Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Artikel Pilihan Covid-19. Siri 2 (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 246

Artikel Pilihan Covid-19. Siri 2 (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-02-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Coronavirus 2019 juga dikenali sebagai pandemik Covid-19 ialah pandemik penyakit yang berterusan secara global berpunca daripada Coronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2). Covid-19 adalah spesies baru daripada keluarga Coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah jangkitan salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai Dar...

Menyingkap Konsep Rasuah (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 185

Menyingkap Konsep Rasuah (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-09-18
  • -
  • Publisher: UUM Press

Karya ini membincangkan definisi dan konsep rasuah yang turut mencakupi aspek-aspek lain yang berkaitan dengannya. Lapan bab yang dimuatkan dalam karya ini: 1. Makna dan Konsep Rasuah dalam Pemikiran Melayu 2. Konsep Rasuah Menurut Undang-Undang di Malaysia 3. Fenomena Rasuah dalam Konteks Sejarah Peradaban–Ketamadunan Manusia 4. Bentuk Rasuah 5. Teori Berkaitan Rasuah 6. Teori Rasuah dari Sudut Ekonomi 7. Rasuah dalam Sektor Swasta: Satu Tinjauan Perundangan 8. Skandal Tadbir Urus dalam Kalangan Syarikat Tersenarai di Malaysia: Satu Kajian Kes Bagi memangkinkan kefahaman dan kejelasan pembaca tentang tafsiran, teori serta aspek penting yang bersangkutan dengan rasuah, buku ini dikupas dengan terperinci. Buku ini juga turut mendukung dan menegaskan bahawa rasuah sebagai suatu masalah yang perlu ditangani secara konsisten. Sebuah penulisan yang dihasilkan melalui gaya pengolahan yang mudah difahami dan sesuai dimiliki oleh segenap kategori pembaca sama ada penggubal polisi, pengamal undang-undang, ahli akademik, pelajar ataupun orang awam.

Pendekatan dan Pengurusan Pembangunan (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 174

Pendekatan dan Pengurusan Pembangunan (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-10-10
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini memaparkan pelbagai pendekatan dan pengurusan pembangunan dari aspek ekonomi, sosial dan infrastruktur. Namun begitu, pendekatan dan isu yang dikaitkan bukanlah pendekatan dan isu yang baharu, tetapi merupakan aspek pembangunan yang perlu diberikan perhatian. Hal ini untuk memastikan pembangunan dapat diurus dengan baik dan memberikan kesan yang positif kepada sebahagian besar populasi yang terlibat. Secara umum, sesuatu pembangunan itu memberikan kesan kepada sekurang-kurangnya empat aspek penting iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar dan infrastruktur. Oleh hal yang demikian, setiap pendekatan pembangunan perlu diurus dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek yang terlibat sem...

Wasatiyyah: Konsep dan Pelaksanaan (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 266

Wasatiyyah: Konsep dan Pelaksanaan (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-02-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan konsep wasatiyyah dalam aspek teori dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks negara Malaysia pada masa kini. Penerbitan buku yang mengandungi himpunan 12 bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu mengandungi lima bab di bawah tema wasatiyyah sebagai satu gagasan. Pada bahagian dua di bawah tema perlaksanaan wasatiyyah dalam masyarakat mengandungi tujuh bab.

Pembangunan Lestari Masyarakat: Kesejahteraan Ummah Era Digital (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 257

Pembangunan Lestari Masyarakat: Kesejahteraan Ummah Era Digital (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023-06-05
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku Pembangunan Lestari Masyarakat: Kesejahteraan Ummah Era Digital ini merangkumi pelbagai aspek yang berkait dengan perkembangan digital semasa. Buku yang telah disusun dalam 11 bab ini dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu kesejahteraan masyarakat, pembasmian kemiskinan, zakat dan wakaf, dan keusahawanan digital. Setiap bahagian membincangkan secara terperinci perkara yang berkait rapat dengan isu tersebut dalam konteks pembangunan ekonomi Malaysia. Naskhah ini berguna kepada semua pihak yang ingin memahami secara lebih mendalam tentang ekonomi digital dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Dengan perubahan yang berlaku pada era pascapandemik COVID-19 ini telah mengubah suasana dan norma kehidupan. Buku ini menyediakan pelbagai pandangan dari pelbagai sudut dalam menangani persekitaran yang baharu ini.

Sajian dan Pengendalian Makanan dalam Komuniti (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 92

Sajian dan Pengendalian Makanan dalam Komuniti (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku kajian tentang aspek kebersihan sajian makanan pengendaliannya agak sukar ditemui. Menyedari hakikat ini, penulis menghasilkan sebuah monograf yang membincangkan dua aspek tersebut untuk dikongsi kepada pembaca. Besar harapan penulis agar pembaca dapat memahami serta menyedari bahawa aspek kebersihan sajian dan pengendalian makanan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dalam kehidupan seharian. Di samping itu, monograf ini juga menyentuh program pengendalian makanan yang dijalankan terhadap pengendali makanan. Perkara yang menariknya tentang buku ini ialah kebanyakan artikel yang ditulis itu menggunakan hasil dapatan kajian sebenar yang telah dilakukan sendiri oleh penulis artikel tersebut. Dengan kata lain, setelah selesai melakukan penyelidikan bagi sesuatu tajuk tertentu dan di kawasan tertentu, penyelidik meringkaskan penemuannya dan dikongsi hasil penemuan itu dalam buku ini. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh penyelidik, pelajar universiti dan juga sebagai bacaan umum.

