You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Hayatilah keindahan didikan jiwa ALLAH SWT ini berasaskan keindahan beragama. Sesungguhnya DIA tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik andai kita sabar dan redha atas kehilangan yang ditentukan. Ini bermakna kita perlu melihat dengan penuh yakin melalui mata hati bahawa di sebalik kehilangan dan musibah, terdapat ganti serta balasan teragung daripada-NYA....itulah syurga abadi. Jika demikianlah sifat dan sikap yang dimiliki, maka layaklah kita masuk ke syurga sebagai imbalan setelah berjihad, bersabar, berteguh menghadapi ujian dan memurnikan segalanya untuk DIA, merasai pertolongan-NYA dan melupakan semuanya kecuali DIA. Mampukah kita memiliki perwatakan sehebat ini? Cubalah. Yakinlah pertolongan-NYA itu amat dekat.
“Aku benci kau, benci keluarga kau! Sampai mati, aku takkan lupa apa yang kau orang buat pada aku.” Lumat kebencian Jannah Amilia terhadap Arash Luqman. Sedari kecil, dia ditujah dengan penghinaan dan ejekan daripada Arash Luqman sekeluarga. Malah, tubuh kecilnya juga sering diseksa. Pada Jannah, keluarga Arash adalah ahli sihir. Peristiwa hitam pada malam enam jahanam, memusnahkan hidup Jannah. Semuanya seakan tiada erti lagi. Malang datang bertindih-tindih. Hiduplah Jannah dengan berendam air mata. Tatkala bahagia menyapa, dugaan semakin hebat mewarnai. Semalam, sang kekasih hulurkan bulan dan bintang. Hati dihiasi sekebun bunga cinta. Esoknya, sang kekasih hadiahkan duka dan lara. Taman hati terus hangus terbakar. Hidup Jannah jadi kosong semula.
Padanya Ada Kasih - Cinta itu Memberi Bukan Memiliki adalah nasihat yang disampaikan dalam bentuk kisah-kisah orang yang terdahulu dan masa kini bagi mendidik jiwa anak-anak melalui pengajaran daripada setiap kisah yang dikongsikan. Dimulakan dengan kisah para sahabat agung Rasulullah s.a.w. sebagai nasihat buat pendidik muda dan ibu ayah yang bergelut dengan pelbagai cabaran dalam usaha mendidik anak amanah Allah. Kisah-kisah dalam buku ini dapat digunakan sebagai bahan berfaedah pada waktu santai bersama keluarga di rumah ataupun di mana sahaja. Antaranya kisah kehebatan infak Abdul Rahman bin Auf dan Abu Bakar As-Siddiq, kisah Mush'ab bin Umair yang meninggalkan kemewahan, kisah Salman al-Farisi, Bilal bin Rabah, serta kisah-kisah yang terjadi pada masyarakat masa kini yang dapat dijadikan pedoman hidup. Nasihat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber ini mampu memotivasi jiwa-jiwa yang berjuang mencari hala tuju dan hala bicara bagi mengambil pengajaran daripada setiap kisah yang dikongsikan di dalam buku ini.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Al-Ahzab : 21 Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta. Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya...
KAMI akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan KAMI di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar. – Surah Fussilat: 53 Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umatnya. Pada Zaman Kegemilangan, Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat. Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!
Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah SAW berkata, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.” –Riwayat Bukhari dan Muslim Untuk menjadi pemimpin hebat, tidak cukup hanya tahu memberi arahan sahaja. Malah, perlu bijak memberi keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan kepada apa yang dipimpin. Maka, daripada situlah Rasulullah SAW telah dijadikan ikon sebagai pemimpin agung oleh seluruh umat manusia sehingga negara barat sendiri mengakui mengenainya.
44 Rahsia Bina Hati Bahagia menjadi panduan kepada hati-hati yang ingin meninggalkan sejarah hitam. Naskhah ini juga menjawab permasalahan hati kerana masa-masa silam dahulu. Ayuh! Ubahlah segera hati ‘hitam’ kepada hati ‘emas’. Pasti, ALLAH akan membantu.
TUHAN...Terimalah Aku adalah himpunan kisah benar yang dialami oleh jemaah haji atau umrah sewaktu di Tanah Suci. Matlamat buku ini ialah berkongsi pengalaman agar boleh dijadikan panduan bakal tetamu ALLAH S.W.T. Kisah negatif yang dipaparkan tidak berniat untuk menakut-nakutkan hasrat murni ke Tanah Suci, tapi semata-mata buat iktibar bersama. Belajarlah daripada pengalaman ornag lain, moga kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Akurlah dengan hakikat... setiap kita tidak lepas daripada melakukan kekhilafan. Moga dengan iman dan ilmu yang tinggi serta sifat yang tawaduk atas dasar takwa dan redha, kita akan mendapat haji mabrur (yang diredhai) dengan rahmat ILAHI.
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Berkorban nyawa tanda kasih. Kasihnya ayah tak sanggup berpisah. Berkorban raga rela binasa. Aduhai ibu... kasihnya pada kita tiada noktah. Jasanya tidak terhitung, pengorbanannya tidak terbalas. Doa dan kasihnya bagai selimut yang membaluti tubuh. Pelukannya umpama angin yang mendinginkan. Betapa lembutnya teguran diberi kala kita hanyut dalam kelalaian. Namun, alangkah hiba hati kecil mereka andai terguris dek kedegilan yang kita pamerkan. Dalam keseronokan mengejar duniawi, hadirnya insan rabbani ini membawa peringatan agar kita tidak terus terleka diulit mimpi. Bicaranya tersembunyi sejuta hikmah menuntun kita ke jalan bahagia. Halangnya bukan membantah. Nasihatnya untuk kebaikan. Beruntunglah siapa yang mendengar, rugilah mereka yang ingkar.
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini am...