You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan. Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untu...
ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!” Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya. “Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”
Bukannya aku tak cinta, bukannya aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah. Ketiadaanmu secara tiba-tiba telah membuatkan aku tidak kenal lagi makna percaya. Kau kata, kita akan harungi hidup ini bersama-sama. Tapi, kini… aku sendirian menongkah arus. Tak mengapalah, Alisa… mungkin antara kita sudah tiada jodoh. Anggap saja apa yang pernah kita lalui dahulu adalah sebuah cebisan memori untuk dijadikan kenangan abadi. Aku terpaksa pergi, Alisa. Aku perlu serahkan cinta ini kepada yang benar-benar sudi. Amir… jangan pergi! Jangan sewenang-wenangnya kau beri cinta itu kepada orang lain. Aku juga merindui kamu, namun aku terperangkap dalam prasangka. Bukankah kau yang ting...
Maria dibesarkan di rumah anak yatim. Demi mencapai cita-citanya, dia nekad mengubah nasib diri dengan bekerja di rumah keluarga bangsawan. Malangnya, dia sentiasa dihina oleh majikannya. Air mata menjadi peneman setia. Namun, dalam diam ketabahannya telah menarik hati seseorang. Tengku Ezairul, lelaki ego yang memandang darjat dan kedudukan. Dia bencikan Maria. Tiada sekelumit rasa belas kasihan tatkala mamanya mendera gadis itu. Namun, cinta tidak mengenal siapa. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia sebenarnya menggilai gadis itu. Tembok keegoannya runtuh dalam sekelip mata. Mampukah dia mempertahankan rasa cinta itu? Kata Maria, cinta mudah untuk diucapkan. Cinta mudah untuk diluahkan. Tapi cinta juga mampu menghancurkan. Dia tidak meminta untuk dicintai, apatah lagi disakiti. Dia wanita biasa yang lemah dalam cinta. Tapi perasaan itu tidak akan terkubur bila hatinya terukir nama lelaki itu.
Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILLAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri. Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya. Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, perte...