Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza
  • Language: ms
  • Pages: 306

500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza

500 Kompilasi Resipi ini adalah gabungan dari 15 buku senangnya memasak (Edisi Kedua). Terdapat pelbagai resipi baru seperti, nasi minyak buah kurma, nasi pudina, donut kentang, ikan pesmol, kalio daging, bebola daging lada hitam, pavlova, puding buih, ikan kukus asam boi, dan banyak lagi resipi lain. Setiap resipi disediakan cara membuat yang terperinci dan mudah difahami bagi memudahkan pembaca mencuba setiap hidangan. Selamat Mencuba!

77 Resipi Istimewa Air Fryer
  • Language: ms
  • Pages: 177

77 Resipi Istimewa Air Fryer

Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai aneka hidangan harian yang mudah dan cepat dimasak dengan Air Fryer pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

111 Resipi Herba Aroma Istimewa
  • Language: ms
  • Pages: 250

111 Resipi Herba Aroma Istimewa

Rasai keunikan enam jenis herba yang diadun dalam 111 resipi dan semuanya dihimpunkan dalam sebuah buku. Herba-herba yang digunakan senang didapati dan pasti menambahkan kelazatan dalam masakan. Dimuatkan lebih daripada 150 gambar penyediaan dan tip-tip masakan yang menjamin resipi ini gerenti jadi! Resipi kreatif oleh Chef Hanieliza membantu kita merancang menu harian berdasarkan jumlah hidangan.

77 Resipi Istimewa Pressure Cooker
  • Language: ms
  • Pages: 185

77 Resipi Istimewa Pressure Cooker

Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai kategori yang dihasilkan 100% daripada periuk tekanan pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

50 Resipi Biskut & Kek (Edisi Kedua)
  • Language: ms
  • Pages: 130

50 Resipi Biskut & Kek (Edisi Kedua)

Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik. Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan. Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.

77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker
  • Language: ms
  • Pages: 272

77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memasak. Tanpa periuk yang canggih, pelbagai masakan yang enak dapat dihasilkan. Chef Hanieliza tampil dengan buku resipi terbaru bertajuk 77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker.

10 Tokoh Usahawan Muslimah
  • Language: ms
  • Pages: 280

10 Tokoh Usahawan Muslimah

10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah: Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.) Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.) Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre-CIC) Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi) Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.) Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product) Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.) Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili) Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.) Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.) Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah, dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

44 Resepi Kek dan Biskut
  • Language: ms
  • Pages: 106

44 Resepi Kek dan Biskut

Nikmati keenakkan 22 jenis kek dan 22 jenis biskut hasil tangna istimewa Chef Hanieliza BrowniesBrownies Marble KejuKek buahKek Cawan CoklatKek buah kejukek sarang lebahkek cawan orenkek velvet merahkek lobak merahkek keju coklat orentiramisu kek gulungtiramisukek pisangkek damkek marblekek keju kiwikek epalkek buah kejukek coklat keju koktelkek coklatkek keju coklatkek mocca kukusbiskut tat prunebiskut tat gulungtat nanastat buah-buahanbiskut sarang semutbiskut chocolate crunchbiskut chocolate cipbiskut mentegabiskut orenbiskut puteri saljubiskut marmar carriebiskut permata serbuk rotibiskut kejubiskut chocolate ricebiskut cornflake madu chocolate chipbiskut buah-buahanbiskut bebola kristalbiskut bebola kacang hazelbiskut badam saljubiskut badam rangupbiskut badam manis

101 Resipi Menggunakan Pemanggang Ajaib
  • Language: ms
  • Pages: 315

101 Resipi Menggunakan Pemanggang Ajaib

101 Resipi Menggunakan Pemanggang Ajaib adalah satu lagi karya Chef Hanieliza. Isitmewanya buku ini, ia juga sesuai digunakan oleh mereka yang tidak memiliki pemanggang ajaib kerana ia turut disertakan dengan langkah-langkah menggunakan periuk, kuali dan oven. Terdapat pelbagai jenis resipi yang menarik untuk dicuba. Antaranya adalah Kek Ombak Rindu, Kek Marble, Kek Lobak Merah, Nasi Ketumbar, Lala Pedas, Spageti Aglio Olio dan banyak lagi. Semua resipi ini disertakan dengan gambar langkah demi langkah bagi memudahkan pembaca memahami setiap resipi.

77 Resipi Bakar & Kukus
  • Language: ms
  • Pages: 170

77 Resipi Bakar & Kukus

Untuk buku kali ini, Chef Hanieliza menyajikan hidangan yang dimasak dengan cara membakar dan mengukus, cara memasak yang lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak yang banyak. Pada era yang mana kesedaran tentang kesihatan meningkat, cara penyediaan makanan juga turut berubah. Namun ada yang berkata, masakan yang dibakar ataupun dikukus tidak seenak yang digoreng ataupun ditumis. Ini adalah tidak benar. Dengan resipi dan panduan memasak yang betul, kita boleh menjamukan hidangan bakar dan kukus yang sedap sehingga menjilat jari. Chef Hanieliza berharap supaya buku ini dapat membantu pembaca semua merealisasikan impian memasak secara sihat.