You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
1. GODAM – Fitri Hussin SINOPSIS : Sekumpulan saintis melayu, Lokman, Saifullah dan Amran berjaya mencipta satu cip canggih yang dapat memulihkan memori pesakit-pesakit alzheimer, trauma otak, trauma perang dan sebagainya. Kejayaan mereka itu mendapat liputan luas media tempatan dan luar negara. Mereka menjadi kebangaan melayu, Islam dan Malaysia. Tetapi kejayaan itu dimusnahkan oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah blog konspirasi tempatan yang mendedahkan bahawa dana penyelidikan untuk mencipta cip itu adalah dari Nathan Rotchield, pindar kepada 13 keluarga yang menguasai dunia. Pendedahan itu menyebabkan Saifullah dan Amran dibunuh secara langsung di Facebook Live. Kes itu disiasat...
This heavy-duty Shōtōkan encyclopedia, dictionary, lexicon, glossary, and linguistic tool: ✓ Teaches how to analyze and understand karate vocabulary. ✓ Breaks the Karate terms into their building blocks and puts an emphasis on the basic main building blocks of the karate language. ✓ Systematically analyses over a 100 of basic Karate Kanji for deep understanding of the terms, names, and concepts. ✓ Corrects many conceptual and linguistic common mistakes. ✓ Provides links between different Karate expressions. ✓ Presents different translations from Japanese to English. ✓ Presents different Japanese writings. ✓ Includes phonetic spelling. ✓ Refers to important sources. ✓ Ad...
Selepas kematian suaminya, Mariam terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga kepada dua orang anak remaja, Adam dan Marsya. Pada masa yang sama, Mariam terpaksa pula berdepan dengan perubahan perilaku Adam yang hampir menjerumuskan remaja itu dalam gejala sosial. Kekentalan semangat, disokong oleh kasih sayang Marsya dan nilai persahabatan Jaroh, memberikan kekuatan kepada Mariam untuk menempuh kegetiran hidupnya. Kehadiran Lembayung Cinta dalam keluarga Mariam dan anak-anaknya memberi suntikan misteri kepada kisah yang penuh dengan resmi remaja masa kini dan semangat ukhwah ini, yang mampu menyentuh emosi pembaca. Apakah misteri Lembayung Cinta? Bagaimana Lembayung Cinta mampu memberikan kekuatan kepada seorang ibu tunggal? Ikuti cerita selanjutnya dalam Lembayung Cinta.
RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik. Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina. Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali.
Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.
KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu! Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam ta...
Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu. Seorang kru dirasuk. dan seorang kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat.
Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari. Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand.
Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra. Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara. Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya. Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda. Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...