You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
NIKMATKAH MAKSIAT menghuraikan konsep dosa dalam Islam, dosa sepuluh anggota tubuh kita dan mengapa kita melakukannya. Setiap dosa tersebut disertakan dengan jenis-jenis kesalahan yang berkaitan di mana ia tidak hanya tertumpu kepada anggota fizikal sahaja. Malah, hati dan akal juga tidak terkecuali. Ingatlah… kita bertanggungjawab untuk menjaga anggota tubuh kita sebaik mungkin kerana ia akan dipersoalkan nanti. Demi mengukuhkan setiap hujah yang dibentangkan, dalil daripada nas al-Quran dan sunnah dinyatakan dengan jelas untuk pemahaman kita. Sama-samalah kita jadikan perkongsian ilmu ini sebagai renungan, motivasi dan pengajaran dalam kehidupan kita agar terselamat daripada kemurkaan ALLAH S.W.T.
Naskhah kelima daripada Rasid Muhamad ini masih lagi berkisar tentang motivasi Islamik. Ia menghimpunkan pandangan-pandangan para ilmuwan dalam membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Ringkasnya, naskhah ini memberi suluhan jalan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik. Justeru, pengisiannya amat sesuai untuk dihadam oleh kita semua.
"DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini. Pandangan-pandangan politik beliau mengambil kira gabungan antara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teksdan penjelmaannya dalam realiti semasa. Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbangan ke arah memahami kerangka pemikiran politik dalamIslam. Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudangolongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agamaini secara literal. Juga menjadi ubat untuk mereka yang cuba membebaskan politik dari prinsip-prinsip agama. Moga ALLAH memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!"
Wanita padanya punya keistimewaan. Diciptakan atas permintaan seorang lelaki di syurga nan abadi. Lahirnya sebagai peneman dan penenang hati.Meski berbeza, wanita diciptakan untuk saling melengkapi.Wanita mampu menjadi perhiasan dunia yang terindah, andai ditanam dalam dirinya dengan keindahan ketakwaan serta dipagari akhlak yang mulia. Istimewanya wanita sehingga al-Quran sendiri memberi penekanan tentang urusannya.Surah an-Nisa tersaji sebagai wadah membincangkan pengurusan wanita seperti pernikahan, perceraian, nafkah, faraid serta fikah berkaitan.Mulianya wanita sehingga DIA menyediakan manual khas ini. Hukum berkaitan wanita agak kompleks berbanding lelaki.Justeru, lahirlah nashkahKITA CIPTAAN TERINDAH ini yang menghimpun 300 soal jawab berkaitan wanita, khususnya.Ia bagi memudahkan kefahaman mengenai hukum yang melingkari wanita secara ringkas, padat dan tepat.Karya ini amat sesuai dijadikan rujukan pantas untuk seisi keluarga.
Antara nikmat terindah yang ALLAH hadiahkan buat kita adalah perasaan cinta. Betapa hebat nikmat dan anugerah ini sehinggakan sebahagian kita terlupa siapa diri dan arah tuju di dunia tatkala dilamar oleh rasa cinta ini. Ramai orang berbicara tentang nikmat cinta dengan bahasa gembira, sehingga mereka terlupa tentang sempadan yang perlu dijaga. Tidaklah salah sebenarnya membicarakan soal cinta, tetapi biarlah kita sentiasa sedar dan berwaspada. Cinta itu fitrah. Ia menghubungkan dua jiwa, bahkan dua keluarga. Namun jika cuai menjaga, sekelip mata ia bertukar menjadi fitnah. Jika cuai menjaga, ia mampu bertukar menjadi musibah yang meretakkan ikatan bersaudara dalam sekelip mata.
Setiap hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan. Kewajipan kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain. Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.
Naskhah ini terbahagi kepada empat bahagian; untuk isteri, anak dan remaja, wanita serta umum.Ia selingkar pengalaman dalam mendepani kehidupan sebagai hamba di muka bumi. Motivasi buat bidadari agar terus berjuang di jalan Ilahi. Juga teguran buat permaisuri agar berjuang menjadi isteri mithali.
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini am...
Kita diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. ALLAH S.W.T telah menganugerahkan pakej lengkap yang merangkumi kekuatan dan kelemahan diri kita bagi menempah kebahagiaan di dunia serta akhirat. Turun naik tahap keimanan juga menyebabkan ada ketika kita berkeyakinan tinggi dengan kelebihan diri sendiri dan sebaliknya apabila didatangkan ujian hidup. Semua itu demi mengukur ketakwaan kita terhadap Sang Pencipta. Bongkar Kekuatan Diri Bersandarkan ar-Rahman membantu mengukuhkan lagi keyakinan kita mengejar impian hidup berpaksikan syariat Islam. Kelebihan kita bukan untuk dibangga manakala kekurangan pula usah sesekali dicerca. Bersyukurlah di atas nikmat kurniaan Yang Maha Esa. Pedulikan setiap pandangan mata manusia tetapi utamakan penilaian-NYA. Berusahalah menjadi khalifah terbaik dan redha dengan segala ketentuan.
Aku Terima nikahnya! Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda halalnya suatu perhubungan. Doa dipohon agar keberkatan mewarnai kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah. Azam dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa, menegakkan syariat dalam kehidupan. Moga ikatan suci ini dianugerahkan zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan. Namun, lumrah hidup andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon ketenangan.