You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
SUMPAHAN FAZRIN FAUZI Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik sahaja Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan itu? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina? Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa! TIGA ZYRA SAFIYA Apabila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok ...
“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” / TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah diarahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya? Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. / PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.
Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian bur...
Ritual - Fitri Hussin "Diseru lalu menyeru!" Kereta yang dipandu Amar dan ditumpangi Noni kekasihnya, terbabas ke dalam gaung. Rakan sekonvoi, Budi, Zaid dan Razi turun ke gaung untuk memeriksa kereta itu dan mendapati Amar dan Noni tiada di dalam kereta yang remuk teruk itu. Sedang mereka mencari tubuh Amar dan Noni di kawasan sekitar, salah seorang daripada mereka ternampak kelibat seseorang memikul sesuatu. Mereka bertiga mengekori kelibat itu sehingga sampai di satu kawasan seperti sebuah kompleks bangunan lama. Siapa yang membawa mereka ke situ? Kenapa mereka dibawa ke situ? Apa cerita di sebalik kejadian itu? Siapa dalang di sebalik semua kejadian seram dan aneh itu? Bising - Syaida Il...
None
BENARKAH gadis cantik bernasib malang? Irina dicintai bosnya, Firdaus yang sudah mempunyai kekasih. Irina mengambil keputusan menerima jemputan ayahnya yang sudah lama bermastautin di Switzerland. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Zurich, dia diculik. Irina terperangkap dalam genggaman penculiknya, Steve, yang membawa Irina ke rumah Bram untuk disembunyikan. Bram mempunyai satu rahsia yang tidak diketahui Irina. Namun, dalam diam mereka saling jatuh cinta. Cinta yang kian berkembang dalam hati Bram membuatkan lelaki itu mulai memikirkan masa hadapan lalu menerima peluang kerja di Bern. Di Bern, Irina bertemu dengan Yazid. Persahabatan menjadi erat lantaran rasa persaudaraan sebangsa dan seagama. Permusuhan, kebencian dan dendam Bram pada Abu Bakar atau Thomas Burns menghancurkan hubungan cinta dan kasih sayangnya dengan Irina. Irina kembali ke Malaysia bersama hati luka. Lalu Firdaus datang membawa penawar luka dan duka Irina. Siapakah yang menjadi pilihan antara tiga jejaka yang mahu mengisi hati Irina?
KERANA kesilapan lampau membuatkan Tan Sri Hasan hidup dalam penyesalan. Kerana kesilapan lampau juga menyebabkan Tan Sri Hasan meminang Amir Rifqi untuk anak gadisnya, Ayris Imani. Amir Rifqi terkedu menerima pinangan itu. Apatah lagi dia tidak dapat menerima bosnya yang berwajah ketat, kasar, cakap seperti tertelan speaker dan macam singa betina itu dijadikan isterinya. Bimbang takut dia pula menjadi isteri, bukannya suami! Tidak sangka rupa-rupanya mimpi ngerinya menjadi kenyataan apabila dia akhirnya berkahwin juga dengan bosnya itu. Namun, baru sahaja dia mahu mengecapi bulan madu, kisah lampau mula tersingkap kembali. Bulan madunya menjadi racun. Amir Rifqi mendendami Tan Sri Hasan. Dia juga membenci Ayris Imani. Bagaimanakah kehidupan Ayris Imani setelah dibenci suaminya sendiri? Bolehkah Tan Sri Hasan mendapat pengampunan daripada Amir Rifqi?
None
None
None