Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

After the Storm
  • Language: en
  • Pages: 308

After the Storm

Everybody has a past. The question is, what does it taste like to you?

Kau Belacan, Aku Keju!
  • Language: ms
  • Pages: 375

Kau Belacan, Aku Keju!

“Tak ada maknanya aku nak kahwin bagai. Selagi tak ada perempuan yang berjaya membuat tempat ni bergetar, tak ada makna aku nak kahwin.” Kata Faeq sambil menunjuk ke arah dadanya. “Pigi dah! Banyak kau punya bergetar, Paet! Meh aku ketuk dada kau tu dengan tukul, kita tengok itu tukul ada kasi getar itu dada atau tak!” “I akan terus berusaha untuk menggetarkan jantung you, Yuna. Kalau perlu guna vibrate handphone untuk menggetarkan jantung you tu pun I sanggup.” “I tak buta, Khai. I nampak keikhlasan you. Tapi, Khai... hati ni langsung tak bergetar apabila nampak you. I sendiri tak tahu kenapa.”

Kumpulan Cerpen Remaja Kemboja di Tanah Sahara
  • Language: ms
  • Pages: 141

Kumpulan Cerpen Remaja Kemboja di Tanah Sahara

“Perjuangan? Ada apa dengan perjuangan kalau Wan mati begini?” “Kerana perjuangan banyak mengajar erti kehidupan semasa hidup juga semasa kematian Hadi. Terlalu banyak perjuangan di dunia ini. Kita berhak memilih. Tapi pilihlah pada yang dekat dengan jalan Tuhan, yang menguntungkan kelak di medan timbangan.” KEMBOJA DI TANAH SAHARA adalah kisah tentang kerinduan seorang pemuda yang merasai kehilangan. Seperti satu-persatu butiran pasir di halaman kampungnya, setiap satu kenangan itu diingati dan diceritakan. Pesan-pesan Wan kepada Hadi adalah peringatan buat menempuhi kedewasaan. Pesan-pesan itu sentiasa menebak nubari terhadap gemulah Wan yang pergi meninggalkan dirinya dengan penuh...

Takkan Pernah Berubah
  • Language: ms
  • Pages: 415

Takkan Pernah Berubah

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Velvet di Durham
  • Language: ms
  • Pages: 322

Velvet di Durham

Dia melihat indahnya langit di atas, terangnya dengan cahaya, gemerlapan dengan kerlipan. Begitu pun dia menikmati keajaiban rasa, bumi yang dipijak ini lebih nikmatnya. Dia telah berpijak dengan kaki, berasa dengan deria, hidup menimba pengalaman di sini. Dia itu Fid. Fid itu Velvet. Fid kehilangan keluarga. Emosinya bercelaru. Fid telah sugul dan ‘mati’... sehinggalah, dia menerima sebuah hadiah, yang telah mengubah persepsinya terhadap kehidupan. Dari Cardiff, Fid Si Gadis Melayu yang penuh 'misteri' ini membawa diri ke Durham...

Impikan Mentari
  • Language: ms
  • Pages: 294

Impikan Mentari

Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Izzati hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi. Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?

Busana Nana
  • Language: ms
  • Pages: 410

Busana Nana

None

Nyanyian Hati
  • Language: ms
  • Pages: 336

Nyanyian Hati

I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya. Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi. I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin Apakah kesudahan buat Ain?

Si Mangkuk Tingkat
  • Language: ms
  • Pages: 389

Si Mangkuk Tingkat

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya. Impiannya satu dalam seribu. “Nampak tak apa yang aku nampak, ni?” Huh? “Budak perempuan tu.” “Yang tadi? Jadi?” “Dia pakai baju kurung la.” Eh, haah la! “Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?” Senyap. “Kau nampak benda yang dia bawa tadi?” Geleng. “Mangkuk tingkat.” Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat.

Jangan Lupa Namaku
  • Language: ms
  • Pages: 510

Jangan Lupa Namaku

Cinta tu macam burung… yang kita pegang. Jangan pegang kuat-kuat. Nanti dia mati. Tapi jangan lepaskan dia, nanti dia takkan kembali. Aiman... Dia melepaskan Amira atas permintaan Amira sendiri. Hatinya tak pernah merelakannya, namun dek 'kata orang' punya angkara, dia akur. Dia setia menanti Amira. Harapannya, Amira akan sedar yang mereka diciptakan untuk bersama. Amira... Perpisahan bukanlah pilihan terbaik untuknya. Dia merana namun untuk berpatah balik, dia tiada kekuatan untuk menghadapi pertanyaan orang tentang anak. Walaupun orang di sekelilingnya tak henti memujuknya kembali kepada Aiman, namun dia tetap di situ. Dia takut 'kata orang' akan terus menghantuinya. Anak, anak dan anak!