You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Social Return on Investment (SROI): The Agenda for Sustainable Development is a spellbinding blend of academics and general knowledge, exploring themes of social responsibility and its relation with Sustainable Development Goals (SDG). With each page, readers will be drawn deeper into a world of social responsibility, humanity and mankind. As readers turn the pages, they embark on a journey into a world where these themes are not merely abstract concepts but living, breathing elements of the narrative. This book consists of seven chapters. This book is targeted at three groups of readers. First, this book will benefit the academia of various academic backgrounds, particularly the humanities,...
Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Walau bagaimanapun, air rebusan daun ketum disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembuat dasar terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian dan penambahbaikan yang diperlukan bagi program pencegahan yang sedia ada. Buku ini juga menyarankan kaedah yang berkesan dari segi penyampaian maklumat dalam mengatasi masalah penyalahgunaan air ketum. Selain itu, buku ini ditulis untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar penyalahgunaan air ketum masyarakat kini.
Psikologi merupakan satu bidang yang sedang berkembang pesat dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat adalah kajian mengenai proses mental dan tingkah laku organisma. Buku teks Pengantar Psikologi ini mengandungi 11 bab yang memerihalkan tentang asas psikologi kepada pelajar. Buku ini mendedahkan kepada pembaca bidang-bidang dalam psikologi serta aspek-aspek lain yang dikaji dalam ilmu ini. Topik-topik seperti pengenalan bidang psikologi, sejarah perkembangan, psikologi biologi, psikologi perkembangan manusia, psikologi pembelajaran,kecerdasan dan kebolehan mental, personaliti, motivasi dan emosi, psikologi sosial, psikologi kesihatan dan kecelaruan psikologi telah digarapbersama-sama di dalam sebuah buku teks Pengantar Psikologi agar pelajar dapat memahami dan mengenali diri mereka serta orang sekeliling.Selaku insan yang sentiasa berinteraksi dengan individu yang lain, sama ada di rumah atau tempat kerja, buku ini boleh dimanfaatkan sebaik mungkin dan ianya amat sesuai bagi penuntut dari pelbagai disiplin yang ingin mempelajari serba sedikit tentang ilmu psikologi.
Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 1-4) adalah hasil daripada Seminar Kajian Kes Kaunseling. Peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (Kaunselor) serta individu yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Kes kaunseling dalam seminar ini adalah kes sebenar dan dipilih untuk diterbitkan. Buku ini amat berharga pada para kaunselor kerana kes yang dibincangkan dalam buku ini dijadikan panduan dan rujukan mereka. Pembaca dipandu secara kronologi iaitu, pada awalnya mereka diberikan kes serta perjalanan sesi yang dilakukan. Sandaran teori dibuat oleh kaunselor dalam usaha mencari penyelesaian kes, seterusnya tindakan serta susulan yang perlu dilakukan oleh seseorang kaunselor. Buku ini boleh menjadi bacaan permulaan yang baik kepada para guru kaunselor serta mereka yang berminat dengan bidang ini. Berkonsepkan buku kreatif menjadikan buku ini agak santai dibaca.
None
Buku ini menghimpunkan dapatan empirikal daripada adaptasi ilmu kaunseling dalam komuniti mengikut kategori bidang psikososial. Hal ini memerlukan kefahaman dan eksplorasi mendalam bagi membina kefahaman dan kesedaran kepada psikologi manusia yang ditebarkan dalam keadaan kehidupan yang pelbagai. Fokus penulisan ini lebih kepada penggunaan ilmu kaunseling yang dipraktikkan dalam psikososial manusia untuk membina kesejahteraan komuniti dalam bidang corak pemakanan, pemulihan komuniti, penyalahgunaan bahan, keselamatan awam dan intervensi psikososial. Dapatan kajian serta implikasi yang dikongsi bersama pembaca dapat menerangkan secara umum tentang cara manusia memerlukan sokongan sosial dalam...
Buku kajian tentang aspek kebersihan sajian makanan pengendaliannya agak sukar ditemui. Menyedari hakikat ini, penulis menghasilkan sebuah monograf yang membincangkan dua aspek tersebut untuk dikongsi kepada pembaca. Besar harapan penulis agar pembaca dapat memahami serta menyedari bahawa aspek kebersihan sajian dan pengendalian makanan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dalam kehidupan seharian. Di samping itu, monograf ini juga menyentuh program pengendalian makanan yang dijalankan terhadap pengendali makanan. Perkara yang menariknya tentang buku ini ialah kebanyakan artikel yang ditulis itu menggunakan hasil dapatan kajian sebenar yang telah dilakukan sendiri oleh penulis artikel tersebut. Dengan kata lain, setelah selesai melakukan penyelidikan bagi sesuatu tajuk tertentu dan di kawasan tertentu, penyelidik meringkaskan penemuannya dan dikongsi hasil penemuan itu dalam buku ini. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh penyelidik, pelajar universiti dan juga sebagai bacaan umum.
Buku ini ditulis sebagai salah satu panduan dan rujukan kepada pihak pembuat dasar iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan bagi merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian atau penambahbaikan dalam menyediakan modul spiritual proses rehabilitasi klien untuk penagih dadah. Selain itu, buku ini juga ditulis untuk dijadikan bahan bacaan dan perkongsian dapatan kajian lapangan yang dilakukan oleh penyelidik kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar klien selepas mereka mengikuti program Tazkiyah tersebut. Buku ini dapat digunakan sebagai rujukan utama dalam pengajian koreksional dan rehabilitasi berasaskan spiritual khususnya kepada para pensyarah, penyelidik dan pelajar di peringkat kolej dan universiti. Penulis berharap agar buku ini juga menjadi nilai tambah kepada penulisan buku akademik khususnya dalam bidang koreksional, jenayah, kerja sosial, kaunseling, psikologi, sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan, pengurusan serta pengajian undang-undang.