You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Beautiful Jodoh Sinopsis Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert. Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri. Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarnya sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Benarkah? Ferran Atiq - tidak kira di mana dia belajar, sentiasa menjadi pujaan ramai. Biarpun digosip sedang hangat bercinta d...
Nufah dan Tengku Firash ialah High school sweetheart. Mereka bercinta sejak zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Tengku Firash mula berubah. Hati Nufah dicengkam gelisah. Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tidak pernah terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tanpa sengaja, tersasar jua - Dian berada di dalam pelukannya. Dian ialah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu, juga berkongsi kisah cintanya. Namun dalam diam...
Dia Yang Kupuja Blurb Sebagai seorang remaja, AINA tidak terlepas daripada meminati ALAN, seorang artis dan juga model kacak yang digilai ramai. Sekadar memuja dari jauh, suatu perkara biasa buat gadis muda sepertinya. Namun, segalanya bermula sewaktu dia dihantar ke kampung oleh orang tuanya sementara menunggu keputusan SPM. Pertemuan yang tidak diduga dengan artis pujaannya, membuatkan Aina malu sendiri. "Dalam bilik along, terpampang besar gambar abang. Along cakap itulah pakwe dia.” - Adik. “Diamlah. Kau ni buat malu along je.” - Aina “Tapi, kalau betul pun, apa salahnya?” - Alan Dia tekad selepas itu, segala poster Alan yang ditampal di dalam biliknya akan dibuang. Sebaliknya,...
Blurb Uncle Doktor Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. Tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa. Maka bermulalah misi Niny mencari papa. "Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny?" - Niny “Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu” - Doktor Sam “Uncle kena mengorat mama dulu eh?” – Niny “Ya, baby girl”– Doktor Sam “Susahlah uncle, mama tu garang.” - Niny ”-" Mama Niny B...
Blurb Pertemuan itu Walaupun aku tidak ingin mengakui, Pertemuan itu, berbekas di hatiku. Pertemuan tidak sengaja di taman ketika aku menjadi bridesmaid kawan baikku untuk outdoor shooting merupakan titik permulaan kisah aku dan Daud. Nama klasik tapi tidak seklasik tuannya, tegap dan tampan juga pembuli nombor satu aku di pejabat. Hubungan kami sentiasa panas. Ada saja aku tidak berpuashati dengan sikapnya walaupun dia adalah bosku. Dari benda kecil boleh jadi besar buatku, sehinggalah aku tercedera ketika mengikutnya ke tapak projek. “Saya boleh jalan sendirilah. Tak payah nak dukung-dukung,” aku membentak geram. Tapi sebaik sahaja kaki menjejak simen, aku meraung sakit. “Haaa tau pun sakit. Itulah pengajaran untuk orang yang degil. Orang yang perasan tak sakit padahal dia sakit,” dia menyindirku. Dia, takkan senang hidup kalau sehari tidak menyindirku. Geram! Benci! Tapi kenapa setelah dia tiba-tiba hilang, aku hilang punca? Kenapa? Ke mana Daud pergi? Nak tahu baca sampai habis kisah ini.
None
None
Issues for 1973- cover the entire IEEE technical literature.