You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Al-Ahzab : 21 Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta. Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya...
Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh tulisan Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh Mazhab Syafie di Malaysia. Buku ‘Fahami 40 Sunnah Solat Menurut Mazhab Syafie Berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh’ ini menghuraikan secara khusus sunnah-sunnah dalam solat menurut Mazhab Syafie. Apa yang menarik mengenai buku ini adalah: Satu-satunya buku di Malaysia yang membahaskan secara khusus mengenai sunnah-sunnah solat yang terdapat dalam Mazhab Syafie. Penyampaian bergambar yang ringkas dan mudah difahami. Sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan. Semoga buku ini menjadi wasilah terhadap pemahaman dan penghayatan dalam menghayati kemanisan solat.
"... cerita al-Qur’an tidak boleh dikaji dengan pengukuran genre sastera yang bersifat insani. Seterusnya, kajian cerita dalam al-Qur’an tidak boleh dicampuradukkan dengan karya sastera insani walaupun kedua-duanya disentuh dalam satu kajian. Selain itu, cerita dalam al-Qur’an tidak wajar ditiru. Sebaliknya, ia hanya sesuai perlu dijadikan panduan atau metode kajian.”- Zulkarnain Mohamed
Kita wajar menangis apabila melihat tanah air kita, Malaysia, makin tenggelam dalam lumpur maksiat yang busuk dan menjijikkan. Maksiat makin berani dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan dan rasa bersalah. Lalu generasi yang lahir adalah mereka yang sudah lunyai jiwa dan minda mereka dengan hiburan kemaksiatan yang menghakis iman dalam jiwa mereka. Dosa-dosa besar ini tidak mungkin dibiarkan tanpa mendapat kemurkaan Allah. Lalu sukar untuk tidak mengaitkan pelbagai tragedi yang menimpa negara ini sebagai balasan daripada dosa-dosa ini. Banjir luar biasa yang menimpa beberapa buah negeri, tanah runtuh dan kepanasan melampau adalah natijah daripada kemurkaan Allah. Lalu mereka yang melakuk...
Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem. Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.
Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih, bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran, tetapi apabila semakin sampai ke hujung muara segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang kini kita sedang berada di sana. Begitu juga Islam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya, namun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam Islam sendiri menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan Islam sama ada dalam urusan ʿaqīdah, ʿibādah dan muʿāmalah semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni. Naskhah ini menghujahkan - antara punca kerancuan pemik...
Naskhah kelima daripada Rasid Muhamad ini masih lagi berkisar tentang motivasi Islamik. Ia menghimpunkan pandangan-pandangan para ilmuwan dalam membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Ringkasnya, naskhah ini memberi suluhan jalan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik. Justeru, pengisiannya amat sesuai untuk dihadam oleh kita semua.
Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun. Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengin...
Salahuddin al-Ayyubi bukan nama asing kepada orang Islam, malah sosok hebat ini disanjung orang bukan Islam. Sejarah keperwiraan tokoh Muslim ini menjadi bahan tulisan sama ada buku atau tesis di seluruh dunia. Ia juga mendapat perhatian karyawan seni untuk difilemkan.Dalam lambakan bahan-bahan mengenai Salahuddin menyebabkan pembaca keliru antara fakta dan fiksyen mengenai perwira ini.Begitu juga sebahagian menilainya daripada sejarah gemilang yang diciptanya tanpa mengambil pengajaran daripadanya. Sebaliknya buku ini tidak membahaskan fakta sejarah semata-mata. Lebih penting ia mengkaji masalah dan cabaran yang ada pada zaman itu yang memiliki banyak persamaan dengan yang dihadapi oleh kau...
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah ayat 216) Apabila berbicara mengenai takdir, satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita adalah “Bolehkah Kita Mengubah Takdir?”. Apakah manusia juga berhak untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka sendiri? Jawapannya adalah ‘Ya’ dan ‘Tidak’. Buku ini ada jawapannya.