You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
SENTIASALAH ‘ berselera’ untuk bersolat, kerana solat merupakan santapan yang lazat lagi enak pemberian ALLAH SWT. Nabi Muhammad SAW ketika menggambarkan keasyikan Baginda dalam mengerjakan solat berkata; ‘Penyejuk mataku,’ Zainab tenggelam dalam keasyikan bersolat sehingga dia mengikat dirinya dengan tali semasa mengantuk. Tindakannya ditegur oleh Nabi SAW kemudiannya. Mereka yang tidak mengambil berat soal ibadat, malah melengahlengahkan solat, maka ALLAH SWT juga akan melengah-lengahkan pemberian nikmat kepada mereka. Imam al-Nawawi mengupas hadis Nabi SAW berkenaan orang yang melewatkan solat dalam Syarah Sahih Muslim; “Yang berada akhir dalam saf solat (melewatkan solat), akan terlewat mendapat rahmat NYA, fadilat-NYA, tidak dinaikkan martabat dan seumpama dengannya.” Solatlah dengan khusyuk, dan berusaha untuk menumpukan perhatian terhadap setiap gerakan dan bacaan dalam solat. Meskipun gangguan tetap datang, namun usaha mesti diteruskan dengan gigih.
Providing an ethnographic account of the Islamic Party of Malaysia (PAS) and its Youth Wing (Dewan Pemuda PAS), this book analyses the genesis and role of Islamic movements in terms of their engagement in mainstream politics. It explores the party’s changing approach towards popular culture and critically investigates whether the narrative of a post-Islamist turn can be applied to the PAS Youth. The book shows that in contrast to the assumption that Islamic marketization and post-Islamism are reinforcing each other, the PAS Youth has strategically appropriated and integrated Islamic consumerism to pursue a decidedly Islamist – or ‘pop-Islamist’ – political agenda. The media-savvy P...
Syurga adalah dambaan semua manusia tidak kira orang beriman ataupun tidak. Oleh sebab syurga ini menjadi dambaan seluruh manusia, Allah s.w.t. banyak menceritakan mengenai nikmat-nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia. Bidadari-bidadari syurga yang cantik menawan akan mendampingi orang yang beriman di syurga kelak. Maka bagi isteri orang yang beriman, timbul persoalan, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari syurga yang akan mendampingi suami mereka di syurga kelak? Di dalam buku ini ada perbahasannya. Buku ini bukan sekadar membincangkan topik ini, malah didatangkan juga sebanyak 52 topik yang berbentuk soalan unik yang sangat menarik untuk dibaca. Peny...
KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MADINAH Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik. Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Ka...
KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MAKKAH Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik. Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Makkah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaed...
Buku Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat Namun Sahih ini ditulis bagi merealisasikan usaha memperbaharui dan meningkatkan kualiti dalam solat. Solat yang kita kerjakan selama ini sudah cukup baik, namun masih boleh ditambah baik dan ditingkatkan kualitinya. Jika pembaharuan dalam bidang bukan agama boleh ditambah baik dengan jayanya, mengapa tidak dengan kualiti solat kita. Tahukah kita bahawasanya bacaan dalam solat yang diajarkan dan diamalkan semenjak dari kecil lagi itu sebenarnya mempunyai banyak lagi kaifiat atau bacaan lain yang sahih dan bertepatan dengan sunnah Baginda s.a.w? Semuanya dicatatkan dalam buku ini. Antara topik menarik adalah: - Bacaan-bacaan doa istiftah yang pelik tetapi sahih, - Bacaan lain bagi rukuk dan sujud, - Bacaan-bacaan lain bagi iktidal dan duduk antara dua sujud, - Bacaan lain bagi tashahhud akhir. Semoga buku ini menjadi panduan dalam menjana dan menambahkan kesempurnaan kualiti dalam solat kita.
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK SAHABAT PENGHULU SYURGA Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW. Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Penghulu Syurga memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yan...
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK GENERASI PEJUANG DAN INTELEKTUAL MULIA Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW. Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap se...
Ejaan dan tulisan al-Quran salah dan bercanggah? Mengapa ejaan dan tulisan bagi perkataan yang sama dalam al-Quran berbeza-beza? Mukjizat agung ini dapat dinikmati keistimewaannya melalui pembacaan, tafsir, hikmah, dan termasuklah tulisan. Semuanya penuh hikmah dan rahsia di sebaliknya. Karya ini membongkarkan rahsia di sebalik keganjilan ejaan dan keunikan tulisan kalimah dalam al-Quran yang memukau.