Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Senyumlah
  • Language: ms
  • Pages: 309

Senyumlah

  • Categories: Art

Hidup setiap manusia tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah sama ada ringan atau berat. Ketika menghadapi permasalahan ringan dalam hidup, kebanyakan manusia jarang berputus asa, namun tidak sedikit daripada mereka yang mengeluh dan kehilangan mood kerananya. Ketika menghadapi masalah berat pula, ada yang hilang arah dan pedoman hingga terlupa kepada Sang Pencipta. Lantaran itu, ada orang yang sangat membenci masalah dan berusaha lari daripadanya. Ada yang berputus asa kerananya, justeru menjadikan keadaannya semakin buruk dan menderita. SENYUMLAH ditulis untuk membantu pembaca melihat masalah dengan cara pandang yang baru. Setelah membaca buku ini, mudah-mudahan pembaca akan menjadi lebih bahagia dan lebih faham bahawa setiap permasalahan itu sama ada berat atau ringan, ia pasti akan berlalu akhirnya.

Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu?
  • Language: ms
  • Pages: 268

Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu?

  • Categories: Art

Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan agung. Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya? Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat.

Mencari Husnul Khatimah
  • Language: ms
  • Pages: 320

Mencari Husnul Khatimah

  • Categories: Art

Gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. Anda boleh gagal dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam kematian! Maksudnya, jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan. Maka belajarlah daripada kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian. Buat persediaan yang matang untuk menghadapi kematian. Jangan lupakan kematian, kerana kematian tak pernah melupakan kita. Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. Jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita. Jangan tunggu lagi. Ambillah pelajaran sekarang juga. Buat persediaan secepatnya. Agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. Seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada Khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

Katak Di Luar Tempurung
  • Language: ms
  • Pages: 136

Katak Di Luar Tempurung

  • Categories: Art

Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan. Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.

Mudahkan Jangan Susahkan
  • Language: ms
  • Pages: 285

Mudahkan Jangan Susahkan

  • Categories: Art

Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.

Retracing Tradition for a Sustainable Future: The Malaysian Experience (Penerbit USM)
  • Language: en
  • Pages: 265

Retracing Tradition for a Sustainable Future: The Malaysian Experience (Penerbit USM)

This volume presents a selection of articles aimed at introducing the field of local knowledge to a local and international audience. Based upon the theme “Retracing Tradition for a Sustainable Future,” the articles detail local practices that reflect local wisdom in various domains of knowledge such as literature, architecture, water management, tourism, dance and drama. This collection of articles embodies an important, tangible initiative by Universiti Sains Malaysia Local Knowledge Secretariat to identify and retrace indigenous local knowledge, besides documenting and conserving local wisdom for future generations. It presents an important resource for researchers and students interested in exploring the under-researched area of local knowledge and indigenous science in the Malaysian context.

Secularism and Spirituality
  • Language: en
  • Pages: 212

Secularism and Spirituality

As an institution that is an integral part of both the Muslim community and the larger Singapore society, the madrasah and the education it provides rightly deserve attention at a time of rapid and complex economic, social and religious changes and developments globally and locally. This book aims to understand the current state and complexity of madrasah education in Singapore, and to identify some key issues affecting the field in particular, and education and society in general. It also aims to serve as an intellectual contribution to the ongoing debates and concerns in the field and which affect the interests of Muslim and national communities. Consistent with its aims, the book is issue...

Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi
  • Language: ms
  • Pages: 296

Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi

Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai: “Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari
  • Language: ms
  • Pages: 1014

Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari

Buku ini di tulis bagi meninjau dan menghargai sejarah dan pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan ulama keturunannya di Indonesia dan di Malaysia. Namun sebagai latar belakang sejarah, perlu di tinjau sekadarnya tentang proses pengislaman di Nusantara, serta aliran pemikiran Islam tradisional di Asia Barat umumnya dan di Nusantara khususnya. Hanya dengan pengetahuan latarini, baru dapat di fahami dengan jelas. Kesinambungannya melalui peranan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan tokoh-tokoh lain selepasnya. Khusus tentang Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, beliau mencipta nama sebagai tokoh ulama yang sangat aktif berdakwah (melalui lisan, tulisan dari lisanul-hal) dalam masa yang lama ketika usia sudah lanjut (65 tahun), setelah lama (35 tahun) menuntut ilmu di Tanah suci Makkah dan Madinah (Haramain). Melalui prinsip kerjasama ulama dengan umara, beliau menjadi penasihat kesultanan Banjar serta meninggalkan warisan ilmu yang kaya sebagai pengarang kitab yang produktif.

Arab Worlds Beyond the Middle East and North Africa
  • Language: en
  • Pages: 235

Arab Worlds Beyond the Middle East and North Africa

Just like people around the world have done for generations, Arab people from the Middle East and North African (MENA) region have immigrated to various nations around the world. A number of ‘push’ factors account for why groups have left their homeland and ‘pulled’ to another nation to settle. The history and patterns of Arab migration out of the MENA illustrates the wide array of reasons for these patterns, primarily illustrating that mass emigration and settlement are highly linked to a number of factors, including social, political, economic, familial climates of each nation-state and its policies. If it is one takeaway that this edited volume brings to light, it is that the Arab...