Covid-19 : Jaminan Bekalan Makanan B40 (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 83

Covid-19 : Jaminan Bekalan Makanan B40 (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-04-18
  • -
  • Publisher: UUM Press

COVID-19 merupakan penyakit yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di dunia pada 11 Mac 2020. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sejak 18 Mac 2020 mengakibatkan implikasi yang besar kepada kehidupan golongan mudah terjejas atau B40 khususnya bagi pekerja harian yang tiada gaji, buruh upahan dan pekerja kontrak didapati sukar dan berhadapan dengan tekanan ekoran sumber pendapatan yang terputus. Sumber pendapatan yang tidak menentu dan terjejas ekoran daripada situasi getir ini menyebabkan mereka perlahan-lahan menjadi golongan miskin. Kekurangan tabungan dan pemilikan aset kehidupan yang dimiliki memberikan kesan dan tekanan untuk mereka berhadapan dengan situasi yang cukup mencabar. Kehilangan sumber pendapatan, terputus bekalan makanan sepanjang tempoh ini juga merubah warna kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, monograf ini menyingkap aspek jaminan makanan golongan B40 secara khusus dalam mengharungi detik sukar berhadapan dengan pandemik yang sedang melanda dunia.

Rasuah dan Integriti: Kupasan Lensa Terpilih (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 241

Rasuah dan Integriti: Kupasan Lensa Terpilih (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2024-05-20
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku Rasuah dan Integriti: Kupasan Lensa Terpilih ini menghimpunkan nukilan pelbagai pakar bidang yang memberikan input tentang gejala rasuah dan isu berkaitan integriti serta akauntabiliti. Perbincangan tentang rasuah dari perspektif psikologi, isu parental allienation, rasuah dalam perolehan awam, jenayah pemerdagangan manusia serta pengubahan wang haram, rasuah politik, akauntabiliti dalam proses perundangan bagi kes mayat tidak dijumpai dan integriti bersangkutan harta intelek diolah secara analitikal dan komprehensif supaya pembaca dapat menggarap konteks rasuah, integriti dan akauntabiliti dengan baik. Buku ini signifikan sebagai bahan bacaan umum kepada ahli akademik, pelajar di universiti awam dan swasta merentasi pelbagai bidang, penjawat awam serta swasta dan masyarakat. Buku ini diharap dapat memberikan manfaat percambahan ilmu melalui pemaparan isu terpilih berkaitan rasuah, integriti dan akauntabiliti.

Pemeliharaan Berasaskan Keluarga, Etnik, Umur dan Hubungan (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 107

Pemeliharaan Berasaskan Keluarga, Etnik, Umur dan Hubungan (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2024-05-20
  • -
  • Publisher: UUM Press

Penempatan kanak-kanak dan pemeliharaan berasaskan keluarga ialah amalan dan aktiviti kebajikan kanak-kanak yang sering kali berlaku dalam masyarakat kita, namun jarang kali ada buku yang membicarakan konsep berkenaan secara komprehensif. Ibaratkan kita lakukan sesuatu tanpa kita merasakan pentingnya maksud, fungsi dan tujuan perbuatan itu dilakukan. Maka sudah sampai masanya, buku ini memikul peranan untuk memperjelas segala konsep dan amalan yang berhubung kait dengan penempatan kanak-kanak dan pemeliharaan berasaskan keluarga di negara ini. Misi buku ini adalah untuk melakar satu pendekatan yang lebih realistik dalam menjayakan penempatan kanak-kanak menggunakan konsep pemeliharaan berasaskan keluarga. Penulis berharap buku ini mampu membuka mata dan minda para pengamal kebajikan agar menyedari bahawa penempatan kanak-kanak ke dalam sebuah keluarga gantian harus diberikan keutamaan berbanding dengan amalan membangunkan institusi kebajikan kanak-kanak secara besar-besaran.

Program Tazkiyah dalam Pemulihan Dadah: Perlaksanaan dan Impak (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 92

Program Tazkiyah dalam Pemulihan Dadah: Perlaksanaan dan Impak (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-04-24
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini ditulis sebagai salah satu panduan dan rujukan kepada pihak pembuat dasar iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan bagi merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian atau penambahbaikan dalam menyediakan modul spiritual proses rehabilitasi klien untuk penagih dadah. Selain itu, buku ini juga ditulis untuk dijadikan bahan bacaan dan perkongsian dapatan kajian lapangan yang dilakukan oleh penyelidik kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar klien selepas mereka mengikuti program Tazkiyah tersebut. Buku ini dapat digunakan sebagai rujukan utama dalam pengajian koreksional dan rehabilitasi berasaskan spiritual khususnya kepada para pensyarah, penyelidik dan pelajar di peringkat kolej dan universiti. Penulis berharap agar buku ini juga menjadi nilai tambah kepada penulisan buku akademik khususnya dalam bidang koreksional, jenayah, kerja sosial, kaunseling, psikologi, sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan, pengurusan serta pengajian undang-undang.