You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya. Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.
SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana. Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya. Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!
RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.
SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti. Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal. Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta!
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya. GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya. Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?
Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka. Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal. “Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu. Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka? “Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”
MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?
Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.