You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Komik ini merupakan kumpulan komik yang mengetengahkan perihal masyarakat pada hari ini. Komik ini dibukukan untuk memberi manfaat kepada semua golongan terutama para remaja. Isu-isu yang dilakarkan ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata masyarakat agar bersama-sama ON THE WAY berlandaskan keazaman yang tinggi untuk menjadi manusia yang lebih dekat dengan PENCIPTA.
Sambil belajar, sambil melukis komik. Kedengarannya seperti indah. Namun, hakikatnya bukan mudah. Masyarakat melihat Nazmi sebagai insan hebat yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara, dan bahagia apabila menerbitkan komiknya secara indie di Malaysia. Namun tiada yang tahu, di sebalik senyumannya, dia sedang terseksa. Saat manusia semakin kagum dengannya, dia semakin kesunyian di luar negara. Saat orang menyangka dia bahagia, sebenarnya dia sedang menangis tak berair mata. Dalam kemurungan, Nazmi bergelut dengan dirinya sendiri. Ternyata ujian mental itu jauh lebih mencabar daripada ujian fizikal. Sebuah fasa kehidupan yang pastinya pernah dilalui kebanyakan penggiat seni. Disangkakan itu mimpi indah, rupanya ia mimpi ngeri. Sampai satu ketika, hati tertanya-tanya, ‘Patutkah aku, berhenti bermimpi?’
Wajdi tidak pandai baca al-Quran. Kenal huruf pun tidak. Tetapi kerana ibu bapanya, dia berani memasang satu MISI besar, iaitu menghafal al-Quran! Komik ini memaparkan pengalaman luar biasa Wajdi menempuh kem tahfiz selama 40 hari!
One of the main ways by which we can understand complex processes is to create computerised numerical simulation models of them. Modern simulation tools are not used only by experts, however, and reliability has therefore become an important issue, meaning that it is not sufficient for a simulation package merely to print out some numbers, claiming them to be the desired results. An estimate of the associated error is also needed. The errors may derive from many sources: errors in the model, errors in discretization, rounding errors, etc. Unfortunately, this situation does not obtain for current packages and there is a great deal of room for improvement. Only if the error can be estimated is it possible to do something to reduce it. The contributions in this book cover many aspects of the subject, the main topics being error estimates and error control in numerical linear algebra algorithms (closely related to the concept of condition numbers), interval arithmetic and adaptivity for continuous models.
Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) merupakan kompilasi komik hasil kolaborasi 56 orang blogger dan pelukis amatur di Internet dan media sosial. Komik ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti dan hakikat kehidupan.
Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya. Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka. Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri. Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.
Vols. for 1963- include as pt. 2 of the Jan. issue: Medical subject headings.
None