You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Penempatan kanak-kanak dan pemeliharaan berasaskan keluarga ialah amalan dan aktiviti kebajikan kanak-kanak yang sering kali berlaku dalam masyarakat kita, namun jarang kali ada buku yang membicarakan konsep berkenaan secara komprehensif. Ibaratkan kita lakukan sesuatu tanpa kita merasakan pentingnya maksud, fungsi dan tujuan perbuatan itu dilakukan. Maka sudah sampai masanya, buku ini memikul peranan untuk memperjelas segala konsep dan amalan yang berhubung kait dengan penempatan kanak-kanak dan pemeliharaan berasaskan keluarga di negara ini. Misi buku ini adalah untuk melakar satu pendekatan yang lebih realistik dalam menjayakan penempatan kanak-kanak menggunakan konsep pemeliharaan berasaskan keluarga. Penulis berharap buku ini mampu membuka mata dan minda para pengamal kebajikan agar menyedari bahawa penempatan kanak-kanak ke dalam sebuah keluarga gantian harus diberikan keutamaan berbanding dengan amalan membangunkan institusi kebajikan kanak-kanak secara besar-besaran.
Buku ini diolah bagi membincangkan beberapa perkara asas yang difikirkan amat perlu diketahui dan difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan profesion kerja sosial. Buku ini juga disusun untuk memenuhi keperluan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dalam bidang kerja sosial di Malaysia. Penerbitan buku ini diharap dapat sedikit sebanyak menampung kekurangan bahan bacaan dan juga sumber rujukan dalam bidang kerja sosial di negara ini. Ia mengandungi penulisan daripada para pensyarah Program Pengurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia sejajar dengan perkembangan perkhidmatan sosial dan isu-isu sosial yang semakin kompleks.
Buku ini merupakan himpunan artikel yang dihasilkan oleh ahli akademik daripada Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia. Ianya dihasilkan bagi memperkasa lagi bahan bacaan ilmiah dalam bahasa kebangsaan berkaitan kerja sosial di negara ini. Buku ini memaparkan dan mengupas pelbagai isu yang berkait rapat dengan pengurusan dan amalan kerja sosial. Buku ini juga mengajak pembaca memahami dan meneliti aspek pengurusan, teori dan amalan kerja sosial yang menjurus kepada pelbagai golongan sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada kumpulan ini. Antara tajuk yang dibincangkan ialah dasar sosial, pentadbiran organisasi kerja sosial, kebajikan sosial kanak-kanak, kerja sosial di sekolah, kelompok kecil, penglibatan ibu bapa dan kanak-kanak istimewa, remaja dan juvenil, penagihan bahan, stigma dan AIDS serta kepentingan pembelajaran reflektif dalam pendidikan kerja sosial.
Buku ini menilai kesan pembangunan terhadap komuniti yang merangkumi peluang, isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti terpilih. Antara isu yang mendapat perhatian ialah pembangunan komuniti, praktis kerja sosial dengan komuniti, pemerkasaan komuniti dan isu-isu semasa yang melibatkan komuniti. Buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan isu pembangunan yang dijalankan terhadap komuniti itu sahaja. Namun demikian, buku ini lebih memberi tumpuan kepada aspek sumbangan bidang kerja sosial terhadap pembangunan komuniti. Golongan sasaran yang dikenal pasti juga merupakan antara tujahan kelompok sasaran dalam bidang kerja sosial yang merangkumi kelompok minoriti...
Pekerjaan sosial adalah profesi setua umur manusia, karena permasalahan sosial juga muncul bersamaan dengan hadirnya manusia di muka bumi. Karena itu, tugas sebagai pekerja sosial sangat luhur, terkait dengan kehormatan dan martabat kemanusiaan. Segenap kendala yang membatasi manusia untuk memenuhi kebutuhan dasar dan hak asasinya, maka hal itu menjadi perhatian pekerja sosial. Baik itu yang menyangkut hak anak, remaja, manusia dewasa, hingga kaum lanjut usia. Sesuai Undang-undang Kesejahteraan Sosial nomor 11 tahun 2009, tugas Kementerian Sosial sangat luas, dapat diibaratkan mengurus manusia ‘mulai dari kandungan sampai dimakamkan di liang lahad’. Program Keluarga Harapan (PKH) merupak...
Buku ini menghimpunkan kertas kerja terpilih yang dibentangkan di Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004 anjuran Universiti Utara Malaysia. Artikel-artikel yang terdapat di dalam buku ini adalah penulisan ahli-ahli akademik institusi pengajian tinggi awam Malaysia yang merangkumi tema berkaitan kebajikan dan perkhidmatan sosial serta isu-isu berkai¬tan perkembangan dan pendidikan untuk kanak-kanak. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi, malah golongan profesional yang bekerja dengan kanak-kanak, serta mereka yang berminat dengan isu-isu berkaitan kebajikan kanak-kanak.
Marginalized community development and social conditions in Malaysia.
This important collection examines peer rejections among children.
An Introduction to Social Policy explores essential welfare topics, themes and issues for students studying social policy or related disciplines such as sociology, social work, or nursing and social care. - Part One examines key concepts including welfare, social justice, diversity and health and well-being. - Part Two explores policy issues in relation to key stages of the lifecourse. - Part Three takes a comparative perspective, discussing the international issues and supranational bodies that impact on British and European social policy today. The concise chapters define the key terms and outline the central debates, giving students a fundamental foundation for their degree. Chapter overviews and summaries guide readers through the book, and questions for reflection conclude each chapter to test readers′ knowledge. This book is essential reading for all students of social policy and the social sciences, as well as those taking joint honours programmes in social work, sociology, criminology, politics and social care. Peter Dwyer is Professor of Social Policy at the University of Salford. Sandra Shaw is Senior Lecturer in Social Policy at the University of Salford.