You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Wahai insan yang tidak sempurna, bersihkanlah noda yang ada. Mohon hanya pada Yang Berkuasa. Titiskan air mata penyesalan sepenuh jiwa. Menginsafi khilaf diri seikhlas rela. Dunia sekadar pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan DIA. Moga husnul khatimah sebagai pengakhiran hidup kita. Astaghfirullahalazim… pastikan lisan kita sentiasa dibasahi dengan kalimah ringkas ini. Hikmahnya berupaya menggugurkan sekecil-kecil dosa sehinggalah yang besar, andai bertepatan dengan syarat di samping keinsafan berterusan. Biarpun dosa menggunung, godaan nafsu sukar terbendung, namun rahmat dan kasih sayang Yang Maha Agung… tiada siapa dapat menghitung. Taubat Pasport ke Syurga menjadi panduan buat kita yang sering alpa. Tuntutan taubat nasuha menyucikan karat-karat dosa yang meliputi diri kita. Hanya dengan bertaubat, hati akan menjadi tenang dan jiwa kembali ke jalan kebenaran. Moga seikhlas amalan memberi jaminan kita menempah tiket sebagai penghuni syurga yang abadi. Insya-ALLAH.
NIKMATKAH MAKSIAT menghuraikan konsep dosa dalam Islam, dosa sepuluh anggota tubuh kita dan mengapa kita melakukannya. Setiap dosa tersebut disertakan dengan jenis-jenis kesalahan yang berkaitan di mana ia tidak hanya tertumpu kepada anggota fizikal sahaja. Malah, hati dan akal juga tidak terkecuali. Ingatlah… kita bertanggungjawab untuk menjaga anggota tubuh kita sebaik mungkin kerana ia akan dipersoalkan nanti. Demi mengukuhkan setiap hujah yang dibentangkan, dalil daripada nas al-Quran dan sunnah dinyatakan dengan jelas untuk pemahaman kita. Sama-samalah kita jadikan perkongsian ilmu ini sebagai renungan, motivasi dan pengajaran dalam kehidupan kita agar terselamat daripada kemurkaan ALLAH S.W.T.
MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kon temporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini. Buku ini disediakan dalam dua bahagian iaitu akidah dan ibadat.Soalan yang dimuatkan tidaklah merangkumi kedua-dua topik secara terperinci, namun ia menjurus kepada soalan yang dipilih dan kerap diutarakan. Di setiap bahagian, ada disertakan penerangan ringkas sebagai panduan agar dapat difahami dengan lebih jelas dan sempurna. Hampir semua jawapan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya supaya pembaca lebih menyedari akan ketepatan setiap huraian yang diberikan.
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini am...
Ibarat tsunami ... begitulah reaksi masyarakat bila muncul isu-isu tertentu dan bersifat ‘besar’. Maka ramailah yang mencanang pandangan dan idea sendiri untuk menjelaskannya, sedangkan ada antaranya dijelaskan dengan tidak berdasarkan fakta, tidak menyeluruh dan berbaur emosi semata. Ini tidak lain hanya menambah kekeliruan kepada masyarakat yang dahagakan penjelasan yang benar. Kehadiran naskhah MENJAWAB PERSOALAN MENJELASKAN KEKELIRUAN ini yang menghimpunkan ‘fatwa-fatwa’ Dr MAZA diharapkan dapat menjawab isu-isu tersebut secara matang dan ilmiah. Lebih berharga, pandangan beliau ini adalah berpandukan wahyu dan pendapat-pendapat para ulama, seterusnya dilengkapi dengan ulasan beliau sendiri berdasarkan keadaan dan zaman semasa.
"Perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza menyebabkan mudahnya terjadi konflik dan salah sangka. Sewaktu kita sakit hati dengan tindakan pasangan, sedarilah...mungkin juga kita banyak menyakitkan hatinya. Bersihkanlah hati, mudah-mudahan segala yang mengiringi perjalanan hidup akan lebih indah dan positif. Yakinlah… kita mampu mencipta masa hadapan yang bahagia tetapi kebahagiaan yang paling hakiki adalah dalam redha ILAHI..." SETIAP kita inginkan hidup yang bahagia. Kasih sayang adalah fitrah yang wujud dalam diri; kitalah pemegang kunci sama ada untuk menyuburkannya ataupun menguburkannya. Mengenali fitrah diri menjadikan kita insan sebenar, memahami fitrah diri memandu ...
Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosial masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran. Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat. Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah ...
"DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini. Pandangan-pandangan politik beliau mengambil kira gabungan antara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teksdan penjelmaannya dalam realiti semasa. Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbangan ke arah memahami kerangka pemikiran politik dalamIslam. Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudangolongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agamaini secara literal. Juga menjadi ubat untuk mereka yang cuba membebaskan politik dari prinsip-prinsip agama. Moga ALLAH memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!"
Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah SAW berkata, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.” –Riwayat Bukhari dan Muslim Untuk menjadi pemimpin hebat, tidak cukup hanya tahu memberi arahan sahaja. Malah, perlu bijak memberi keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan kepada apa yang dipimpin. Maka, daripada situlah Rasulullah SAW telah dijadikan ikon sebagai pemimpin agung oleh seluruh umat manusia sehingga negara barat sendiri mengakui mengenainya.
Wanita padanya punya keistimewaan. Diciptakan atas permintaan seorang lelaki di syurga nan abadi. Lahirnya sebagai peneman dan penenang hati.Meski berbeza, wanita diciptakan untuk saling melengkapi.Wanita mampu menjadi perhiasan dunia yang terindah, andai ditanam dalam dirinya dengan keindahan ketakwaan serta dipagari akhlak yang mulia. Istimewanya wanita sehingga al-Quran sendiri memberi penekanan tentang urusannya.Surah an-Nisa tersaji sebagai wadah membincangkan pengurusan wanita seperti pernikahan, perceraian, nafkah, faraid serta fikah berkaitan.Mulianya wanita sehingga DIA menyediakan manual khas ini. Hukum berkaitan wanita agak kompleks berbanding lelaki.Justeru, lahirlah nashkahKITA CIPTAAN TERINDAH ini yang menghimpun 300 soal jawab berkaitan wanita, khususnya.Ia bagi memudahkan kefahaman mengenai hukum yang melingkari wanita secara ringkas, padat dan tepat.Karya ini amat sesuai dijadikan rujukan pantas untuk seisi keluarga.