You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) merupakan kompilasi komik hasil kolaborasi 56 orang blogger dan pelukis amatur di Internet dan media sosial. Komik ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti dan hakikat kehidupan.
Komik ini mengumpulkan beberapa kisah benar, sentap serta menyentuh hati berkaitan dengan dunia remaja hari ini. Ia berdasarkan kepada pengalaman dua orang trainer muda daripada PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) yang bergerak aktif dalam menyebarkan motivasi kecemerlangan dan kerohanian khususnya untuk para remaja di seluruh negara.
"Alex stared at the magazine photograph in horror. It was a picture of him, standing beside his prize-winning science project. Only it couldn't be him. He hadn't even finished the project yet!"--Back cover. Suggested level: primary.
Komik yang membawa tema Ramadan ini merupakan kompilasi karya Paeh Design. Ia menghimpunkan komik-komik pendek serta karya-karya yang terdapat di dalamnya ialah karya yang membawa perasaan dan mencuit hati daripada media sosial yang diberikan nafas baharu sebagai dakwah ringan, nasihat dan hiburan buat semua pembaca.
Komik YOLO, menampilkan komik-komik generasi muda yang penuh dengan cabaran dalam mencari identiti daripada artis-artis komik tempatan yang sedang meningkat naik. SYUKUR karya Xs Rizal, SANG KALA karya Izzah Aida, 17:00 karya PoGoat, SAHABAT HIKMAH karya Syafy Zahin, SYYY … JANGAN TEGUR karya Abeben, HALALKAN CINTA KITA karya Benz Sauzi, 29:2 karya Aniff Zazali & Atiqah Safian.
Komik TEAM UP! tentang permusuhan antara Empayar Muluk dan Empayar Namrud yang masing-masing mewakili kerajaan Islam dan kerajaan bukan Islam. Pada peperangan besar yang lepas, ketua empayar Muluk dan empayar Namrud iaitu Sultan Abdul Aziz dan King Namrud III telah membuat perjanjian perdamaian dan telah disyaratkan selama 50 tahun oleh Sultan Abdul Aziz. Perjanjian ini dimaterai setelah terhempasnya meteor yang dinamakan Oplo di pusat bandar ibu kota Empayar Muluk, kota Maqdis sewaktu peperangan masih berlangsung. Kemudian, saintis dan pengkaji di Empayar Muluk mendapati Oplo mampu mengeluarkan tenaga tersendiri dan ia telah dijadikan sumber tenaga. Maka bermulalah era teknologi dan kemajuan di sana. Rakyat Muluk mula tenggelam dengan kehidupan moden dan mereka juga makin jauh daripada ajaran agama Islam.
Buku keenam daripada siri antologi CUN yang menghimpunkan karya-karya artis komik wanita sahaja. CUN #6 menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia kali keenam (CKOM6). CUN #6 ini juga diterbitkan serentak bersama CKOM: RESIPI LEGENDA dan CKOM: NASI LEMAK. Dapatkan ketiga-tiga buku ini bagi keenakan membaca yang maksimum. *CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M selaku penaja utama dan turut ditaja oleh PTS Bookcafe, Expertees, dan King Patin.
Umar dan Syafie memulakan pengembaraan mereka mengelilingi empayar Muluk dengan tekad untuk memperbaiki keadaan masyarakat agar kembali ke jalan agama. Mereka telah singgah di sebuah kampung di mana ia menjadi ‘sarang’ sebuah kumpulan ajaran sesat. · Adakah kumpulan itu ada kaitan dengan King Namrud? · Apakah motif mereka mempengaruhi pemikiran masyarakat di situ? Komik yang mengisahkan gabungan kumpulan pemuda yang ingin mengubah nasib empayar mereka. Bersama ikuti kisah perjuangan mereka!
First Published in 2011. This is Volume VII out a series of eight on Environmental and Resource Economics and looks at Environmental Economics and in particular the problems connected with environmental quality.