You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Beliau menyepi bukan kerana tidak mahu lagi menulis tetapi di sebaliknya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali ke persada penulisan, akhirnya beliau berjaya menyiapkan ''''Hadirmu Satu Kurnia''''. Jalan cerita dalam novel ini benar-benar membuai perasaan kita. Jazlan yang amat mengasihi Fidelya seorang keturunan Portugis telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Namun kasih sayang mereka teruji apabila Fidelya menghidapi penyakit kronik. Pemergian Fidelya begitu terasa dan Jazlan terpaksa membawa diri ke luar negara. Beberapa tahun kemudian dia kembali. Dalam masa yang sama suatu mimpi misteri sering menggamit lenanya. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Dalam pencarian maksud mimpi itu, dia mengenali Jasmina dan Nathalia. Kedua-dua gadis itu begitu istimewa di hatinya.
CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah. Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan. Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru.
Kamus Peribahasa Melayu diterbitkan khusus untuk membantu memupuk kemahiran menggunakan peribahasa dalam kalangan murid, pendidik, dan pencinta bahasa Melayu. Sesungguhnya Kamus Peribahasa Melayu merupakan kamus yang cukup komprehensif dan eksklusif. Ciri-ciri istimewa Kamus Peribahasa Melayu: - Memuatkan lebih 3000 peribahasa Melayu yang disusun mengikut abjad. - Dilengkapi dengan penerangan, maksud, dan ayat contoh bagi setiap peribahasa. - Dibina struktur ayat yang mudah sebagai contoh penggunaan sesuatu peribahasa di samping untuk mendukung maknanya.
None
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, "Dia kosong, aku pun kosong" Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju. Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.
None