Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Pada Malam Tak Boleh Tidur
  • Language: ms
  • Pages: 103

Pada Malam Tak Boleh Tidur

bagaimana selimut akan panggil sejuk? tanpa kipas tanpa baju tetap badan peluh Malam. Gelap. Lampu malap, tapi susah lelap. 3,2,1... Selamat datang ke persembahan sulung Aliff Awan! Pada malam kita semua tidak boleh tidur, ayuh goncang bunyi-bunyi dalam kepala La-li nyanyi! Rah! Sia! "Ya, saya! Masa untuk mencari jawapan untuk hal-hal yang terselindung tadi siang-atau jika anda hanya mahu bermain dengan soalan, silakan! Tarik tombol pintu fikiran, depakan tangan, biarkan angin geletek: kita bertampar tepuk dalam puisi!

Mata Penceroboh
  • Language: ms
  • Pages: 93

Mata Penceroboh

setelah gagal masuk, aku mengharapkan siangnya aku memulangkan mata untuk aku kembali di lain waktu Sepasang mata lalah cahaya yang menyuluh sisi-sisi kehidupan yang tersembunyi. la pemerhati yang merakam peristiwa dan menyimpannya di dalam kotak memori. Jika ditenung dalam, la Jadi sebuah terowong kehidupan: merentas waktu, tidak berpenghujung. Daniyal Kadir menceroboh sisi pandang pelbagai persona, watak dan perasaan seputar keluarga dan masyarakat dalam kumpulan puisi ini.

Sudah Hampir Malam di Kyoto
  • Language: ms
  • Pages: 186

Sudah Hampir Malam di Kyoto

musim bunga turun dari bukit dan menegur kota. pohon bangun sakura pun senyum dan berasmara dengan cahaya. kumbang berdengung ke udara mabuk madu puspa. Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya. Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi. Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia. Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?

Aku Mahu Jadi Bandar yang Kaulipat ke dalam Dompetmu
  • Language: ms
  • Pages: 85

Aku Mahu Jadi Bandar yang Kaulipat ke dalam Dompetmu

barangkali cinta juga menyelak selimut senja memasuki kamar malam sebelum mengucup subuh dan melihat kita selaku sahabat pada pagl esoknya Persis anak kecil, cinta awalnya kekok dijaga; serba tak tahu dan penuh keliru. Namun la membesar dengan sela pertelingkahan dan perdamaian. Melalul puisi-puisinya, Lokman Hakim mengasuh cinta yang seusia bayi dari ruang rumah serba sederhana, menjadi dewasa seakan-seakan sebuah bandar: fiesta meriah, penuh warna.

Langit Cinta
  • Language: en
  • Pages: 414

Langit Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.

Rahang Gelombang
  • Language: ms
  • Pages: 103

Rahang Gelombang

dan nanti kumpulkan segenap pusaka dari tujuh keturunan segenap mimpi dari tujuh fajar segenap zuriat dari tujuh kelamin dan akhirnya pasrah seluruh keluargamu ke dada jala Siapakah yang benar-benar mengerti tentang ketentuan? Bahawa daun hijau akan menggelepar ke perut bumi. Ikan yang dipesona dunia samudera akan menyerah diri ke dada pukat. Nelayan, petani dan penoreh masing-masing sedar—dalam resah-payahnya—bahawa sela raung gelombang, suara guruh di bumbung, dan cakaran kemarau tidak memungkinkan rezeki bertandang. Di tangan Moechtar Awang, segala di dalam puisi mengerti bahasa pasrah. Seru kalimatnya gelepar dengan nada taufan, tetapi tetap berdegup menyebut nama Tuhan. Naskhah ini, yang mengandungi 50 puisi terbaik beliau, wajib dibaca pencinta puisi—sekaligus menggilap semula mutiara nama Moechtar Awang dalam khazanah sastera tanah air untuk tatapan khalayak baharu.

Mencari Abadi
  • Language: en
  • Pages: 589

Mencari Abadi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2007
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kedengaran mersik dan lembut suara lelaki tua itu. Mengungkapkan sebaris kata-kata yang tertulis di depannya. Tidak difahaminya langsung. Dan kenapa perlu dia ungkapkan? Dia diburu kekeliruan kini. Kenapa lelaki tua ini muncul di depannya? Kenapa dia perlu berada di tempat asing ini? Kali ini Aliff Iman tekad. Walaupun tahu akan mendapat tentangan daripada keluarga, dia tetap tidak akan berubah hati. Dengan kemunculan seorang lelaki tua yang mengajarnya dua kalimah syahadah dalam mimpi, telah membuatkan Aliff Iman memilih Islam sebagai agama pegangannya. Dia kini benar-benar yakin bahawa agama yang dianutinya kini lebih menenteramkan seluruh jiwanya. Rahsia perkenalannya dengan Intan Najwa, ...

Lelaki Berambut Rumput
  • Language: ms
  • Pages: 109

Lelaki Berambut Rumput

bukankah di kebun itulah ayahmu menabur huruf kemudian Alif pun tertanam kejap dalam dirimu Segalanya terasa hijau di ubun-ubun. Ingatan bertumbuh, menggamit matahari dengan redup udaranya, membangkitkan nostalgia kampung yang kita mungkin tak pernah ada. Tetapi kita ada di situ—di samping penyair santun Rahimidin Zahari—mengerjakan sebidang tanah kenangan, dari benih tradisi dan akar warisan, menyuburkan puisi-puisi dari lecah dan lumpur. Sebanyak 50 puisi terpilih beliau dikumpulkan dalam naskhah segar ini untuk terus dibaca oleh generasi berikutnya. Mari, kita rentas sungai usia bersama-samanya, memaknakan kehidupan dan kematian: dua desa bening yang tak berpenghujung.

Terima Kasih, Luka
  • Language: ms
  • Pages: 467

Terima Kasih, Luka

“Aku abah dia!” “Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis. *** Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja. Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga. Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap! — Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura. Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar. Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?

Amukan Manusia Ciptaan
  • Language: ms
  • Pages: 489

Amukan Manusia Ciptaan

"Jangan kalah dengan diri kau, Athena!" Setelah misi menyelamatkan isteri presiden yang diculik menemui kegagalan, negara Erudayn gempar pula dengan berita pembunuhan presiden dan serangan android pengganas. Rentetan tragedi itu membuatkan Athena merasakan kewujudannya sebagai manusia ciptaan adalah penyebab utama. "Kau hanyalah manusia ciptaan yang mengecewakan!” Keadaan semakin genting apabila Athena tiba-tiba bertukar menjadi makhluk bengis yang tidak mampu dikawal. Orang-orang yang dia ingin lindungi kini menjauhinya. Bahkan, pasukan inteligen khas merancang untuk menangkapnya. Athena semakin tersepit; benarkah dia seorang pelindung, atau sebenarnya raksasa? Emily yang sering muncul dalam mimpinya buat Athena sedar bahawa pertempuran kali ini bukan hanya tentang mengalahkan kejahatan luaran, tetapi melawan musuh dalaman yang tersembunyi – dendam dalam diri manusia, dan ketakutan dalam diri sendiri!