You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan merek...
KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina. Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan. Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna! Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama b...
Izma Huda – Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya! Nazhan Nizar – Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin. Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa? Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya? Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?
Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.
ALYA gelisah. Sejak tadi dia mencari kotak parkir kosong namun, masih belum ditemui. Rasanya, sudah tiga kali keretanya berkeliaran di sekitar jalan raya berhampiran dengan kawasan komersial yang terdiri daripada bangunan lima tingkat itu, tetapi pencariannya hampa. “Alamak, janganlah aku terlambat!” Dia tiba-tiba membebel sambil mengerling jam tangan. Dia mendapati jarum hampir menuju ke angka 9.00 pagi. Lagi sepuluh minit temu janjinya akan berlangsung. Dia terus jadi gelisah bila memikirkan yang dia akan kelewatan. Tak pasal-pasal dia dicop sebagai orang yang tidak menepati masa. Padahal selama ini dia begitu pantang dengan orang begitu. Namun, dia bukan sengaja mahu bertemu klien dalam keadaan yang lewat dan tergesa-gesa.
Hati Udin hancur berantakan. Berkali-kali ia dijadikan batu loncatan oleh cewek-cewek cantik di sekolah untuk mendapatkan cowok ganteng. Hal itu membuatnya memutuskan berhenti mencari pacar. Lantas mulai mendalami peran baru sebagai orang ketiga, sekaligus mencoba peruntungan menjadi mak comblang. Sayang, saat karier Udin baru menanjak, Roni, sepupunya si playboy kampung mulai mengganggu. Tak kehabisan akal, Udin mencoba mencarikan pacar untuk Roni. Udin cukup optimis untuk keberhasilannya. Tapi lambat laun, kenapa tak semudah kelihatannya? Dan siapa cewek manis dengan tas merah yang memergokinya saat sedang menyelidiki sesuatu? Ah, siapa pun dia, asal jangan melaporkan ke guru gerak-gerik Udin yang agak mencurigakan itu.
This groundbreaking work describes the historical origins of the Tantric movement in early medieval India. Drawing on primary documents--translated into English for the first time from Sanskrit, Prakrit, and Bengali--Davidson shows how changes in medieval Indian society, including economic and patronage crises, a decline in women's participation, and the formation of large monastic orders, led to the rise of the esoteric tradition in India that became the model for Buddhist cultures in China, Tibet, and Japan.
DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. "Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya." Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu. Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.
Dia kehilangan ayah secara tiba-tiba. Dia pula hilang begitu saja setelah berhadapan dengan orang yang dicari-carinya. Dia yang dicari kehilangan memori, namun kini kembali dengan satu tujuan yang pasti. Dan dia pula terus mengejar musuh yang tidak pasti di mana keberadaannya. Hanya satu tempat yang dapat mengakhiri kesemua pencarian tersebut - Martial Arts Underground Tournament - atau nama mudahnya MAUT. Dengar sini, semua! Bukan calang-calang orang yang boleh masuk tournament tu. Hadiah lumayan tahap tak masuk akal. Risiko pun besar. Lawan handal-handal. Siapa yang paling TANGKAS menepis serangan? (Buku Fixi)
SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir. Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dengan pekerja.