hanya untuknya. Kedua-duanya mencintai Marlisa. Pening! Marlisa pening! Apa yang harus Marlisa lakukan? Adakah dia perlu meminta nasihat Lat selaku sahabat baiknya yang selalu menyakitkan kepala? Hanya BINTANG HATI MARLISA yang dapat menyingkap segala-galanya.
PERKENALAN antara Hanim dan Aldir bermula di Facebook. Namun, setelah bertemu dua muka, mereka berdua sering bertelingkah. Malah, Aldir sering buat hati Hanim tergores luka. Aldir punya alasan tersendiri menyisihkan Hanim. Berasa diri tertipu, akhirnya Aldir terpikat pada kejelitaan Hana yang jauh beza berbanding Hanim. Hubungan makin sukar apabila Aldir jatuh hati pada kakak Hanim. Dalam masa yang sama, Aldir memaksa Hanim bekerja di Restoran Siang Malam miliknya, demi melunaskan hutang. Hati Hanim sentiasa disakiti dan terluka. Cuma saat manis itu tetap ada walaupun pahit sering menimpa hubungan Hanim dan Aldir. Saat batu giling menari, ketika itu sebenarnya irama cinta mereka sedang menar...
Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada. Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak suka dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina. Tengku Cempaka pula diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram. Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?
Cengeh! Menyakitkan hati! Cerewet! Kaki buli! Oh, bukan! Syed Badiuzzaman pembuli besar! Itu label paling sesuai untuk Syed Badiuzzaman dari Ainul Mardhiah. Semenjak mengenali Syed Badiuzzaman yang juga merupakan majikannya, hidup Ainul Mardhiah huru-hara. Apa yang Ainul Mardhiah buat semua tidak kena di matanya. Hakikatnya, Syed Badiuzzaman lahir dari keturunan Syed dan diasuh sedari kecil untuk memakai pakaian yang ditempah khusus daripada tukang jahit sahaja. Sebab itu, dia membesar dengan segala sifat cerewet, memilih dan kurang penyabar. Dek perihal pakaian sahaja, Syed Badiuzzaman terpaksa mengiklankan jawatan Pereka Fesyen Peribadi di saluran akhbar. Dan dalam tidak sedar, Syed Badiuzzaman telah menemuduga seorang pereka fesyen peribadi, merangkap calon isteri. Bolehkah Ainul Mardhiah bertahan dengan Syed Badiuzzaman yang cengeh itu?
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri. Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
“Benci! Benci! Benci! Kalau Zarif datang merisik sepuluh kali pun jawapannya tetap sama. Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara. Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela. Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa. Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci.
None
This book clearly explains the principles of in silico tools of molecular docking and molecular dynamics. It provides examples of algorithms and procedures proposed by different software programs for visualizing and identifying potential interactions in complexes of biochemical interest. The book is structured in six chapters, each of which discusses different molecular simulation methodologies and provides concrete examples of complexes interactions. In each chapter authors give an overview of the treated subject, a description of the methodologies used, and a discussion of the results. The authors describe computational ways to achieve a rational design of bioactive compounds with various therapeutic applications, including antitumoral agents, antitubercular drugs, nonsteroidal anti-inflammatory drugs, and radiopharmaceuticals.